Enter your keyword

Yang Belum Kahwin, Jangan Naik Kereta Dengan Iday!


Iday sebenarnya dah lama tak drive, rasanya sejak kena road bully hari tu. Kalau drive pon dekat-dekat. Iday ni boleh dikatakan sejenis manusia yang drive cepat gelabah kalau ada orang. Kalau bawa kereta sorang-sorang , iday okay je. Tapi kalau bawa orang mesti laju,lupa brek or last minit masuk simpang. Islam pon tak suka cara iday drive. Huhuhu



Tapi jangan risau, sekarang iday memang jarang dah drive. Daripada aku menyusahkan orang or drive secara bahaya, baik aku naik train or motor. 

Kalau ikut tajuk blog post ni, iday cakap "Yang Belum Kahwin, Jangan Naik Kereta dengan Iday!" Hahahahaha. Sebenarnya ada 2 orang kawan iday yang pernah naik dengan iday and berazam taknak naik dengan iday dah. Hahaha Apa teruk sangat ke aku ni? Hehehe

Ceritanya, kawan iday ada post satu status dekat personal FB dia :


Apa pandangan korang? Betul ke? Islam memang driver yang berhemah, setakat ni kalau naik dengan memang rasa selamat je. Then, Islam pon jenis hormat waiter walaupon kadang-kadang salah dapat makanan, makanan lambat semua. Lagi satu iday tengok cara Islam bercakap dengan orang tua. Pandai ke dia bersembang dengan orang tua, iday check benda-benda camtu. 

Salah satu sebab iday yakin pilih islam, sebab dia boleh layan Mak and Abah iday macam Mak Abah dia sendiri. Serius.

Okay berbalik kepada topik kita. Iday pon komen la dengan post Soren ni and memang kelakar bila dapat respon macam ni dari diorang. Hahaha


Hahaha kurang asam Sara, tapi memang hari tu masa Sara naik kereta dengan Iday, boleh pulak last minit masuk simpang. Agak bahaya la, lepas tu taubat dia taknak naik kereta dengan iday dah. Hahaha

Agaknya kalau Islam pon sebelum bercinta check yang jenis bawak kereta elok, ,memang tak kawen la dengan Iday. Hahahaha

So, korang pulak macam mana? Sebelum bercinta, apa ciri-ciri yang korang tengok? dan korang jenis driver yang macam mana? Hahahaha

p/s: Hati-hati bila balik raya nanti, kalau rasa diri tu bawa kereta secara bahaya,sebaiknya bagi orang lain drive. :)

No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List