Enter your keyword

Pengalaman Melawat Bekas Kem Pelarian Vietnam @ Pulau Bidong

Sekarang kan tengah heboh cerita tentang pelarian Rohingya, so banyak la kita banyak cerita dari paper, online news dan berita di tv. Hari tu, iday tengok tv3 , then masa berita tu, diorang ungkit cerita tentang penempatan pelarian Vietnam di Pulau Bidong, Terengganu. 


Iday pernah melawat kem tersebut kerana iday pernah jadi media untuk cover event Hari Bumi pada tahun lepas (April) di Pulau Bidong. Walaupon iday orang Terengganu, dan dibesarkan di sana, tetapi tak pernah tahu tentang Pulau Bidong. 


Masa mula-mula iday sampai ke pulau tu, iday takde pengetahuan tentang pulau tu pon. Sebab bila sampai iday just nampak ada 1 chalet (milik UMT untuk penyelidikan coral) and pantai yang putih bersih, memang untouched island. Serius cantik! Then boss iday cakap, yang pulau ni sebenarnya ada sejarah dia. So, iday google. Rupanya, Pulau Bidong ni pernah jadi Kem Pelarian Vietnam pada ketika dahulu.


Kalau nak tahu, Pulau Bidong sebenarnya bekas kem pelarian Vietnam pada tahun 1978. Masa tu kita ni tak lahir lagi. Awal-awal pembukaan kem tu, cuma 121 orang je. Jumlah pelarian makin bertambah pada June 1979, dan dikatakan sebagai "Most heavily populated place on earth" pada ketika itu dengan jumlah pelarian 40,000 orang. 



So, bila dah ramai ni, banyak pembangunan yang diorang dah buat, sekolah, balai raya, rumah penduduk, tempat ibadat untuk beberapa jenis agama (kuil,church,masjid), hospital dan banyak lagi. 



Yang ni korang kena banyak baca. Sebab lepas tu ada kerjasama untuk pindahkan semua pelarian ke tempat baru (negara-negara lain) untuk beri peluang kepada diorang untuk jalani hidup lebih baik.

Kumpulan last yang tinggalkan pulau ni pada tahun 1991. Lepas 8 tahun, ada 1 kumpulan datang ke pulau tu and didapati semua bangunan2 yang ada kat situ mereput. Tetapi still ada bekas-bekas kuil,church, monumen yang diorang buat (bot buatan). 

Sebenarnya korang kena baca sejarah pulau ni kalau nak tahu lebih lanjut. Hehehehe

So, iday nak share beberapa gambar yang iday snap masa dekat sana. Ada juga few gambar yang iday buat comparison pada tahun 2011 or tahun-tahun sebelumnya.

Refugee Boat

2014 - Boat Pieces


2011 - source


Tangga 

Tangga-tangga yang diorang pernah guna dulu. Ni gambar tangga ketika Kem. 


 Ni pula gambar ketika 2014, tahun lepas.




Ni pula Boat Buatan yang iday cakap tu. Diorang ada letak macam batu nisan dengan nama-nama yang ada dekat Kem tu. Iday tak sure ni nama-nama yang selamat or yang terkorban. Tapi iday tahu, yang ada kawasan perkuburan dekat pulau ni. Tak pergi pon, tak berani. Hehehe

Gambar 2014



Cuba tengok bila compare dengan dulu, siap kat tepi tu ada church, sekarang just tinggal rangka church je. 

Gambar masa kem


Gambar Church ketika Kem


Gambar ketika tahun 2011 


Gambar 2014



Gambar Kuil Ketika Kem


Gambar tahun 2014



Cai Dai, kalau google maksud dia temple. So ni gambar ketika kem. Masa ni ada bangunan temple belakan sign board tu. 


Sekarang hanya tinggal sign board. 


Pantai ketika Kem


Keadaan pantai 2014



Sebenarnya sekarang dekat Pulau Bidong tu banyak bangunan2 lama yang dah tumbang, siap dah naik belukar dah. Masa iday pergi pon, abang guide yang bawak iday time tu pon suruh jaga-jaga sebab takut jatuh dalam lubang or pijak paku. 





Korang boleh check gambar lain ketika kem pelarian vietnam dengan klik link bawah ni :


Memang satu pengalaman yang takkan iday lupa la, bila tengok gambar diorang yang masa dekat kem compare dengan gambar sekarang, macam tak sangka banyak sangat perubahan. Bila iday datang tahun lepas tu, iday tak sangka sebenarnya banyak pembangunan yang berlaku kat sini. Siap ada sekolah semua. 

Sekarang half pulau tu milik UMT untuk buat penyelidikan coral. Kalau korang nak datang sini, kena buat surat dekat UMT la. tapi kos nak sewa bot kat sini, iday rasa mahal. Hahaha 

Dalam kenyataan di blog Tourism Terengganu :

"Regardless how true it is, a 3D2N package tour with accommodation in resorts or hotel in the mainland or a day trip is available now from Kuala Terengganu to the island in order to give a chance to have a glimpse on this island before proceeding to snorkeling or diving trip in adjacent water. A guided tour is advisable even though you can simply hire a boat from Merang to the island yourself. There are many traps in form of abandoned wells dug by the refugees for fresh water."

So, walaupon pulau ni tak popular macam Redang or Perhentian, pulau ni tetap ada sejarah dia and iday lucky sebab dapat tengok sendiri rupa Pulau Bidong ni. :)

p/s : Rindu nak pergi trip2 macam ni, ada yang nak invite? Hahaha

3 comments:

  1. **Pembetulan**
    UMT, bukan UTM :)

    ReplyDelete
  2. terbaik kak uday. just visit bidong 2 wiks ago.. touched!

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List