Enter your keyword

Hujung Minggu di Jump Street Asia Petaling Jaya

Biasanya bila ada public holiday or weekend, mana tempat korang pergi? Ada yang ambil short vacation, tengok movie, pergi mall  , zoo or lepak makan dengan member. So, aktiviti-aktiviti ni dah macam biasa iday buat.



So, last week iday ajak Islam pergi Jump Street Asia dekat PJ. Tu pon sebab Sara yang pernah pergi sana yang cadangkan tempat tu. Bila kitorang dah google and survey tempat tu, macam best sebab boleh buat macam-macam aktiviti.



Mulanya Lin and Via patut ikut, tapi diorang ada hal. So, just Iday, Islam, Sara, Ameen and Safwan (kawan Islam) pergi Jump Street Asia. Takpe2, ni kira survey2 dulu, then nanti baru pergi ramai2. Hehehehe




Jarak dari rumah iday ke Jump Street Asia ni just 25 minit. Before ni kan iday pernah buat food review dekat Cafe 9, Jump Street Asia tu dekat area tu je. Tapi jangan risau, nanti korang waze tu dah jumpa. 





Dekat Jump Street Asia ni ada 2 harga iaitu masa off-peak and peak hour. Nanti iday bagi detail harga ye.  

Staff dekat Jump Street Asia ni semua friendly, iday sempat kenal salah seorang staff diorang kat sini, Rae. Sempat la tanya dia macam-macam soalan. Hehehe


Masuk-masuk je dah nampak  trampoline rules ni. Ingat, jangan seronok je, kena jaga safety jugak. 




Lepas tu korang kena check-in dulu, nanti buat pembayaran and dia akan bagi stokin. Stokin kat sini berbeza taw, dia macam ada permukaan melekat, sesuai bila korang nak lompat atas trampoline nanti. 




Dekat kounter dah ada senarai harga and segala bagai info, ada banyak pamphlet dekat kaunter tu. Rupanya diorang buka hari-hari cuma ada time berbeza, kalau weekday diorang akan tutup pukul 9pm.






Masa iday datang tu dalam 10.30 am, bayangkan baru setengah jam bukak, dah ramai orang. Rupanya kat sini boleh buat birthday party. Then kalau weekend, memang ramai parent bawa anak-anak diorang datang sini. Rae ada cakap, ada parent yang datang banyak kali sebab anak-anak diorang suka. 



Ramai tak ? Tapi korang jangan risau, apa yang best dekat Jump Street Asia ni , diorang pantau jumlah orang yang masuk for each hour. So takdelah korang tak boleh main sebab ramai orang kan. Konsep dia, semua orang boleh main. Hehehehe




Mula-mula lepas check-in, diorang akan bagi stokin. Stokin ni memang khas untuk lompat atas trampoline. 


Lepas dah tukar pakai stokin, nak simpan barang kan. Iday suka locker dekat Jump Street Asia ni, tak pakai kunci tapi pakai pin number. Hehehe Yela, cuba bayangkan korang pakai kunci, then lompat2 tercicir. 1 masalah nak cari kat tempat luas macam Jump Street Asia tu.


Senang nak pakai machine tu sebab ada panduan yang diorang tampal ke tepi tu. Tapi kalau tak pandai, boleh panggil Jump Crew. Iday pon mintak tolong Rae, maklumlahhh first time. Hikhik :p


Iday nak bagi panduan sikit bila korang datang sini. Takde la korang lost nak main apa dulu kan. Hehehehe Korang boleh rujuk sign kat bawah ni. Biasanya kalau datang sini, korang kena start dengan Main Court, Dodge Ball, Slam Dunk, Foam Fit then baru High Performance. Tapi kalau nak suka-suka hati pon boleh. Hahahaha




1. Main Court

Mula-mula, korang pergi main court. Panaskan badan then lompat. Untuk lompatan yang bagus, 1 kotak trampoline tu untuk 1 orang taw. 





Kat sini kan ramai budak-budak yang main but don't be surprise kalau kau tengok mak bapak budak yang terover. Hahaha


satu lagi yang best and bagus kalau korang bawak anak-anak korang kat sini, ada coach yang volunteer ajar cara lompat, bukan setakat jump and up tapi lompat sambil baring, pakai lutut and banyak lagi. 


Korang tak perlu register ke ape, just datang main court ni, nampak abang yang pakai baju belang-belang hijau ni or ada tulis kat belakang baju diorang "Jump Referee", jumpa dia and mintak tolong ajar. Hehehe




Kalau korang datang sini, korang akan nampak rombongan yang pakai macam ni, jangan buat muka pelik pulak. Hehehe diorang ni actually yang buat trip or birthday party kat sini. 


Bila iday tanya Rae, rupanya ada pakej untuk birthday party which anak-anak yang join tu boleh dapat :

+ 1 hour of jumping (main court, slam dunk, dodge ball, foam fit)
+ 30 mins in Party Room
+ Food and Drinks
+ Grip Socks
+ Free Gift untuk birthday boy/girl





Best kan? Sure kawan-kawan anak2 suka, dari kita buat birthday party kat rumah macam selalu buat tu dah boring. Hehehe


2. Dodge Ball

Oh Lepas kitorang dah puas lompat dekat Main Court, kitorang pergi lawan Dodge Ball. Gila best and penat wey. Haha Ala-ala macam kau lawan baling bola kat kampung. Kalau kena bola, OUT! Hahaha



Eh, kenape diorang baring ni? Sebenarnya, kalau korang nak main dodge ball dekat sini, korang kena baring macam ni la. Bila dah tiup wisel, baru bangun and attack. Haha


Kalau nak tahu seronok ke tidak, kau tengok la muka Islam sepanjang kitorang dekat Jump Street Asia ni, sengih manjang. Hahaha




Ameen pulak tak habis-habis cari pasal dengan budak pakai jersi merah ni. Hahaha Kelakar wei. Sampai dengan Islam and Safwan join sekali attack budak baju merah ni. 




Ameen semangat main, and Sara?




Dia seronok lompat2. Hahahaha Sabar je la. Dia bukan tukang attack, tapi tukang elak bola.




Hahaha  Tengok Islam, dah tak macam rupa orang dia punya semangat. Hahaha




Semangat -.-




Last-last group kitorang kalah, tapi masing-masing dah putus nafas dah. Tapi memang seronok la. Kalau datang dengan kawan-kawan, boleh buat group attack. Hehehe

Tengok muka masing-masing lepas game, 

Islam - Rambut dah serabai. Haha


Sara - penat pon nak cantik. Hahaha



Safwan - still mantain je. Haha




Ameen - yang paling semangat. tengok macam cool je kan. sebenarnyaa.....




Nasib baik bawak bini, ada yang tolong kipas. Hehehe




Memang best la main dodge ball, sebenarnya bukan senang nak attack sambil kau lompat. nak elak sambil lompat pon susah. Jauh beza dengan game bola beracun yang kita pernah main tu. Hehehe


Tudung aku? Hahaha hancur dah bila main lompat-lompat ni. Nasib baik dah kahwin, suami pon sama serabai. Hehehe



3. Slam Dunk

Dah seronok main Dodge Ball, kitorang main Slam Dunk pulak. Shoot bola dalam jaring, ala-ala gaya slam dunk. Ameen, Islam and Safwan fail. Langsung tak masuk. Hahaha



Rae ajar, tapi bola tak masuk jugak. heheheeh  :p





Tapi iday shoot semua masuk. Hahaha sebab dulu kan pernah main bola jaring. Ala-ala shoot angkat kaki gitu. Hahaha

Bila masing-masing dah gave up shoot, kita main foam fit pulak. Hehehe

4. Foam Fit

Dekat Foam Fit ni la korang oleh nak buat flips, kalau kat main court tadi, tak digalakkan la. Tapi dekat Foam Fit, korang boleh lompat dalam apa-apa gaya. Hehehe tapi, make sure tiada barang dalam poket. Jenuh nak mencari. 

Ameen buat flips, iday ada rakam. nanti tengok video bawah. 


Islam pulak buat side flips, ni aku main hentam letak nama. pelik sangat dia punya flips -.-


Safwan lompat macam biasa, and hampir stuck. Hehe



Iday lompat macam biasa jugak dan....


Sangkut kat tengah, tak boleh bangun. Hahaha dengan stokin tercabut la. kelakaaaar wei :p


Lepas dah main semua ni, baru boleh main dekat High Performance, dekat sini korang boleh lompat lagi tinggi sebab trampoline dia lain sikit. Than boleh lompat atas Airbag. 


Islam nak cuba lompat,



Tenggelam. Hahaha




Ameen pon lompat. tapi kelakar bila dia landing tu. Hahaha



Lepas tu masing-masing dah penat. Serius 1 jam tu lebih dari cukup. Time iday main ni pon, banyak masa kitorang duduk sebab penat. Maybe sebab baru-baru lagi, stamina belum kuat. Hahahaha

Tengok adik-adik comel kat sini lompat nonstop. Hahaha





Dekat Jump Street ni ada cafe, kalau korang nak lepak minum lepas penat lompat kan. Hehehe Jump Cafe, kat sini ada macam jenis coffee, ada juice, smoothies. Tapi iday tak syorkan makan sebelum lompat. Kan ada yang muntah hehehe





Cafe ni actually tingkat atas, so bila korang lepak kat atas ni, korang boleh amik gambar Jump Street Asia dari tingkat atas. Baru boleh tengok berapa ramainya orang kat situ. Haha






Overall, memang best kalau dapat lepak sini dengan kawan-kawan or family,lagi-lagi parent yang boleh spend masa korang dengan anak-anak kat sini. Sekali sekala bawa diorang melompat kan. Hehehe

Kat bawah ni iday share gambar lain dan video :)


















Seronok kan? So apa lagi, time hujung minggu or public holiday boleh datang sini. Iday nak share maklumat tentang tempat ni, so senang la korang nak datang nanti ye. Hehehe :)

---------------------------------------------
Harga?
Untuk 1 hour adalah RM22 (off-peak) and RM27 (peak)
+ Grip Sock = RM5
Disarankan booking online sebab takut slot dah penuh. Kan iday ada cakap, diorang hadkan jumlah orang main each our. Boleh check sini : Availability Session

Opening hour?
Weekday 10am-10pm
Weekend 10am-9pm

Address:
 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Taip "Jump Street Asia" untuk GPS :p

No phone : +60 3-7969 1051


Kat sini boleh buat corporate event or birthday party, boleh contact diorang. 

No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List