Enter your keyword

Pertama kali raya tanpa Juadah Raya Mak

Tahun ini adalah tahun pertama iday tak dapat beraya dengan Mak sebab iday dah kahwin and balik ke kampung suami. Tahun ini juga kali pertama iday tak dapat makan and rasa juadah raya mak. 

Kiranya ini adalah entry seksa diri sebab iday akan senaraikan beberapa jenis juadah raya yang selalu mak iday masak bila tiba hari raya.



+ Nasi Himpit Kuih Kacang

Wajib every year! Iday ingat lagi tahun lepas, mak cakap “Raya tahun ni, makan nasi minyak la ye, takyah buat nasi himpit”. Terus cakap taknak. Nak nasi himpit jugak! Mana boleh takde Nasi Himpit Kuih Kacang, tak best la raya. gituuu.



tumblr_lpgn2inP6i1qavg4xo1_1280.jpg

Makan pulak dengan Rendang Ayam. Sedih, nak raya kampung mak :(

Takpe la, kita makan mak mertua punya pulak. :)

+ Sate


Kisahnya yang tukang cucuk ayam and bakar sate tu memang aku. Panas tak ingat bila kena bara api tu. Tapi best bila tengok 1 family seronok makan sate. Lagi-lagi mak yang perap daging ayam tu, memang sedap! Rindu Sate!

IMG_0336.jpg


+ Nasi Dagang

Mak memang terer buat Nasi Dagang. Biasanya kitorang akan buat Nasi Dagang untuk raya ke-2. Sedap tak sedap Nasi Dagang mak, siap ada yang bawa bekal. Mostly, sanak saudara la sebab diorang tahu ni juadah raya mak every year. Hehehe

IMG_8900.jpg

Iday suka Kari Ikan Tongkol Mak dengan acar timun batang. Sedapnya! Selalu kalau makan, letak kuah kari banyak-banyak, biar banjir. Hehehe

+ Nasi Minyak

Nasi Minyak ni kita makan bukan time kenduri je tau, time raya kalau makan dengan Kari Ayam Mak memang terbaik!

nasi-minyak-with-ayam-kuzi.jpg

+ Lontong

Lontong juga menu wajib bila beraya, sedap bila makan dengan Nasi Himpit or Mee/Bihun Gelas. Sedih la tahun ni tak dapat makan Lontong mak. Tapi, iday dah boleh buat sendiri kuah lontong. Hehehehe Siap mesej mak lagi.

“ Mak, iday dah boleh buat Mee Lontong, semudah A B C”

“Ye ke?, cuba hantar gambar”

MameeLontong.jpg

“Eh, Mamee Chef pon ada perisa Lontong?” Hahaha terkejut mak aku, jangan main-main taw. Tapi lepas tu mak aku boleh pulak cakap :

“Kalau rindu Lontong mak, beli la banyak-banyak ye. Hehehe”

Memang nak beli banyak-banyak pon. Sedih taw, dulu kalau mak buat lontong, iday akan makan dengan Nasi Himpit and campur dengan kuih kacang. Sedap! Siap tambah-tambah. Yang habiskan Lontong Mak kat rumah tu, aku la. Hahahah

Perisa Lontong terbaru dari Mamee ni actually ada special paste dari Chef Ismail dengan perencah yang unik yang membuatkan rasa lontong tu sama dengan rasa lontong yang biasa. Lagi-lagi makan dengan Mi Tarik. Tak perlu tunggu raya, makan berbuka pon okay juga or sahur. Dasar tak reti sabar. Hahaha

Iday pon dah try #mameecheflontong ni. Serius sedap! Lagi-lagi bila letak kacang panjang. Tak sangka dapat buat Lontong ekspress macam ni, tak sampai 5 minit pon. Hahahah

Iday siap tunjuk gambar kat Mak lagi. Hahahahaha Mak cakap nanti boleh la masukkan Nasi Himpit then keluarkan Mee. Pandai Mak aku bagi idea, boleh bagi rasa Mak Mertua nanti. Hehehehe Mintak-mintak Mak mertua tak baca blog aku. Hahaha

Kalau korang nak taw lebih lanjut tentang #mameecheflontong yang baru ni, boleh check Facebook Page Mamee Chef :

https:// www.facebook.com/mymameechef

Nora Danish pon suka #mameecheflontong ni. eh,

11412105_853073631433418_1552488888568072908_n.jpg

So, ni senarai 5 juadah raya kegemaran iday tiap kali raya. Kalau yang lontong tu dah boleh buat sendiri. senang je, eh Hahahahaha Yang lain2 seperti Nasi Dagang,Kuah Kacang, Nasi Minyak tu kena belajar lagi. Hehehehe

Apa Juadah Raya favourite korang?

No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List