Enter your keyword

Raya 2015 : Bila nak ada isi?

Selamat Hari Raya! :)


A photo posted by Malaysian Blogger - sayaiday (@sayaiday) on





Macam mana hari raya pertama? dah sendat ke baju tu dengan makan pelbagai jenis juadah raya? Banyak ke kumpul duit raya or banyak ke dah abis duit bagi duit raya? Hehehehe

Pagi-pagi tadi dah call mak and family kat Terengganu. Dengar suara mak, terus nyanyi lagu raya sedih. Mak cakap, jauh nak tolong kesat air mata. Haha 

Untuk pengetahuan korang, iday dah kahwin dengan Islam almost 10 bulan dah and ni kali pertama kitorang raya bersama. Kitorang dah bersedia dengan soalan-soalan yang akan ditanya especially soalan :

"Bila nak bertiga?" "Bila nak ada isi" " Belum berisi lagi ke?" "Dah ada baby ke?"

Sejujurnya, aku tak kisah pon dengan soalan macam ni, sebab Islam cakap yang bukan salah kitorang cuma belum ada rezeki. Paling best, si Islam ni buat kira-kira, tahun ni berapa ramai orang tanya soalan tu. Dia ingat game agaknya. ish ish laki aku.

Tapi tadi masa beraya dekat salah satu rumah kawan baik mertua, ada yang tanya soalan yang sama. Yang kelakarnya cara aku jawab secara spontan. Hahahaha



aku tahu mesti ramai yang sedih bila diaju soalan-solan macam ni. Tapi nasihat aku, buat rileks wat peace je. Hehehe jangan ambil kisah sangat, anggap la soalan2 camtu diaju untuk doakan kita supaya cepat2 dapat.

So, macam mana raya korang? ada yang dah dapat soalan2 cepumas macam ni ke? Macam mana korang jawab? Hehe :p


No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List