Enter your keyword

Siapa Rajinikanth?

Hi  

Tajuk kemain, hehehe Yang tak kenal ni maybe generasi baru or bukan indian la. Kawan iday yang umur lagi muda dari iday mostly tak kenal Rajinikanth, tapi kalau sebut "Sivagi The Boss" , baru diorang kenal.

Siapa yang layan cerita Rajinikanth dulu2? Hahahaha Dulu iday ingat lagi, kalau ada iklan tv2, cakap yang ada movie Rajinikant hari ahad pukul 2, memang dah terpacak awal-awal depan tv. 

Bila dah maju sikit, internet dah ada, gigih juga tengok online movie lakonan Rajinikanth ni. Lakonan dia memang over lagi-lagi kalau part hisap rokok siap ada bunyi time keluarkan rokok. zup zup zup. Nyalakan mancis guna mata, konon ada flame kluar dari mata. Hahaha




Kalau part pukul orang lagi la, semua mesti nak tercampak jauh or jatuh atas kereta. Dia punya tendangan or pukulan mesti kalau kena, terpelanting jauh. Effect angin memang kena ada. Hahahaha

Gaya matrix? Rajinikanth dah buat banyak dalam movie dia. Everytime dia buat aksi apa-apa, mesti kena ada gaya. hehe

Funny things about Rajinikanth ni, even dia berlakon over2, dia still menjadi pelakon favourite orang ramai. Dia pernah dapat highest earning dalam Asia taw. 



Sekarang ni Rajinikant ada di Malaysia untuk shooting movie Kabali. Serius dia punya ramai orang dekat airport masa dia datang dah macam kpop2 star datang Malaysia. Hehehehe


Semalam ada tengok video yang viral dia datang malaysia tu, tapi macam pelik sebab tak tahu yang mana satu dia. Rupanya, iday tak pernah tengok rupa dia yang paling latest. Iday bayangkan dia masih muda macam dulu. Tak sedar padahal aku ni dah tua, and of course Rajinikanth dah meningkat usia. Ni gambar Rajinikanth sekarang. 



Rupanya dah gaya2 umur artis vateran macam amitabh bachan dah, tapi masih kuat untuk berlakon kan.

Nah iday belanja antara scene paling best Rajinikanth. Heheheh



Sesiapa layan drama tamil, sure kenal sangat Rajinikanth ni. Hehehehe :) Siapa kenal sebelum dia popular dalam filem Sivagi The Boss, kita geng. Haha

11 comments:

  1. Padaiyappa!!!

    btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks noob singgah blog 😄. Iday pon dah follow and letak url noob kat sidebar.

      Delete
  2. Wow hero tamil....

    BW dari http://www.bondezaidalifah.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    Salam Perkenalan done follow sini.




    ReplyDelete
  3. Tudiiaa dia ka.. Awat lain sungguh. Jenuh mummy dok pulon cari sapa la yg mai M'sia ni... Hehhehee almaklum la mummy kan semakin meningkat remaja.. Ehhh !

    ReplyDelete
  4. Owh, yang ni. Kenal. Tapi tak tahu nama dia. Minat gak tengok cite tamil. Kalau geng-geng cerita Shah Rukh Khan or Kajol tu, tak minat pulak saya.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang akan kenal watak yang dia pegang. Jarang yang ingat nama dia. Lakonan yang orang ingat sangat sivagi the boss. Hehe

      Delete
  5. wowwww - kter pun minat dia juga
    berdebuk2222 tumbukanyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau cter tamil , dia yang paling popular. Hehe

      Delete
  6. Bunyinya tu yang mahal tu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dia suka buat bunyi bila dia moves. Tu yang kelakar. Hehe

      Delete
  7. lol dia ke yang jadi viral tu. tepuk 5 sikit sebab ingatkan dia tu muda kemain action dalam citer

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List