Enter your keyword

Car Boot Sale Taman Puncak Jalil

Hi 


Korang pernah pergi mana-mana car boot sale sebelum ni?

Kalau belum, korang boleh datang ke Puncak Jalil Car Boot Sale dan rasai sendiri kemeriahan car boot sale disini. Iday and Islam memang tinggal berdekatan and kadang-kadang datang ke Car Boot Sale untuk cuci mata. Kalau ada yang berkenan di mata, baru kitorang beli. Hehehe



Tapi sebenarnya macam-macam ada, barang vintage memang banyak dekat sini and terdapat juga pre-love items. 


Macam-macam barang vintage dengan harga berpatutan. Boleh dibeli dan dibuat hiasan rumah atau cafe. 




Barang kamera yang lama-lama pon ada. Ada yang tidak boleh digunakan and boleh dijadikan koleksi semata-mata. 




Kali pertama tengok phone yang no pusing-pusing ni. Hehehe




Retro poster dulu-dulu pon ada. 





Komik-komik, majalah dan buku lama2. Islam pernah beli komik dekat sini dengan harga RM1 untuk 1 naskah. Murah kan? 



Crowd memang ramai, kadang-kadang akan ada live acoustic dekat sini. Hehe



Dekat rumah iday ada satu seterika klasik dulu2 macam ni, kena letak arang. Hehe




Kalau nak tahu, tapak yang disediakan adalah percuma :) 

Berminat untuk berniaga di sini? Baca caption ni dari Facebook Puncak Jalil Car Boot Sale

"Salam, Kepada yang berminat untuk berniaga di Car Boot Sale Taman Puncak Jalil, sila datang hari Ahad dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari, daftar dan terus berniaga. Lokasi: Jalan PUJ 3/13, Taman Puncak Jalil. Hanya BARANGAN TERPAKAI sahaja yang boleh dijual, makanan dan minuman tidak dibenarkan. Tapak jualan tidak dikenakan bayaran, PERCUMA. Peniaga perlu menjaga kebersihan Tapak dan pungut sampah sendiri dan buang. Terima kasih. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sdra. Zainuddin Zainal 0193321562."

Iday and Islam pon ada plan nak berniaga di sini. Hehehehe Akan datang InsyaAllah :)

Car Boot Sale Taman Puncak Jalil diadakan setiap hari Ahad dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari. 

Lebih info boleh check Facebook rasmi Car Boot Sale Puncak Jalil ini : 







Gambar dan Artikel : Islam @ Virtual Malaysia


4 comments:

  1. barang rare ni... tp yg lens tu blh guna lg ke?

    ReplyDelete
  2. wah baru tahu,padahal taman puncak jalil tu area rumah saya :;D

    ReplyDelete
  3. Mummy memang suka sungguh pi Car boot sale lagu ni. terutamanya yg ada jual barang2 vintage ni...:D heaven....

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List