Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Mat Salleh menulis blog untuk belajar Bahasa Melayu. So Cute!

Comel je bila dia cakap Melayu :p




Iday dapat tahu tentang Mat Salleh ni dari page BBM (Backpacker Buddies Malaysia). Dia buat blog dalam Bahasa Melayu kerana dia nak belajar dan fasih bercakap Bahasa Melayu. Iday suka salah satu artikel dia, bercakap tentang durian. Haha



Nak kenal siapa Mat Salleh yang iday maksudkan tu? Ni lah diaaaa Rhys William! :)



Sekarang William dah menetap di KL. Tahun 2012 dia datang sini and terus jatuh cinta dekat Malaysia. Okay baca ayat bahasa melayu William tentang diri dia. Hehe



Hai nama aku Rhys William (tapi awak boleh panggil aku William – lebih senang untuk cakap haha) dan sekarang aku duduk kat KL.
Tahun 2012 aku lawat Malaysia untuk cuti-cuti dan aku jatuh cinta dengan negara ni. Aku tak tahu kenapa, dan tak boleh bagitahu tapi aku suka Malaysia dan aku fikir nak cuba tinggal kat sini.
Lepas satu tahun aku pulang Malaysia dan duduk kat sini – aku rasa keputusan tu memang best :-)
Bulan november 2014 aku mula belajar bahasa melayu, belajar dari kawan2 aku, dengar radio, baca buku ‘sistem bahasa’ dan buat praktis kat orang. Satu kawan kata aku kena buat blog untuk praktis tulis bahasa dan buat ayat yang betul.
Jadi, aku mula blog ni. Aku tak ada banyak idea untuk buat blog jadi buat pasal jalan-jalan dan cari makan kat Malaysia. Harap2 awak suka, dan kalau aku tulis salah boleh kommen – aku masih tengah belajar lagi la :-)
Kalau awak nak ‘friend’ aku kat facebook, blh klick kat sini
www.facebook.com/TheRhysW
Antara artikel William yang iday suka baca adalahhhh :

1. Artikel Durian

Satu benda pelik dan menarik pasal malaysia ialah banyak rakyat malaysia memang suka buah durian. Mereka suka durian sangat, mereka buatkan peribahasa “Durian Runtuh” – maksud “Dapat untung besar dengan tidak disangka-sangka”. Inilah contoh berapa banyak mereka suka durian sangat , dia kata durian sama dengan untung besar. Kelakar betul tak?



tapi sekarang William dah suka makan duriannnn! Haha

2. Artikel Kuih Seri Muka


Hari tu aku pergi, aku memang nak cari kuih (aku ingat kuih dari sana sedapnya), dan satu tahun lepas ada satu makcik jual banyak jenis. Kuih aku memang suka ialah seri muka.
Tapi, tahun ni makcik tu tak ada, dan aku tak nampak peniaga jual kuih – mungkin stok dia dah habis, atau dia tak jual tahun ni. Aku jalan sepanjang pasar, termasuk dua2 belah tapi masih tak jumpa kuih tu. Aku rasa bagai dihiris dengan sembilu :-( (sekarang aku belajar perumpamaan bahasa dan nak praktis dalam blog aku)
Hahaha, dah pandai guna perumpamaan okay. 
3. Terengganu Trip
Kat sana ramai orang jakun gila. Macam diaorang tak nampak ‘mat salleh’ sebelum. Sebab yang tu sukar sikit, actually sekali kita dalam kedai dengar orang cakap (dalam bm) “terrorist datang kat sini”.
Adoi la, saya bukan terrorist, offensive sikit sebab saya bukan terrorist dan saya rasa macam ‘orang buka otak’ (open minded, tapi saya fikir ayat tu tak translate haha). Tak apa, kat sana macam ‘tempat PAS’ so ada ramai orang muslim betul dan saya fikir diaorang tak suka orang america dan westerners sikit. Mungkin dia cakap “tourist” dan saya tak dengar betul..
Ni cerita tahun 2014, masa zaman iday kecik2 dulu pon, kalau ada orang mat salleh lalu pon sibuk nak "Hai" "Hai" "Hello" Hahahahaha
Actually banyak lagi post yang kelakar. macam comel je gigih dia nak tulis and translate ke Melayu. tapi mostly dia memang cuba taip dalam melayu la. Iday harap dia akan post banyak lagi artikel sebab seronok bila baca. Hehehehe
Nak jenguk blog dia? Click link ni : http://www.matsallehcarimakan.com/

Terima kasih baca :)

8 comments:

  1. hahahahaa memang sweet penulisan dia. jab nak follow

    ReplyDelete
  2. hmmm... bagusnya review dia...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)

    Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  3. tahniah ya ...salam kenal blog Etuza..tahnia terpilih di blog Mia

    ReplyDelete
  4. tahnia ya..ada tak follower dalam blog..

    ReplyDelete
  5. Pembahasan yang bagus tentang blog berbahasa Malaysia, salam blogger dari saya di Indonesia

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List