Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

AirAsia Berjaya Kumpulkan RM120,945.64 Untuk Majlis Kanser Nasional | Campaign #AirAsiaMAKNA

Hi ❤ 



Pada 18th October, Iday and Islam menghadiri majlis penyerahan cek antara AirAsia dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) yang bertempat di Fahrenheit88. AirAsia berjaya mengumpulkan RM120 945.64 melalui kempen amal mereka iaitu #AirAsiaMAKNA yang berlangsung selama 5 bulan. 


Banyak kan dana terkumpul semasa kempen #AirAsiaMakna? Tahniah AirAsia :)

Kalau nak tahu, dana yang terkumpul ni menerusi kempen #AirAsiaMAKNA di mana baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik uniform krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia dijual bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser.




Baju-T edisi terhad ini, direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai di 23 lokasi di serata Malaysia, serta laman membeli-belah MAKNA. 


“Menurut statistik yang dikeluarkan, 1 dari 4 rakyat Malaysia terjejas akibat kanser. Kami di AirAsia ingin memainkan peranan dalam mendidik masyarakat awam mengenai pencegahan awal begitu juga dalam memberi semula kepada komuniti yang menerima perkhidmatan kami. 
Di setiap lokasi jualan #AirAsiaMAKNA, MAKNA turut berada di sana bagi memberi informasi dan panduan kepada masyarakat awam, mendorong mereka untuk mengetahui mengenai kanser dan membantu mereka yang memerlukan. Tambahan dari itu, kami juga menggunakan kekuatan laman media sosial kami untuk menyebarkan informasi mudah mengenai kanser. Ini telah menerima sambutan positif dari masyarakat tempatan” - Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad


Sebenarnya memang betul, Iday baru je dengar talk tentang breast cancer. Kebanyakan mereka yang menghidap kanser memerlukan support bukan dari segi kewangan tapi dari segi moral. 

MAKNA pula ditubuhkan dengan tujuan mengerakkan sumber- sumber dalam memberi perkhidmatan menyembuh, mencegah dan membantu pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi, serta masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini. Adalah menjadi misi organisasi ini untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan berkaitan, dan kesengsaraan yang dilalui oleh pesakit kanser.

Menurut Aireen Omar lagi, MAKNA telah berjaya melakukan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membantu pesakit kanser di negara sepanjang dua dekad ini, dan kami berharap dana yang terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA dapat membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka.

Sepanjang kempen ini, AirAsia telah mengadakan 1 instagram contest dimana, sesiapa yang membeli Baju edisi-T #AirAsiaMAKNA hendaklah memuat naik gambar kreatif dengan memakai baju edisi-T tersebut dengan hashtag #AirAsiaMakna berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan ke Maldives atau Sapporo! Gila kentang! :)


Backdrop ni sangat menarik, kita boleh tengok semua peserta instagram contest dan juga antara yang menyumbang untuk kempen #AirAsiaMakna ni. Thumb Ups! :)

Iday and Islam pon apa lagi, posing baik dekat depan backdrop ni. Hehehe :p


Antara rakan blogger yang hadir.





Salah seorang pemenang adalah kawan blogger iday sendiri iaitu Lan Careno, Congrats Lan! :)

Terbaru, AirAsia bekerjasama dengan  Media Prima Berhad bagi menyokong kempen Travelling Beruang; yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai kanser di kalangan kanak-kanak di Malaysia. 

‘Travelling Beruang’ menjelajah ke seluruh dunia menjadi mata dan telinga bagi kanak-kanak yang mengidap kanser yang tidak boleh melancong. Patung beruang comel 'Travelling Beruang' ini tersedia untuk pembelian dalam penerbangan AirAsia untuk hanya RM 65 sahaja. Hasil jualan juga akan akan disalurkan kepada MAKNA, dan kempen ini telah mendapat sokongan memberangsangkan dari orang ramai dengan hashtag #travellingberuang di sosial media.


Salam, for those yang belum tahu tentang #travellingberuang ni, meh iday nak explain. . #travellingberuang ni adalah satu simbolik kepada kanak2 penghidap cancer yang tidak boleh travel atas faktor kesihatan atau pon ahli keluarga yang kurang berkempampuan. Kiranya #travellingberuang dibawa travel 1 dunia on behalf kanak2 ini. . So, bila korang purchase 1 #travellingberuang untuk dijadikan travel buddy, sebenarnya korang telah menyumbang ke Tabung Travelling Beruang MAKNA untuk kanak-kanak yang menghidap cancer ni. . Sekarang @airasia telah menjadi part of #travellingberuang dimana korang boleh beli di AirAsia's flight dengan harga RM65. . . InsyaAllah for next plan, Iday and Islam akan beli @travellingberuang for travel buddy dan juga support campaign ni. Jom! 😄😄😄 . #travel #malaysia #airasia #travelbuddy #teddybear #donation #AABCTravellingBeruang
A photo posted by sayaiday - Malaysia Blogger (@sayaidaydotcom) on

Ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) serta ketahui lebih lanjut fakta pantas mengenai kanser.

2 comments:

  1. Cutelah design baju tshirt dia. Lagi-lagi kanak-kanak. Mesti ramai yang berkenan. Patutlah dapat kumpul sebanyak RM120,945.64. Apa-apa pun, tahniah Air Asia.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Moga ramai yang memberi sumbangan... :)

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List