Butik Pengatin + Baju Raya + Design untuk tubuh petite | Yaya Rosly

0



Pernah dengar tentang designer comel, Yaya Rosly? Bukan calang-calang orang taw sebab ramai selebriti yang memilih Yaya Rosly untuk jadi designer mereka untuk cantik ketika majlis or event2 penting.  



Yaya Rosly bukan sahaja mengutamakan dress atau busana ke majlis , tetapi juga menawarkan perkhidmatan untuk design baju/busana pengantin terutama untuk mereka yang bertubuh kecil dan petite. 





Kalau nak taw, Yaya Rosly ni pon kecik comel, so dia arif tentang kemahuan or busana yang sesuai untuk mereka yang bertubuh kecik ni. Siap boleh nampak tinggi masa hari bahagia tu. Hehehehe




Yaya Rosly sebenarnya dah 4 tahun dalam dunia reka fashion ni, menapak dari biasa-biasa hingga mendapat nama di dunia fashion ni. Contoh artis yang pernah memakai reka pakaian Yaya Rosly adalah Elizabeth Tan, Mawar Rashid, Emma Maembong, Arjalee, Syada Amzah (Adik Shila Amzah), Nelydia Senrose, Sara Ali dan banyak lagi.


Iday berpeluang untuk jumpa Yaya Rosly di butik beliau di Sri Kembangan, dan berkongsi cerita tentang pengalaman serta kejayaan beliau sebagai pereka fashion di Malaysia. Comel dan baik sangat Yaya ni. Humble :)



Yaya Rosly memang tak lokek dengan senyuman, senang didekati sebab dia peramah :)



Ida sempat intai-intai busana pengantin yang ada di Butik Yaya, Cantik sangat! Kenape la tak taw pasal Yaya masa buat survey baju pengantin dulu. Hahaha Dasar pilih nak cepat je kan. Padahal Sri Kembangan dan Bukit Jalil bukan jauh pon. Yaya ada design untuk kot & blazer jugak taw.



Kemas betul jahitan tepi, ni jahit pakai tangan taw. 





Kalau datang butik Yaya, boleh tengok pelbagai jenis kain ada, kain lace pon cantik2. Hasil rekaan Yaya ni sangat detail.



Cantik betul paten kain yang ada di butik Yaya Rosly. Korang boleh bincang design macam mana yang korang nak and Yaya akan bantu jadikan busana idaman tu realiti, gituuu :)






Iday tengok busana pengantin yang sedia ada di Butik Yaya Rosly pon semua cantik-cantik. Patutla ramai selebriti yang menggunakan khidmat Yaya Rosly, rekaan yang menawan, simple tapi gorgeous dan tidak terlalu sexy.






Rambang mata tengok. Semua cantik2 :)





Iday berpeluang melihat Aishah (adik Yaya) menggayakan beberapa koleksi busana pengantin Yaya. So, baru kita boleh bayangkan macam mana rupa rekaan baju tu bila berada elok di tubuh. Heheheeh


Ni antara-antara busana pengantin yang digayakan oleh Aishah :




Bahagian depan :



Bahagian belakang :



Bila tengok Aishah pakai, alahai cantiknya dress dia. :)



Dress yang kedua Aishah pakai pon cantik, Iday suka sebenarnya dress putih macam ni. Islam sendiri cakap, busana pengantin macam ni sebenarnya cantik dalam gambar. 




Wahh, belum tengok yang bahagian belakang lagi. 



Busana pengantin yang last ni paling iday suka. Warna lembut, rekaan simple tapi cantik. Aishah pakai pon elok je dekat badan dia. 



Iday suka cara Yaya design dekat bahagian tepi tu. Macam kau pakai kebaya then kain kembang. Cantikkkkkk! 



Ni pulak bahagian belakang, 




Wahwah, iday suka betul lace. Bagi iday rekaan Yaya Rosly ni mengikut trend dan moden. Yaya tahu keinginan customer, dia realisasikan busana impian setiap customer. 

Oh Yaya pon ada buat custom made kasut pengantin. Harga berpatutan, boleh bincang budget dengan Yaya. Hehehe



Antara blogger yang hadir, terima kasih Yaya Rosly :)



Makanan yang disediakan pon sedap especially cupcake ni. 



Korang juga boleh datang ke butik Yaya Rosly di Sri Kembangan. Boleh check address di bawah :




Iday sebenarnya tak sabar tunggu koleksi RTW Yaya Rosly untuk Syawal tahun ni. Boleh bergaya dengan rekaan Yaya Rosly nanti. Yaya akan keluarkan banyak jenis design. Yaya nak semua orang nampak berbeza so design setiap koleksi adalah terhad. Takde la nanti pakai, eh asal sama ni.Hehehehe



Boleh datang ke alamat dibawah atau check Instagram dan website Yaya Rosly : 


Alamat:E-8-1, PUTRA WALK,
JALAN PP25, BANDAR PUTRA PERMAI,
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR

 https://www.instagram.com/yayarosly/
Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)