Yat - Yat atau Ibu Remis

0

Baru pukul 9, iday nak cerita tentang satu makanan. Hehehe tapi jangan risau, makanan yang iday nak tunjuk ni kelihatan seperti serangga and tak mengiurkan pon. Hahaha

Dulu iday pernah cerita dekat entry ni , Balik Kampung Rumah Pantai tentang haiwan kecil yang boleh dimakan ni. Kalau kat kampung iday, kitorang panggil Ibu Gemis/Ibu Remis. Masa kecik dulu, selalu tangkap then cucuk lidi dan bakar. Sedap! Hahaha




Bila iday post tentang Ibu Remis dekat blog, rupanya ramai yang tak taw tentang kewujudan Ibu Remis. Siap cakap ni Lipas Laut. Iday google jugak rupa Lipas Laut tu, risau jugak selama ni makan sedap je kan, rupanya lipas. Haha risau wey. 

Tapi aku tak jumpa, yang aku jumpa gambar lipas. Hahaha

Ada jugak cakap kutu laut, yang ni pon aku geli. makan kutu? ewwww. Yang ni gambar paling geli la iday jumpa and iday juga pernah nampak masa tengah siang ikan. Tapi jauh sangat bezanya dengan Ibu Remis. 

Sumber Gambar : ilhambudiraspati.wordpress.com

PenMerah pon pernah post pasal Ibu Remis dekat Facebook and rata-rata ramai yang tak pernah kenal haiwan kecil ni. And iday baru tahu yang rupanya, macam-macam cara boleh masak dengan Ibu Remis ni, antaranya Goreng Kunyit. 





Baru-baru ni iday ada baca 1 posting dekat BBM (Backpacker Buddies Malaysia) pon ada cerita pasal Yat-Yat or Ibu Remis ni. Iday taw nama Yat Yat pon dari BBM punya page. Hehehe



Macam-macam reaksi diorang bagi, tapi ada seorang hamba Allah ni dia share nama saintifik Yat -yat or Ibu Remis ni iaitu Emrita Sp ataupon undur-undur yang secara umumnya ada sedikit sedara dengan udang, ketam, lobster dan teritip. Percaya tak sebenarnya Yat-yat ni kaya dengan Omega 3. Jangan main-main. Hahaha

So, selama ni main makan tak pernah tahu pon ada omega semua tu. Nanti balik kampung, pergi pantai and tangkap banyak2. Boleh goreng kunyit. Hahahaha

Apa rasa? 

Actually macam makan udang goreng. cruncy kat luar, and isi kat dalam. paling sedap bila makan yang ada telur. Hehehe 

tapi yang dekat rumah ida kecik je, yang diorang tangkap ni memang besar betul. Hahaha




korang pernah makan? 0r ada rasa nak cuba? boleh ikut iday balik kampung. Hehehe





Ini apa kes pulak katanya tiada ayam time raya?cuba bayangkan kalau takde ayam time raya nanti? Takde la rendang ayam. Ke nak makan Rendang Yat-yat? Hahahaha 


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)