Enter your keyword

Ayat yang tak patut dicakap/diucap bila berhenti kerja.

Iday rasa semua orang pernah hadapi situasi berhenti kerja atau kawan berhenti kerja. Biasanya alasan berhenti, mendapat peluang yang lebih bagus. Bila last day, adalah keluar minum, makan, farewell katakan. 



So, bila hari-hari terakhir tu, ada ayat yang tak patut diucapkan, sama ada dari orang yang berhenti kerja atau kawan kepada orang yang berhenti kerja. 

Cuba check, korang ada tak guna ayat yang tak patut dicakap/diucap bila kawan or diri sendiri berhenti kerja. 

#1 "Aku doa company ABC ni bangkrap"





Amboi, kawan tu ada lagi kerja kat situ. siap doa-doa macam tu. Lagi-lagi bila kawan tu plan nak stay lama-lama dekat company ABC tu. Hehehehe Yelar, kadang-kadang sakit hati, semua nak cakap. Kawan pula jangan ambil serius. Hehe

#2 "Kau ni kenapa asyik lompat-lompat kerja"

Iday pon ada kawan jenis asyik tukar kerja, tapi Iday tak kisah pon, dah rezeki dia, peluang kerja dia tak putus-putus. Jangan persoalkan kenapa dia lompat-lompat kerja. Ada la alasan dia tu. Hehe

#3 "Korang patut berhenti la, bukan ada benefit pon company ni"

Ni jenis berhenti, lepas tu nak hasut orang. Padahal, kawan tu elok je kerja kat sini. Bukan apa, bila kita berhenti, sakit hati dengan company lama. Tak pandang dah benefit2 yang ada dekat company tu. hehe

#4 "Yeay, dah bebas. Kau kerja la sampai bila-bila jadi kuli kat company ABC ni"

Amboi, kasar bunyi. Sebenarnya ada je cakap macam ni dekat Iday dulu. Masa company lama, dia tak puas hati sebab gaji tak naik. Yelar, kau tak perform kan. 

#5 "Aku still tak faham kenapa orang still nak kerja dekat company macam ni"


Diorang still kerja sini, sebab belum ada peluang kerja kat tempat lain. Macam Iday cakap la, rezeki masing-masing. 

#6 "Jangan menyesal dah berhenti ni, bukan senang nak dapat kerja kat company ni"

Ala, elok-elok dia nak berhenti, kau pulak cakap macam ni. Cakap la baik-baik, supaya tempat baru dia lagi bagus dari sekarang. Bagi dia semangat. 

#7 " Dengar cerita, banyak complain pasal company ni, kenapa la kau terima"

Sudah, kenapa masa dia interview awal-awal dulu tak cakap. kang tak senang duduk kawan tu. Ish Ish. 



So, ini je lar yang Iday boleh fikir or pernah jadi dekat Iday, korang pula macam mana? Pernah hadapi situasi macam ni? Or ada lagi ayat yang tak patut dicakap/diucap bila berhenti kerja? Boleh share :)

No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List