Enter your keyword

Kenapa Minum Air Pika, Bongok!

Cerita ni actually berlaku dua hari lepas dekat satu kedai makan. Iday minta maaf kalau kebetulan yang baca ni adalah diri sendiri, tapi jangan risau sebab iday tak mention nama atau share gambar. 




Iday and Islam kalau balik kerja memang selalu singgah dekat kedai makan Mee Celup dekat Bukit Jalil. Iday suka makan Mee Celup di kedai tu, memang sedap! Hehehe

Okay sambung cerita,

Bila tengah makan ni, datang la satu family, ayah and anak 3 orang, paling kecil perempuan dalam lingkungan umur 3-5 tahun. Iday tak sure umur tapi memang fasih bercakap. Diorang ni macam kecoh-kecoh la, yela anak kecil kan. 

Iday suka tengok anak perempuan dia, Pika namanya. short form untuk Syafika, Afikah maybe. Hehehehe Muka dia macam mix and memang lincah bercakap.

Tapi tiba-tiba dengar dia gaduh dengan abang-abang dia. 

Pika : Ala, jangan la main Pika punya.  
Abang : Kejap je la. bising la
Pika : Bising la, bising la, jangan la main PAN@#T! 
Ayah : Eh Pika! 

So, tu yang first carut. terkejut jugak aku. Iday pandang Islam, Islam pandang iday, boleh tahan jugak mulut si Pika ni. Iday pon buat dunno je la, makan sembang-sembang dengan Islam. Then dengar lagi Pika cakap. 

Pika : Eh, ayah ambik air Pika laaaaa!
Ayah : Eh eh, tak sengaja, sorry-sorry.
Pika : Kenapa minum Air Pika, BONGOK!

umur Pika tu 4-5 tahun ye, kecik lagi. aku ingat bapak dia macam tegur la kan sebab anak dia cakap dia bongok. 

Ayah : Ala, sorry la, ayah tak sengaja.

Ayah dia siap minta maaf. Aku hari tu masa Danish tersebut "shit" pon aku dah tegur, jangan sebut sebab tu badword, tak elok sebut dekat orang. 

Then, aku tanya Islam, kenapa umur kecil tapi dah pandai mencarut. Islam cakap maybe dia belajar dari persekitaran, sebab budak-budak ni dia pandai, cepat tangkap and ikut apa orang cakap. 

So, kita sebagai seorang dewasa ni or parent ke, kena la hati-hati bila bercakap especially kalau ada anak-anak kecil disekeliling. Sama la macam filem atau drama, kurangkan la sebut badword tu sebab budak-budak yang tengok akan terikut-ikut. 

So, korang boleh baca sini, cara-cara nak tegur anak-anak tapi menggunakan ayat yang sesuai : 9 cara bercakap dengan anak dengan betul

Iday sebenarnya risau kalau my future kids macam ni, yelar zaman sekarang ni dengan social media la, risau takut dia belajar benda tak elok. Harap-harap dijauhkan la dari sikap-sikap macam tu. InsyaAllah. 

5 comments:

  1. budak2 ni dia suka ikut org tua2 ckp. kalau org dewasa ckpxelok, yg tu jugaklah dye ikot.mugkin dia dengar abg dia yang ckp mcm tuu

    ReplyDelete
  2. anak akak yang cakap tak berapa pandai ni pun jenuh nak marah.. aritu balik dari kg lupa apa dia marah tetiba sebut tak guna kau! akak tau ayat tu dari kartun boboiboy yang dia selalu tengok. kartun malaysia memang ada ayat2 yang tak berapa elok.. berbanding kartun alih bahasa macam catdog.pengaruh catdog anak akak suka ucap terima kasih. mula2 dulu dia sebut jugak terima kasih dog sekarang dia dah pandai sebut terima kasih je kalau dia minta kita buat apa2 utk dia

    ReplyDelete
  3. Haih..budak2 sekarang kan..advance sangattt..dorang cepat belajar dari persekitaran & orang2 sekeliling..kalau depan budak2 kena hati2 nak keluarkan ayat..

    ReplyDelete
  4. Ish ayah dia boleh lagi say sorry.. kalau ayah kita duli mau dah kene makan penampor.. bukan sekali tapi bsrkali2 huhuu.. harap2 esok anak2 kita tak la simply2 say bad word mcm tu.. huhuu

    ReplyDelete
  5. tulah skrg ni byk sgt benda yg blh mempengaruhi..kdg dh nasihat pn bdk2 ni bkn nk dgr...mmg risau dgn mslh bdk2 skrg. tkt sb kita pn ad anak yg bakal membesar

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List