Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Similar Web - Tools untuk check Monthly Visit Website Lain

Salam :)

Kali ni iday nak cerita 1 lagi tool yang iday guna untuk blog iday and Lazada website. Eh, kenape lazada? Sebenarnya kerja aku makan gaji aku hari-hari ada berkaitan dengan Lazada punya website. Hahahaha takyah details sangat er. okay sambung topik tools.



Aku rasa tools ni bukan aku sorang yang pakai, other competitor pon pakai and blogger lain pon ada pakai. Walaupon data dekat tools ni tak accurate which is aku ada baca tentang artikel ni tapi lagi bagus ada dari takde kan. Hehehe

Aku pon check tools ni untuk taw monthly visit dekat blog aku. Kadang-kadang nangis bawah bantal sebab sikit bila compare dengan blog2 hebat seperti Namee Roslan, Hasrul Hassan, Ben Ashaari dan banyak lagi blogger top2. 

Kalau untuk Lazada, masa aku incharge blogger dulu, selalu aku check traffic diorang dekat tools ni, kalau harga yang diberi macam over tak berbaloi dengan traffic, baru aku mintak screenshot Google Analytic. Sorry, ni memang permintaan orang atasan. eh, sambung topik tools balik. Hahahaha


Aku installed Chrome Extension Similar Web ni sebab senang bila aku bukak website tu, aku dah terus boleh check, directly from browser. Diorang biasa update monthly tu dalam 7-10 hb setiap bulan. Macam hari ni, dah update untuk bulan Jun hari tu. Meh aku tunjuk sikit macam mana rupa tools tu ye. Hehehehe

Kalau check dekat website, just taip 'www.similarweb.com' and usually dia akan tunjuk roughly traffic dari desktop, kalau nak tengok all traffic, owner tu kena verify. 



Kalau chrome extension pulak, macam ni rupanya. Contohnya iday nak check montly visit Lazada Malaysia. Iday just bukak website Lazada, and nampak tak simbol Similar Web paling atas and kanan kat gambar bawah ni? Click extension tu. 




Bila click, akan keluar macam gambar bawah ni, tapi jangan percaya bulat2 sebab data ni tak accurate, ni secara kasar. 


Boleh check traffic sources, macam iday check dekat blog iday, mostly traffic from organic search. Direct tak banyak sangat, maknanya ramai belum kenal blog iday. Tak ramai yang terus taip 'sayaiday.blogspot.com. Hahaha



Tengok BeautifulNara, hampir 50% traffic sources dari Direct. Ini bermakna ramai orang just taip 'Beautifulnara.com" sebab website Nara ni memang well-known website dah. Hahaha iday pon hari-hari jugak bukak websiti BeautifulNara ni. 


Oh satu lagi contoh iday nak tunjuk, BuzzFeed, kalau korang pernah baca cerita pasal BuzzFeed, dulu diorang macam nak fokus SEO untuk gain traffic, tapi sebab SEO ni kan long-term punya effect so diorang start guna Sosial Media untuk naikkan traffic diorang. So sekarang ni, mostly traffic dari Social.


Malaysian Digest pon sama, kebanyakan traffic diorang dari Social.

Sebenarnya seronok pakai Similar Web ni sebab iday boleh tengok roughly traffic blogger lain then boleh compare macam mana diorang gain traffic, boleh belajar la untuk improve traffic sendiri. gitewwww. Hahahahaha

Tapi pembakar semangat jugak la, bila nampak graph tu makin naik, alahai seronok. bila makin turun, kena check apa yang kita buat tak kena. Biasanya kalau graph turun sebab jarang update. Hahahaha

Okay tu je la iday nak share. Before ni iday ada share Chrome Extension yang iday guna untuk check ranking keyword directly dari browser. Boleh check article ni :



Terima kasih sebab lepak baca! 

Update : Baru tukar domain. result monthly visit zero ;p


No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List