Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Set Kecantikan Lengkap ZZ by ZAZA | Beauty Product Review

Hi 




Hari ni iday nak share 1 lagi produk kecantikkan yang iday dah review selama 2 minggu. Korang pernah dengan ZZ by ZAZA? Sebenarnya produk ni baru lagi dipasarkan dan mula menjadi pilihan kerana memberi kesan yang positif pada kulit. 


ZZ by ZAZA ni specially formulated oleh skin therapist dekat Jepun. Hanya mengandungi natural plant extract and tiada sebarang kandungan dadah atau bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit. Iday sendiri dapat penerangan terperinci dari founder ZZ by ZAZA hari tu. Hehehe :)


ZZ by ZAZA basically sesuai untuk memutihkan kulit, anti-aging, mengurangkan kesan kedutan pada muka dan melembapkan kulit muka. Memang sesuai sangat lagi-lagi dalam keadaan Malaysia yang berjerebu ni. Sekarang kalau keluar and balik rumah, mesti rasa rumah ada biji-biji je, bila pakai pencuci muka ZZ by ZAZA ni terus rasa best. Paling comel, pencuci muka ZZ by ZAZA warna pink jernih. Hehehe

Terdapat 4 jenis produk ZZ by ZAZA and memang lengkap 1 set untuk penjagaan kulit muka iaitu :

+ Facial Cleanser : RM35






Iday suka bau pencuci muka ni, masa iday mula-mula try, iday pelik sebab dia hanya cecair jernih warna pink. Biasanya kalau pencuci muka mesti macam krim putih, tapi yang ni lain.





Bila gosok-gosok dengan air akan berbuih, kemudian boleh ratakan di seluruh muka, cuci semua kotoran. Lepas tu kulit muka mesti rasa lembut je. Hehehe Iday suka bau pencuci muka ZZ by ZAZA ni. Wangi :)

Facial Cleanser ZZ by ZAZA mengandungi aqua, argan stemcell, apple extract, fragrance, sodium soap dari vegetable oil. 

+ Refreshing Toner : RM35



Biasanya iday pakai toner ni untuk buang makeup, then cuci muka. Just letak beberapa titik atas kapas and buang kesan mekap. Lepas tu baru cuci muka macam biasa. Toner dia tak melekit and samalah macam facial cleanser, cecair jernih warna pink. Rasa sejuk je lepas pakai. Hehehe

Mengandungi water lily, vitamin c, vitamin e, aqua dan  argan extract

+ Matte Mousse Cream : RM40



Cream dia warna coklat, macam warna bedak compact. Iday suka warna dia and cepat sekata dengan kulit. 


Mengandungi : Paraffin Wax, Argan Stemcell, Olea Europass (Olive Oil), Apple Stemcell, Aloe Vera Stemcell.



+ Rejuvenating Night Cream : RM40


Cream ni pakai waktu malam. Biasanya kalau malam kita pakai cream, taknak la pakai cream yang melekit-lekit kan. and cream malam by ZZ by ZAZA ni memang tak melekit, rasa sejuk je pakai sepanjang malam. Hehehehe 




Yang ni iday cuba sapu kat tangan, letak sikit je.



Sapu-sapu then biarkan sekejap, 



Cream malam ni akan terus meresap ke kulit. rasa sejuk je. Hehehe



Dah 2 minggu iday cuba ZZ by ZAZA, muka boleh terima, takde lagi naik jerawat degil. kalau pakai cream tu, just letak bedak pulak kat muka. Takde heavy2 make up pon dah okay dah. Hehehe



For more details or berminat nak beli, boleh check website diorang ni okay :)








p/s : setiap pengguna mungkin akan mengalami perubahan berbeza bergantung pada jenis kulit okay. Ini hanya la review dari pihak iday, dan mungkin tak sama dengan orang lain. 


2 comments:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List