Enter your keyword

Ephyra Skin Bar, Inteemor dan M2Flex | Blogger bersama Founder dan Duta Ephyra

Siapa pengguna tegar Ephyra? Angkat tangan! Haha

Iday bukan setakat tangan, tapi kaki semua iday angkat sebab iday memang salah seorang pengguna Ephyra dan berpuas hati dengan produk Ephyra. Macam mana iday boleh terjebak menggunakan Ephyra ni? Sebenarnya, iday mula pakai produk selepas join contest Ephyra, and iday dapat produk Ephyra Skin Bar sebagai hadiah. Bila iday cuba sabun Ephyra Skin Bar tu, terus iday jatuh hati sebab bau wangi dan kesan pada wajah iday, jerawat-jerawat kecik semua hilang taw. Hehehe

Iday ada buat review Ephyra Skin Bar sebelum ni : Baca sini

Iday pon kagum dengan hasil yang diperolehi oleh Duta Ephyra sendiri iaitu Memey dan Norman Hakim. Masing-masing sangat cantik dan hensem dari kesan pengambilan Ephyra.



Sebab tu iday tak lepaskan peluang bila di invite untuk hadir ke program Beramah Mesra bersama Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Boleh tanya diorang rahsia untuk kelihatan sihat and tengok kulit wajah memey secara live. Hehehe


Pada asalnya, Ephyra hanyalah produk minuman tambahan yang dihasilkan di bawah syarikat Ocean Marketing dan mula dipasarkan pada tahun 2012. Rupa-rupanya dah 3 tahun produk Ephyra ni dan masih menjadi pilihan mereka yang ingin sihat dan cantik, tak kisah laki or perempuan. 

Semasa event Ephyra Blogger Days baru-baru ni, buat pertama kali iday jumpa pengasas dan fouder Ephyra ni. Rupa-rupanya cetusan idea dari adik beradik iaitu Amiza Amiruddin dan Zafry Idzwan Amiruddin. 

lelaki yang berjubah hitam tu  Zafry Idzwan Amiruddin, wanita cantik sebelah Memey tu  Amiza Amiruddin



Apa khasiat produk minuman Ephyra?

+ Mengekalkan kejelitaan secara semulajadi
+ Mencerah dan memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat jerawat
+ Memberi khasiat yang besar untuk kesihatan seperti anti-penuaan, anti-bakteria,  anti-kanser.
+ menguatkan sistem anti-oksida badan kita

Banyak sebenarnya khasiat Ephyra ni kalau korang nak taw. Disebabkan produk minuman Ephyra mendapat sambutan ramai pengguna, bukan sahaja di Malaysia tetapi Brunei dan Singapura, Oceanlife Marketing Sdn. Bhd telah melancarkan tiga lagi produk baru tahun ini iaitu

1.  Sabun kecantikan untuk badan dan muka, Ephyra Skin Bar
2. Jus Premium Wanita , Inteemor
3. Minuman tenaga buat kaum lelaki, M2flex

Semasa Ephyra Bloggers Day, Memey dan Norman Hakim ada berkongsi pengalaman mengunakan produk baru Ephyra dan mereka memang berpuas hati. 


Kalau nak taw, Norman Hakim juga baru buka Gym iaitu Mr.Sado. Sebagai seorang yang suka ke Gym dan melakukan weight-lifting, Norman Hakim memang mengamalkan M2flex sebagai minuman tenaga bagi mengekalkan stamina beliau. 

Sado betul badan Norman Hakim kan, hehehe




Bila dah cantik dan hensem sama-sama, sihat sama-sama, boleh jadi pengikat kasih sayang gitu. Iday and Islam nak jadikan diorang ni role model la. Nak cantik dan sihat sama-sama, boleh Islam? Hahaha

Rata-rata blogger yang datang pon, meluahkan rasa kagum dengan kulit sihat Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Memey yang datang masa tu just pakai lipstip di bibir je. Takde heavy makeup sangat. 








Comel Memey Suhaiza gigih melayan blogger yang nak ambik gambar selfie together. Hehe

Okay, iday nak cerita 3 produk baru dari Ephyra ni, supaya kalau korang berminat, korang boleh pm iday laju-laju ye. Haha



 + Sabun kecantikan Ephyra Skin Bar +



Ingat tak dulu-dulu, selalu tengok mak cuci muka guna sabun buku, ingat sabun mandi, tetapi sabun muka. Iday lupa pula produk apa. Then, sekarang semua jenis packaging yang picit-picit tu. Bila Ephyra keluakan sabun kecantikan dalam bentuk sabun buku, iday rasa wah, ni memang kelainan, and mak iday pon suka pakai okay sebab dia tak suka pakai yang jenis picit-picit. 

Sabun Ephyra Skin Bar ni dapat merawat kulit dari jerawat atau jeragat. Kalau tengok testimoni pon, ramai yang dah berjaya merawat kulit dan tampil dengan kulit sihat bila menggunakan sabun Ephyra Skin Bar. Boleh dapatkan sabun Ephyra ni dengan harga RM39. Nak order? Boleh whatsapp 01128161622! Hehe



 Inteemor +


Inteemor ni adalah jus minuman khas untuk penjagaan dalaman wanita. Ada 16 herba semulajadi yang digunakan dalam adunan Inteemor. Iday baru tahu yang salah satu kelebihan Inteemor adalah merawat mereka yang mengalami masalah senggugut yang kronik. Wahhh, memang iday kena cuba ni. 


Bukan masalah senggugut je, Inteemor boleh diamalkan untuk mereka yang mngalami masalah keputihan, faraj berbau dan gatal, haid tidak teratur, kerap sakit kepala, angin dalam badan, badan berbau, perut bincit & naik berat badan secara mendadak, payudara kendur, selalu letih, ingin memiliki zuriat, tidak aktif di ranjang dan wanita dalam pantang. 

Banyak kan kelebihan Inteemor ni khas untuk kaum wanita. Korang boleh dapatkan produk Inteemor ni dengan harga RM49. 

+ M2Flex +


Norman Hakim banyak explain tentang produk M2Flex ni, sebenarnya minuman M2Flex ni adalah minuman khas memberi tenaga untuk kaum lelaki. Kiranya untuk Islam la ni. Minuman ini sesuai untuk mereka yang aktif dan suka ke gym. Biasanya bila dah weight lifting semua, mesti penat kan. terus je minum M2Flex. 

Antara kelebihan M2Flex adalah cepat membesarkan otot, penebal otot penimbul urat, tingkatkan hormon testosteron, rangsang pengeluaran hormon pembesaran, kuatkan sistem ketahanan badan, kuatkan sistem kelakian, beri energy, stamina tinggi, endurance, bakar lemak cepat dan rendahkan kolestrol. 


Harga setiap botol adalah RM180 + FREE M2FLEX SHAKER. 1 Botol ada 600 gram and boleh tahan untuk 1 bulan. Perisa untuk M2Flex adalah mixed berry. Macam Sedap! Iday tak boleh minum, kan lain pulak hormonnya. Hehehe

Macam-macam info yang iday dapat semasa event Blogger bersama Ephyra hari tu. Kalau ada rasa was-was dengan produk, terus tanya. Semua produk Ephyra adalah Halal dan diiktiraf oleh KKM. so, jangan risau okay :)


Nak tahu lebih lanjut tentang produk Ephyra ni, silalah singgah ke website atau social media Ephyra di link bawah :





Terima kasih Ephyra dan Hai Blogger atas jemputan. Seronok dapat mendengar rahsia dan tip cantik serta sihat dari Founder Ephyra dan Duta Ephyra iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza :)






Terima kasih sudi baca :)

6 comments:

  1. wah cam best je iday..berkesan x?cam nak try je..tgh cr gak produk tambahan ni...pstt slam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iday suka yang Ephyra Skin Bar. Kulit iday cepat sensitif kalau pakai produk yang tak betul. Ephyra ni siap hilangkan jerawat pulak. memang puas hati :)

      Salam kenal jugak ! Hehehe

      Delete
  2. Best2! Fana first time try pun dah jatuh cinta. ;)

    ReplyDelete
  3. Baru nak try Ephyra Skin Bar ni..hope sesuai dengan saya :)

    ReplyDelete
  4. Sis pun sekarang tengah cuba Skincare ni..setakat ni alhamdulillah ok ..:D

    ReplyDelete
  5. Huuuu ruginya tak dapat join. Kalau tak dek kelas memang kompem aku pergi hari tu >.<

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List