Enter your keyword

Berita Baik untuk Vapor Malaysia | VapeFest for Charity #Vape4Charity

Berita baik untuk semua vaporians (merujuk kepada mereka yang guna vapor) Malaysia sebab selama 2 hari pada 17-18 oct bertempat di Shah Alam Convention Centre akan diadakan VapeFest iaitu Vape Festival.



Tujuan festival ini bukan sahaja untuk mengumpulkan semua vapor-vapor Malaysia tetapi untuk mengumpulkan dana untuk tujuan charity. Macam mana tu? Kalau nak masuk ke Vape Festival ini kena bayar tiket. 



Mahal ke? Takdela cuma RM3 untuk tiket biasa dan RM10 untuk VIP, 50% hasil jualan tiket akan disalurkan dan disumbangkan kepada badan kebajikan seperti Anak-anak Yatim dari Pusat Budaya Harapan serta Tabung Gaza. Baguskan, ni event charity taw. 

Baru-baru ni, Islam hadir ke sidang media untuk event VapeFest, untuk tahu lebih lanjut apa aktiviti serta perancangan ketika Vape Festival tersebut. Menariknya bukan sahaja mendapat sambutan dari Vapor and penjual Vapor Malaysia tetapi dari Indonesia, Singapore dan Brunei. 




Pelbagai aktiviti menarik yang akan diaadakan sepanjang 2 hari karnival iaitu persembahan dari artis, pertandingan "Cloud Competition" dan "Cloud Skill". Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan iaitu RM1000. 

Aktiviti-aktiviti lain seperti :

+ Mods & E-Liquids Exhibitions
+ 100 Top Vape Brandings
+ Vapor with Latest Technologies
+ Vapor with Lowest Price Ever
+ Freebies
+ Lucky Draw
+ Charity & Donations
+ Competitions
+ Vape Talk
+ Stage Performances

dan banyak lagi. 

Sekarang kan banyak isu-isu negatif tentang Vape ni, so semasa event ni akan diterangkan info tentang Vape termasuklah dari segi kesihatan. Penganjur juga ingin membuka peluang kepada penjual Vape untuk maju dalam business mereka dengan menyediakan booth yang proper. Kiranya untuk market diorang punya label. Bagus kan :)

Paling Islam suka, semasa Vape Talk nanti akan diterangkan "DO" and "DON'T" apabila vape di public, apa yang patut dielakkan. So, akan ubah persepsi orang tentang mereka yang menggunakan Vape. 

Keseluruhannya, tujuan festival ini adalah tentang charity, bukan sahaja 50% dikenakan atas jualan tiket malah 5% dari hasil jualan merchandise sale juga akan disalurkan ke charity. Setiap 2 jam, jumlah donation akan ditayangkan pada screen besar semasa event ini.

Islam bukan la pengguna Vape tetapi kalau untuk tujuan charity apa salahnya, lagipon Islam ingin lihat pertunjukkan "Cloud Skill", macam kreatif je. Kawan Islam pernah buat bentuk Tornado. Hehehe




Vapor-vapor Malaysia, jom kita meriahkan Vape Festival 2015 di Shah Alam Convention Centre pada 17-18 october 2015 :)

Kalau nak tahu details tentang event ini, sila check dibawah :

Contact No : 011 26261656 / 019 2796275
omgvapefest@gmail.com
Facebook/Instagram : @OMGVAPEFEST

1 comment:

  1. Waaa... hebat pengguna vape nanti.. semoga program ini berjaya mencapai matlamat mereka.. :D

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List