6 Jenis Cara Berbuka Puasa Popular di Malaysia

1

Assalamualaikum,

Salam ramadhan! Macam mana puasa setakat ni? Hehehe Pejam celik Pejam celik dah masuk 5 hari berpuasa. Ni kali pertama iday berpuasa dengan suami, Islam. So far, kitorang selalu rushing bila balik waktu berbuka sebab Islam habis kerja pukul 6 and ambil masa 1 jam untuk sampai rumah. Memang tak sempat nak masak, kena beli bazaar or kedai. Weekday je iday masak. :)

Sekarang iday nak share 5 jenis juadah popular rakyat Malaysia ketika berbuka puasa, korang dah try kesemua lima-lima jenis juadah ni? Hehehehe

Jom check :)


+ Masak sendiri

Yang ni antara yang popular, terutama untuk mereka yang baru kahwin. Hehe Nak rasa pengalaman berbuka sama-sama, masak makanan favourite suami. Kalau isteri yang berkerja pulak, diorang akan selalu masak masa weekend sebab tak sempat masa weekday, tapi bukan semua. Yang seronok kalau isteri/suami suri rumah atau tinggal bersama keluarga. Rindu nak berbuka kat kampung. Hari-hari mak masak :(

Okay iday nak share resepi kalau korang nak masak sendiri untuk berbuka puasa :







+ Bazaar Ramadhan


Jadi tumpuan orang-orang bujang yang berkerja, tak sempat nak masak. Kalau yang dah kahwin, maybe beli kuih-muih atau lauk sampingan. Paling popular diorang beli kat bazar ramadhan, murtabak. Kawan iday, si Sara tu, hari pertama dah sebut nak beli Murtabak dekat bazar. 



Nak check senarai bazar ramadhan 2015? klik link ni : Senarai Bazar Ramadhan 2015 KL and Lembah Klang



Buffet Ramadhan

Sekali-sekala, boleh merasa makan di hotel atau restoran yang menawarkan buffet ramadhan dengan harga berpatutan. Kalau nak makan 1 ofis atau makan bersama kawan2 memang akan pilih Buffet Ramadhan, sebab makanan dan minuman telah disediakan dan terdapat pelbagai jenis lauk pauk. Menu selalu ada di Buffet Ramadhan - Sate, Kambing Bakar, Bubur Lambuk dan banyak lagi.


Kambing Bakar di Novotel Hotel

Boleh check Groupon untuk list buffet ramadhan yang murah atau check artikel rakan blogger iday ni : Senarai Buffet Ramadhan 2015 KL


-----------------------
IKLAN
Korang dah check ke AirAsia punya free seat promotion? Baik cepat2 pergi book, promo ni tamat 28 june and limited okay. Tadi iday dah usha flight ticket pergi Chiang Mai . Tiket pergi Terengganu pon RM9.52. Over betul. Haha
Cepat check sini : Air asia promo free seat
-----------------------



+ Kedai Makan/Fast food restaurant

Iday kadang2 balik pukul 6-6.30, walaupon company bagi balik pukul 5. by the time pukul 7 baru nak sampai bukit jalil. Memang tak sempat la nak masak or beli bazar. So, kitorang terpaksa singgah makan di kedai. Yang jenis tak layan Buffet Ramadhan pon, memang akan pilih kedai. 1 sebab, lebih murah. 2 sebab makan apa yang di order, so tak terlalu kenyang. Hahaha Iday kalau makan buffet, memang lama la nak berenti makan. semua nak try. Hehe


Biasanya kalau iday tak nak beli bazar and tak sempat masak, iday ajak makan dekat kfc bukit jalil.


Sebolehnya kalau berbuka di kedai makan, kena banyak sabar. especially bila tunggu order sampai and makanan tak sedap. Hahaha


+ Rumah Kawan/Jemputan berbuka puasa

Yang ni kategori makan free. seronok kalau dapat jemputan buka puasa dari kawan-kawan. Semoga murah rezeki diorang kan? So, ada yang nak ajak iday and islam berbuka di rumah? Hehehehe

Ada je yang buat kenduri kesyukuran and buat majlis berbuka sekali. 

+ Dalam kenderaan - kereta,lori,bas,plane

Iday rasa sekarang tak ramai lagi la, paling ramai bila dekat-dekat raya. bila masing2 pulang ke kampung dan sangkut dengan kesesakan lalu lintas terpaksa berbuka di dalam kereta. 

Ada juga  yang balik kerja lambat, tak sempat sampai rumah dah berbuka dalam kereta. Semalam iday hampir-hampir berbuka atas motor dengan Islam. Hehehe



Update :

+ Berbuka di Masjid

Dulu kalau puasa kat kampung, kadang-kadang tak berbuka dengan abah, sebab abah berbuka di Masjid. Seronok bila kita makan ramai-ramai. Ida ingat lagi, ada pernah pergi berbuka dekat masjid ikut tok. Masa berbuka, just makan kurma dan air.  Then solat maghrib berjemaah dulu, baru boleh berbuka dengan makanan berat. Masa tu kecik-kecik, ajak kawan pergi check apa menu masjid hari ni. Hahahaha. Last2 kena pulas telinga dengan tok sebab banyak main dari solat. Huhuhu

+ Berbuka di Office


Baru je semalam berbuka dekat office. Hahaha Iday tengok komen pon, ada 2 orang yang kata mereka berbuka di office. Macam ida la, walaupon boleh balik pukul 5, tapi kalau ada kerja, terpaksa jugak stay. 



Yang mana satu paling korang suka? Iday paling suka  Masak Sendiri. Hehehe :p Jangan ada yang berbuka dalam semak atau kedai tertutup sudah. Nanti kena naik van jenazah. Malu aihhhh :|

p/s : Entry suka-suka je ni taw , kalau ada yang kurang, korang boleh komen ye Hehehehe :)

Tags

Post a Comment

1Comments
Post a Comment