Wanderlust | Solaris Mont Kiara @ Damansara

0

Update : Non-halal restaurant since March 2016



Isnin datang lagi!

Mood kerja mesti suam-suam suku je kan. Hehehe Okay, jom layan mood tu dengan tengok 1 lagi tempat makan best yang dah iday reveiw. Kali ni dekat Solaris Mont Kiara, Damansara iaitu Wanderlust cafe.

Wanderlust; Strong desire to travel.


Apa yang best tentang Wanderlust? UNIK, sebab every menu dan resepi yang diorang buat berlainan dengan mana-mana tempat makan yang iday pergi and review sebelum ini. They have their own recipes. Hehehehe


As usual, iday akan senaraikan antara makanan yang iday paling suka kat sini. Korang pon boleh try2 menu ni kalau korang berminat nak datang sini. Tempat best lepak bersama kawan-kawan or dating with your husband or keluar dinner bersama keluarga. Hehehe





Iday memang suka makan chicken wing. Kalau pergi Pizza Hut, iday memang order chicken wing sebab iday kurang gemar makan Pizza. Sebab tu iday nak try Flamming Wing dekat sini. Flamming Wing ni  diperap bersama hot sauce dan disediakan bersama spiced watermelon & white sesame.



Tak pernah makan chicken wing sekali dengan watermelon. Hahaha tapi sedap sebab sauce ayam tu kot bersama dengan manis watermelon. Untuk dishes ni, korang boleh share dengan harga RM22 untuk 1 hidangan. 



Untuk hidangan kedua ni, iday nak tanya korang dulu. 

Pernah makan salmon dengan strawberry?

Actually, ni kali pertama iday try. Selama ni kalau nak masak pon mesti perah limau or gaul dengan black paper dan garam sebab nak hilangkan rasa hanyir salmon tu. Atau pon salmon dengan mushroom sauce or mango citrus seasoning. Strawberry? First time dengar and rasa. Hehehe



Tapi, bila iday try Crispy Salmon Steak with Strawberry Basil ni, iday suka dengan rasa salmon. Macam strawberry punya masam-masam manis tu dah cover rasa hanyir salmon. Iday makan habis okay, tak pernah-pernah aku makan salmon dengan rakus and habis. Hahahaha 

Tapi serius sedap. Korang kena makan setiap gigitan salmon tu dengan stawberry taw. Memang sedap! Setiap hidangan berharga RM32. 



Iday kurang makan pasta, sebab cepat muak. Tapi lain dengan pasta yang iday makan dekat Wanderlust ni sebab dihidangkan bersama tiger prawn(my favourite), handmade pumpkin tagliatelle, courgette(timun jepun) and salted egg yolk sauce (obviously everyone favourite). 



Serius tak muak, memang creamy sangat and rasa sauce telur masin tu. Serius sedap. Korang memang patut try hidangan ni. Pasta handmade pulak tu. Iday suka tiger prawn tu! Hehehe Hidangan ni berharga RM30.



Satu lagi soalan iday nak tanya,

Suka makan roti canai? pernah makan dengan Egg benedict? Pernah makan dengan mushroom? pernah makan dengan baby spinach? Ni lebih dari satu soalan ni. Hehehe


Wanderlust Benedict with Mushroom, baby spinach, turkey bacon bits, deep fried poached free-range egg (wow!) and roti canai. Hehehe



Iday suka cara diorang poached kan telur tu then goreng. Hahaha Kreatif betul. Then iday suka dengan the idea kau makan roti canai dengan cara berbeza. Oh roti canai dia sedap! 



Cara iday makan, iday akan makan roti canai tu bersama egg benedict, mushroom and baby spinach. Sedappppp dan kenyang. Hidangan ni korang boleh dapat dalam RM25. 



Beetroots? Pernah makan beetroots? Hahaha first time iday makan dan selama ni tak tahu kewujudan beetroots. It's kind of ubi merah camtu. Kawan iday cakap, biasanya orang buat juice. Tapi kat Wanderlust, korang boleh dapat Deep Fried Beet, then makan bersama Japanese Mayo.


Setiap hidangan berharga RM15. Boleh share ramai-ramai.




Hidangan yang ni bagi iday sedikit pelik, tapi iday rasa kalau siapa yang jenis suka makan kulit ayam KFC tu sure suka makan. Ni hidangan Chicken chicharron with Sriracha sauce.



Iday suka betul soso Sriracha ni. First time taw bila Chef Nik yang kenalkan masa event Pizza Hut hari tu. Chicken Chicharron ni tidak berminyak dan cruncy. Macam korang makan snack. 


Kat sini banyak desser yang best. tapi untuk penggemar caffein macam iday, iday suka Sago. Sago with hazelnut brittle, ristretto and hot cream. ada step by step nak tuang. 










Sedapppppp. Sampai habis aku makan sorang. Hahahaha My favourite, next time datang memang nak makan lagi dessert ni. Untuk hidangan ni, hanya RM18. 

Kat sini banyak choices untuk minuman. Iday try juice Beetroots, sedap! And coffee kat sini pon sedap. Bukan calang-calang Barista yang buat taw. Yang pernah menang competition. Hehe


Islam macam biasa la, dia order apa iday suka. and dia habiskan. urgh. Hahahaha






Oh iday order Blender BeetRoots, saje nak try macam mana rasa jus. Tadi dah rasa yang goreng kan. Memang fresh la, macam mana iday tak taw kewujudan beetroots. Diorang cakap beetroots ni banyak khasiat. Nanti iday nak check. 







Macam mana dengan diorang punya dekorasi cafe?

Simple. takde banyak prop sangat, just plain wall, white and blue. tapi iday paling suka hiasan lightbulb dekat siling. 



Somehow, korang akan rasa tak selamat. Hahahahah so, jangan pilih meja bawah light bulb botol2 ni. Hahaha Tapi jangan risau, it's actually safe. 


Diorang ada tayang piala2 kemenangan pertandingan barista semua. Mestilah nak convince customer kan. 

Kalau nak taw, owner Wanderlust mementingkan kualiti dari kuantiti. Maksudnya, menu diorang kat sini tak banyak, dalam 20 jenis menu. tapi dihidangkan dengan kualiti yang terbaik, dari segi rasa dan persembahan makanan tu sendiri. 

Kalau ada satu menu tu tak perform, which is kurang sambutan, diorang akan remove and ganti dengan menu yang baru. So, diorang memang serius untuk memuaskan hati customer.


Iday suka betul hiasan paper plan dalam kedai ni. comel. Hehehe




Hiasan meja pon simple. Meja kayu then pasu bunga kecil. 




So, sesiapa yang nak datang sini, boleh check info yang iday letak dekat bawah ni. Tempat best, kita kena share.Hehehe








10 Jalan Solaris 4, 
Solaris Mont Kiara Kuala Lumpur

03-6211 9688

Mon - Fri: 11:00 am - 11:00 pm 
Sat - Sun: 9:00 am - 11:00 pm


atau korang check more review dengan klik link bawah :



Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)