Pakej Katering Murah Selangor | Catering Wak Mat

Thursday, August 27, 2015

Hi Korang!

Update 2017 : Catering ini tidak lagi beroperasi, jika korang berminat untuk beriklan servis catering di artikel ini, boleh email sayaiday@gmail.com. Terima kasih!

Sejak akhir-akhir ni, banyak pula jemputan kahwin yang diterima samaada dari Facebook atau whatsapp. Rupanya ramai kawan-kawan iday yang akan menamatkan zaman bujang mereka. Tahniah diucapkan! Hehehe Alhamdulillah dah mula bina masjid. 

So, iday nak share satu pakej katering murah di Kuala Lumpur atau Selangor iaitu Catering Wak Mat. 


Eh, macam mana iday tahu tentang catering service ni? Nak dijadikan cerita, ex-boss iday ada buat open house dan menggunakan khidmat Catering Wak Mat and serius sedap, memang kena dengan tekak iday. Rupa-rupanya tiap kali office lama buat majlis hari raya atau open house akan guna khidmat catering yang sama iaitu Catering Wak Mat. Patut la sedap. Hehe

Yang bestnya, macam-macam aneka masakan ada pada Catering Wak Mat, dari pelbagai jenis Nasi, masakan daging, masakan sayur, masakan ayam, aneka minuman dan pelbagai jenis air. Korang request je. Hehe


Catering Wak Mat menawarkan perkhidmatan untuk pelbagai jenis majlis iaitu :

+ Catering Majlis Perkahwinan
+ Catering Majlis Pertunangan
+ Catering Majlis Rumah Terbuka
+ Catering Kenduri Arwah
+ Catering Majlis Akikah
+ Catering Majlis Tahlil

Selain dari Catering, mereka juga menyediakan perkhidmatan lain seperti sewa khemah, kipas air angin dan air cooler box.

Wak Mat pon dah pesan hari tu, kalau ada nak buat katering murah dekat area Selangor, boleh contact Catering Wak Mat, harga kawan-kawan okayyy. hehehe

Yang penting korang boleh buat "Test food service" dulu untuk rasa sendiri masakan  dari Catering Wak Mat. Confirm puas hati. hehehe

Macam mana nak contact Wak Mat? Tengok details bawah ni :


Call/Mesej : 019-244 4990/ 03-3269 4044/ 019-385 5742

Email : catering.wakmat@gmail.com

atau boleh isi form dekat page ni : http://cateringwakmat.com/hubungi-kami/

Selain itu, korang boleh check Facebook and Website Catering Wak Mat 

Facebook Catering Wak Mat
Website Caterring Wak Mat


Ingat tau, Wak Mat bagi harga kawan-kawan :)


#AskMeAnythingMonday // 24Aug2015

Monday, August 24, 2015
Hi korang :)

Iday dah lama decide nak buat something like hashtag everyday macam #FunnyMonday #AwesomeThursday and etc. Tapi iday decide nak buat my own hashtag. Hehe So, for today, dan setiap hari isnin seterusnya iday akan buat post #AskMeAnythingMonday



Soalannya pulak iday ambil dari website ni : http://askmeanything.eu/ atau dari ask profile iday dekat sini : ask.fm/sayaiday . 

Korang pon boleh nak tanya apa-apa soalan dekat ask.fm/sayaiday and iday akan jawab bila tiba hari isnin. Hehehe

Iday akan pilih 15 soalan and akan jawab sejujurnya. Hahaha

Jom tengok 15 soalan-soalan yang iday kena jawab! Hahahahahahah

1. What sound scares you?
+ any ghost sound. Hahaha Gila kau tak takut, nampak bayang pon aku takut. Haha

2. What do you think your "real age" is?
+ 20? Hahaha 

3. How long have you lived in the house you're living in?
+ 5 years kot? stay sana dari zaman bujang sampai dah kahwin. Lama jugak.

4. Do you like the smell of your own farts? *soalan niiiii. hahahaha
+ Bergantung pada yang aku makan maybe? Hahahaha

5. What food could you never tire of?
+ Sushi and any seafood grill! Hehehe

6. What female celebrity do you wish was your sister?
+ Hanie Hidayah and Yuna. Hahahaha

7. Apa conversation last dengan your pet?
+ "Hiro, kenapa gaduh, kan dah parut atas hidung, tak sayang mommy er" Hahaha

8. Do you parents have a pet name for you?
+ Setakat ni belum lagi, but kalau futere anak aku nanti ditanya soalan macam ni, memang kena jawab ya. sebab aku bagi nama kucing aku "Ali", supaya aku selalu ingat yang aku nak nama anak aku "Ali" . Hehhehehe 

9. How do you react when you see an unattractive baby?
+ Belum jumpa lagi, but kalau if future kalau jumpa, diam2 je. 

10. Kalau dapat pilih 1 job dekat dunia ni, apa job yang korang pilih?
+ Full time hotel review include bayaran . Hahahaha

11. Do you like white, milk or dark chocolate?
+ Dark Chocolate for sure! 

12. Do you type fast?
+ Yes! err. depends pada apa yang nak kena taip? Haha

13. Kalau my pet boleh cakap, apa yang dia cakap tentang aku?
+ Tuan saya baik, comel dan penyayang. Hahaha

14. Are you afraid of dying?
Yes.

15. I wish people would stop __________
Judging. Come on people!



Yeay, habis dah 15 soalan. penat juga nak menjawab soalan ni. Nasib baik hari Isnin je. Hehehe Kalau korang nak buat #AskMeAnythingMonday pon boleh jugak. Hehehe

Oh, kalau ada soalan-soalan yang korang ada nak tanya iday pon boleh letak di ruangan komen ye. Next #AskMeAnythingMonday iday akan cuba jawab. Hehe




Susu Kambing Baraka | Khasiat Susu Kambing

Sunday, August 23, 2015
Bila iday ada mention tentang Susu Kambing pada kawan-kawan iday, ramai kawan iday menunjukkan rasa kurang senang, ada yang kata "bukan ada bau ke?" "bau hamis kan" "tak pelik ke rasanya". 





Tapi iday tahu dari mak iday yang minum susu kambing adalah sunnah. So, memang terbukti yang susu kambing mempunyai khasiat yang tinggi berbanding susu lembu. kan?

Iday pon ada google tadi, and baca few blogger yang tulis tentang khasiat susu kambing ni iaitu :

+ Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
+ Bersifat alkali bukan asidik
+ Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi (2 bulan) dalam kandungan sampailah kepada orang tua
+ Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
+ Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
+ Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
+ Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
+ Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
+ Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
+ Memulihkan tenaga batin dan awet muda


Tengok banyak betul khasiat susu kambing ni. Tapi, macam mana nak minum kalau risau akan rasa hamis dan bau susu kambing?


Ini yang iday nak share dengan korang, pernah dengar Susu Kambing Baraka? atau pernah minum Susu Kambing perisa chocolate dan strawberry? Hahaha 






Sebenarnya Susu Kambing Baraka adalah keluaran Mozac Medicare Sdn. Bhd. (MMC) dengan pelbagai perisa sesuai untuk mereka yang baru nak cuba susu kambing.


Susu pertama yang iday minum pon adalah Susu Kambing Baraka perisa chocolate. Ini kali pertama okay iday minum susu. Hahaha


Tengok video ni :





Serius rasa macam susu chocolate biasa, kalau diorang tak mention yang ini adalah susu kambing, memang iday tak tahu. Hehe

Ayue dari blog Ayueidris.com suka minum Susu Kambing Baraka perisa strawberry, dua kali juga iday tengok dia bancuh and minum. Dahla sedap + berkhasiat pulak tu. Okay, baca bawah ni, iday nak explain lagi, apa kelebihan susu kambing Baraka ni :) 


Kelebihan Susu Kambing Baraka

Iday baru tahu yang "Susu Kambing lebih baik dari susu lembu" kerana molekulnya lebih hampir dengan susu ibu. Mozac Medicare Sdn Bhd (MMC) menambah Prebiotik Inulin kedalam susu kambing Baraka. 

Inulin ini adalah salah satu serat makanan yang membantu sehingga 6x ganda dari biasa, penyerapan nutrien atau khasiat yang ada dalam susu kambing. Wahhh, banyak usaha yang dibuat untuk memastikan pengguna mendapat khasiat susu kambing Baraka sepenuhnya. 

Antara kelebihan lain Susu Kambing Baraka adalah :

Tinggi Kalsium
Dengan Prebiotik Inulin
Rendah Laktosa
Baik Untuk Penghadaman
Tanpa Bau & Rasa Hamis
Dengan Kolagen

Susu Kambing Baraka mempunyai 4 Variasi iaitu :

Susu Kambing Baraka Asli


Susu Kambing Baraka Strawberry dan Coklat



Susu Kambing Baraka Strawberry dan Coklat mengandungi DHA bagi merangsang sel-sel minda. 






Susu Kambing Baraka Kolagen

Susu Kambing Baraka Kologen diperkaya dengan marin kologen, yang bertindak dalam memperbaiki replikasi sel-sel baru bagi menganjalkan kesihatan kulit serta tubuh supaya kelihatan muda dan menarik. 



Aiskrim dan Ice Blended Susu Kambing Baraka

Sekarang pon dah ada dalam bentuk ais krim okay. Dapat nikmati rasa sedap sejuk susu kambing Baraka, disamping menyerap khasiat Susu Kambing Baraka. Buat masa ini, boleh didapati di Kiosk Ice Cream Baraka yang beroperasi di Melaka International Bowling Centre, MITC Air Keroh Melaka. Tapi jangan risau, akan datang dijual di outlet-outlet Giant dipilih. 

Baraka Beauty Drink


Selain dari susu kambing, Baraka juga mengeluarkan "Baraka Beauty Drink" iaitu produk minuman strawberry kolagen sebagai alternative kepada mereka yang mementingkan kesihatan tetapi sibuk kerana tumpu kepada kerjaya. 

Minuman Baraka Beauty Drink amat sesuai kepada meraka yang ingin mengurangkan berat badan dan ingin kelihatan cantik.

Halal dan No added Sugar

Semua produk Baraka mendapat pengiktirafan Halal serta MeSTI. Bukan itu sahaja, produk Susu Kambing Baraka tidak mempunyai gula.


Susu Kambing Baraka sesuai untuk semua peringkat umur bermula pada usia 2 bulan. Nanti bila iday dah ada baby, iday nak ajar diorang minum susu kambing, so takdela bila besar, susah nak minum susu kambing macam iday. hehehehe

Iday ada tanya wakil MMC tentang cara yang best untuk menikmati Susu Kambing Baraka, katanya korang patut buat air t hen simpan dalam peti ais. Memang terbaik kalau minum sejuk-sejuk. 

Semasa program memperkenalkan produk Susu Kambing Baraka dengan pelbagai perisa , kami rakan blogger diajar cara membancuh Susu Kambing Baraka. Bancuh sendiri then minum.  Memang terbukti tiada bau dan rasa hamis! :) Hehehe



Iday akan terus minum susu kambing asli Baraka, sebab dari maklumat pihak Baraka susu kambing ni bagus kalau korang nak ada baby. hehehe InsyaAllah doakan iday ye. Hehe

oh, dimana nak beli susu kambing Baraka ni?

Produk susu kambing Baraka 650gm boleh didapati di seluruh rangkaian Giant, Cold Storage dan Merchato di semenanjung Malaysia. Pek pengenalan susu kambing Baraka (200gm), pek pengenalan Baraka Beauty Drink dan Baraka Beauty Drink 375gm boleh didapati secara online di :



Whatsapp : 018-3267978

Tel : 03-5103 7657


nota sayaiday : Lepas ni jangan takut nak minum susu kambing pula ye! hehehe :)







Menang Hadiah dari 8Share!

Tuesday, August 18, 2015
Siapa tak happy kalau menang hadiah kan? And ini sebenarnya kali kedua Iday menang hadiah dengan 8share. Hadiah pertama, iday join giveaway 8share dekat Instagram dapat RM10 masuk dalam akaun 8share. Walaupon cuma Rm10 tapi Alhamdulillah rezeki, siapa nak bagi free-free kan? Hehehe

Yang kali ke 2 ni pulak, iday mencuba nasib je sebenarnya, suka-suka join tapi iday memang nak hadiah tu. Hehehe Menang Antman merchandise set! Hahaha bukan Gopro4 macam Halim, doa-doakan la dapat hadiah macam Halim pulak nanti. Haha





Iday belum bagitaw Islam lagi, tapi iday sure mesti dia excited. Lagi-lagi memang kitorang suka sangat tengok movie Ant-Man hari tu. Hehehe

Kalau belum tengok movie, boleh baca review sini : Movie Review Ant-Man

Kalau korang berminat nak join giveaway dari 8share ni, follow la diorang punya twitter or instagram. Mana tahu korang menang hadiah pulak. Hehehe

Nanti bila iday dah dapat hadiah ni, iday akan share ye! Hehehe :)

Terima Kasih 8Share. Hehehehe



Ais Kepal Ipoh @ Plan B

Tuesday, August 18, 2015
Cerita road trip Ipoh ni sebenarnya dah lama, tak silap iday before puasa hari tu. Kitorang just pergi satu hari je and dah plan which tempat yang kitorang nak singgah. Sebenarnya ini kali pertama kitorang datang ke Ipoh and maybe artikel ni sesuai untuk mereka yang ingin ke Ipoh buat kali pertama :)


Sebelum ke Ipoh, kena check dulu mana tempat korang nak pergi, kedai mana korang nak makan and pukul berapa korang nak gerak pergi or balik. Baru la smooth perjalanan. Hehe

Untuk post kali ni, Iday nak cerita pengalaman makan Ais Kepal dekat Ipoh. Haha


Sebenarnya iday tak plan nak makan Ais Kepal ni pon, tapi bila tengok semua orang beli, iday pon try, beli 1 je share dengan Islam. Hahaha


Kedai Ais Kepal ni comel dengan macam-macam dekorasi vintage. Iday suka dia letak basikal kat depan kedai tu. Hehehe


Sebenarnya ada beberapa perisa dengan nama-nama pelik, Hahaha Nishibomb la, Jineebee la. Hahaha kreatif sangat bagi nama. Setiap satu ais kepal adalah RM3. Iday share dengan Islam sebab iday tak rasa boleh habiskan sorang ais kepal tu. 



Besar jugak la. sejuk okay! Haha Iday ambil perisa JineeBee iaitu Anggur + Lychee. Time ni Lychee dah habis, so diorang gantikan dengan Assam.



Abang yang jual tu cakap kena, hisap then golek2 sebab nanti dia akan cair kat bawah. Iday rasa kalau cukup 40 hari aku duk menghisap macam ni, mulut aku dah boleh jadi mulut itik dah. Serius penat nak habiskan 1 ais kepal tu. Hahaha



Dalam hati cakap, bila nak abis ni. Hahaha



Last-last iday pecahkan and hisap satu-satu. Hahaha Islam dah give up awal-awal. 



Semua gigih nak habiskan. hehe



Tapi best la, dapat juga merasa ais kepal ni. Kalau dulu-dulu mana ada ais krim, ais kepal ni la jadi feveret atuk nenek kita dulu-dulu. Hehehe

Kalau korang nak try Ais Kepal ni, boleh datang dekat area Plan B, betul2 bersebelah dengan Sekeping Kong Heng, ada banyak kedai-kedai kat bawah tu. Kat situ pon sebenarnya banyak port tempat korang nak amik gambar. 



Sekian dari Iday, yang failed kalau bergambar. Hahaha




Nak makan di mana kalau ke Ipoh? Boleh try Mat Periuk Cafe, serius sedap dan murah. Klik link ini : http://www.sayaiday.com/2015/06/mat-periuk-cafe-ipoh.html


Korang pernah cuba ais kepal ni?


The Kabin Kuala Selangor : Hotel Review Dan Harga

Monday, August 17, 2015


Hotel Review lagi! :)

Kali ni, iday nak cerita tentang 1 tempat yang iday pergi bersama Islam pada bulan April haritu. Konon-konon, nak celebrate my birthday. Dah tua bangka dah! Hahaha 


The Kabin actually baru lagi beroperasi iaitu pada December 2014, tetapi mula mendapat perhatian orang ramai kena reka bentuk resort/hotel yang lain dari lain. Tidur dalam CONTAINER? Hahaha Ni kali kedua iday review hotel yang guna konsep container ni. Yang first iday review Container Hotel dekat KL . Boleh check link ni :


The Kabin terletak  di Pantai Remis, Kuala Selangor dan hanya 1 jam perjalanan drive dari KL. Bagi iday, tempat ni sesuai untuk mereka yang perlukan short vacation kerana kedudukan tempatnya tersorok dan senyap. 




The Kabin boleh memuatkan sehingga 78 guest dalam satu masa, sesuai untuk event, teambuilding, family day dan macam-macam lagi. Konon-konon kalau nak buat teambuilding, kat sini ada bilik karaoke yang besar, 2 tempat BBQ, pool dan dekat dengan pantai (boleh buat outdoor activities). Kalau nak buat event Blogger pon boleh. Hehehe





Cafe pon ada tersedia di The Kabin, boleh lepak, main dengan kucing, makan. Hehehe Tapi jangan risau, ada banyak kedai makan yang terdekat yang korang boleh makan kalau datang sini. Masa datang The Kabin, malamnya iday pergi makan dekat Aroma Ikan Bakar, 15 minit dari The Kabin. Boleh check artikel iday : 



Ini lah rupa cafe dekat The Kabin ni :






Kalau nak lepak makan dekat luar cafe pon boleh, nak tengok kolam ke. Hahahaha



Iday and Islam sempat jamu selera dekat Cafe di The Kabin ni, sampai-sampai lepas Check-In, masing-masing lapar, then makan set burger special and fries. Sambil-sambil lepak main dengan kucing. Hehehehe






Islam biasa la, suka buat muka kena paksa senyum. Grrrrrr.




Comel kucing ni tidur, time kitorang datang and check in ni, tengah hujan. Serius sejuk. 







Hahahaha over pula, letak gambar kucing banyak-banyak. Hehehehe Time breakfast, Iday and Islam makan nasi lemak. Sedap! Actually, iday tak rasa diorang masak, iday rasa diorang beli dekat luar. Maybe sebab time iday datang weekday, so tak ramai orang. Kalau masak, takut rugi. Hehehe








Sebenarnya kitorang breakfast dalam pukul 10 camtu, sebab pagi tu awal-awal dah terjun dalam kolam. Hahahaha Puas hati dapat mandi, lagi-lagi bila kitorang je ada time tu. Ada guest lain dah check-out pagi-pagi. Hehehehe










Jangan ingat boleh main terjun je, ada rule yang korang ikut. lagi-lagi bila tiada lifeguard untuk tolong korang. Dekat The Kabin ni ada 2 jenis pool, satu untuk orang dewasa, dan satu lagi untuk kanak-kanak. Tapi still, kena sentiasa berhati-hati. Jangan seronok sangat. 



Cakap pasal seronok, tengok je la Islam ni. Suka sangat dia mandi. Macam-macam gaya renang dia tunjuk. Hahahaha Kolam dia takdela dalam sangat. Kalau tinggi iday,158. Kolam tu setinggi paras dada. So, yang tak pandai berenang boleh buat-buat pandai berenang. Hehehehe









Seronok betul --.--

Oh, Iday lupa nak cerita tentang bilik-bilik yang ada di The Kabin ni. Untuk pengetahuan korang, dekat The Kabin ni hanya ada 1 bilik untuk 2 orang iaitu, Durban. Yang lain-lain semua jenis 4 pax-6 pax. 

Okay ni gambar macam mana rupa bilik Iday and Islam. Dia macam 1 container tu, dia letak bilik tidur dan bilik air sekali. Kecil sebenarnya, tapi selesa untuk 2 orang. Hehe


Suka betul lepak atas Bean Bag tu. Hehehehe Kat dalam ni ada TV dengan siaran Astro , ada cerek, air masak, almari untuk gantung baju. Overall, puas hati la dengan bilik ni. Hehehe Lagi-lagi bila betul-betul depan pool, takyah nak panjat2 tangga. Hehe





Toilet dia pon besar, sekali dengan shower room. 





Ni pulak bahagian luar bilik, ada beranda siap kerusi untuk lepak-lepak. Korang boleh request makanan datang bilik taw. 






Harga bilik Durban, kalau Peak Rates RM240 per night, masa iday pergi masa weekday, RM160. So, kalau nak tengok price lain boleh check table bawah ni :





Bagi iday rate The Kabin, tidak terlalu mahal. berbaloi dengan kemudahan yang ada kat sini. Contohnya kalau book bilik Rotterdam (6 pax), seorang akan bayar lebih kurang RM82 1 malam. So, less than RM100. Still a good rate.


Apa lagi ada dekat The Kabin ni?

+ 50ft swimming pool , wading pool
+ Cafe' cum check-in counter
+ BBQ Alfresco
+ Meeting/Screening Room
+ Karaoke Room
+ Tree House
+ Bicycle Rental


Oh dekat The Kabin ada tree house. Mengimbau kenangan dulu-dulu panjat pokok, buat tree house. Hahaha Actually yang dekat The Kabin ni takdelah exactly atas pokok. Hehehe 



Dalam luas, boleh la kalau nak lepak bersama keluarga or main indoor game ke. Then, dari tree house ni korang boleh nampak pantai Remis. 




Okay, lain-lain gambar yang sempat Islam tangkap time stayed dekat The Kabin hari tu boleh tengok bawah. Sedikit sebanyak boleh tolong korang bayangkan macam mana rupa The Kabin tu. Hehehe














































Bagi iday tempat ni best untuk buat event or gathering samada company or family. Banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini, lagi-lagi dekat sangat dengan pantai. Kalau nak cari tempat makan pon mudah kat sini. 




Untuk maklumat lebih detail tentang tempat ni, korang boleh check website, facebook dan Instagram The Kabin dibawah : 




The Kabin @ Pantai Remis
45800 Jeram, Kuala Selangor

GPS : 3.195 N, 101.307 E

Email : info@thekabin.com.my
Phone : +60332640578 / +60176783825

Website | Facebook | Instagram 

p/s : bukan review berbayar. semua dari pengalaman sendiri :)

Follow My Instagram

Blog Archive