Enter your keyword

Makan ke Bungkus?

Selalu ada masalah macam ni, tak pasal menyusahkan makcik yang berniaga tu. Huhu :p




Sorry la kalau cakap iday lurus bendul ke ape, tapi bila lunch iday akan pergi tapau mana-mana kedai and I will get the same question.


Nak makan ke bungkus?

and iday akan jawab nak makan. memang la, mesti la nak makan kan, buat apa kau beli makanan kan, then tetiba kawan kau siku kau and cakap.

Kita nak makan kat pantry la, bungkus laaa!

Kalau iday lambat kena siku, diorang dah letak2 dalam pinggan dah and iday kena minta maaf sebab terpaksa tukar sebab nak bungkus. Hahahahaha

Sampai sekarang, kena berhati-hati jawab soalan, kalau tengok tak fokus, mesti jawab nak makan. Tapi kenapa tanya soalan macam tu. Kan memang orang beli makanan sebab nak makan?? Hahahahaha

Kalau jenis yang cepat pickup soalan, sure la diorang jawab "Bungkus" , kalau jenis slow-slow macam aku ni? Memang banyak kali kot salah sebut "Makan" and banyak kali kena siku and tegur dengan kawan-kawan. Hahahaha

Korang penah hadapi masalah yang sama? ke aku je? Hahahahaha

10 comments:

  1. benda tu dah jadi shortform yg semua orang dah tahu.. makan bermakna makan kat gerai @ kedai tu.. bungkus bermakna bungkus la kan. Maybe iday kena biasakan diri sebab nak salahkan tokei kedai peratus org yg x faham maksud bungkus atau makan tu maybe 1% jer sebab orang malaysia dah biasa dengan singkatan macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, tulaaa, biasa dengar "makan sini" , tiba2 dah jadi "makan", lepas ni kena aware and jawab betul2 sebab kesian pulak dorang kena tukar2. hehehehehehe

      iday termasuk dalam 1% peratus tu. hehehehe

      Delete
  2. saya pon selalu ada masalah ni dulu tapi sekarang decide bungkus sahaja. boleh makan sambil layan youtube haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, tular, iday baru2 nak biasakan sebut bungkus. hehehehe

      Delete
  3. pernah !. lepas cakap, sory mak cik, sye nak bungkus sbenarnya. salah ckp tadi. pastu buat muka paling comel. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iday pernah salah cakap, then kawan pulak order kat tempat lain. bila makcik dah pass makan tu baru cakap, and diorang terpaksa bungkuskan. Huhuuhuhuh

      Delete
  4. Nak makan ke nak bungkus?
    tanya dia balik
    kalau bungkus pun makan jugak kan?
    hahahah...

    terbaru: Masalah Blog Terkena Virus

    ReplyDelete
  5. hahahahahahahaha LAWAKNYA!!!! sabar jelah aku, myb kita lambat nk process benda tu, so jwp MAKAN dulu.hahaha

    ReplyDelete
  6. Hahahahha.....setakat ni tak pernah lagi

    ReplyDelete
  7. biasa dengar "makan sini ke nak bawak balik" hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List