Enter your keyword

Hair Rich by Cityskin Medispa | Pakar Kesihatan dan Rawatan Rambut

Hi 

Sejak iday mula aktif menulis blog, buat product review, food review and services review, ada kawan iday yang tanya. 


"Iday, ada tahu mana-mana spa yang best tak? kalau boleh nak area KL or Ampang"


Kebetulan pula iday ada buat review dekat CitySkin MediSpa yang terletak di Ampang. Yang bestnya, CitySkin MediaSpa adalah gabungan klinik dan spa, maksudnya bukan sekadar mendapat rawatan spa  tetapi juga boleh meminta nasihat dan bimbingan jika menghadapi masalah kesihatan. Konsep spa 2 in 1, jarang-jarang ada dekat Malaysia ni. 

Siapa tulang belakang CitySkin MediSpa ni? Siapa yang start dengan idea hebat ini? Kalau nak tahu CitySkin Medispa merupakan  gabungan inspirasi ibu dan anak, Wan Julia Sham Dato Ariffin, 53 tahun serta anak beliau, Siti Farah Azwin Abd Khalid, 26 tahun. 




Keduanya sering mengimpikan gabungan klinik dan Spa patuh syariah khas untuk wanita dan lelaki demi memenuhi permintaan yang tinggi akhir-akhir ini. Ramai di luar sana yang masih tidak faham tentang kepentingan gabungan MediSpa ini. 

Penjagaan kecantikan dan kesihatan seharusnya berjalan seiring. Kedua-duanya amat berkait rapat. Jika kesihatan tidak diutamakan pasti ia akan menggugat kecantikan luaran yang lain. So kedua-dua ini memain kan aspek penting dalam menjaga kesihatan tubuh kita. 

Bukan main lagi iday bercerita, bukan apa, iday sendiri mendapat penerangan terperinci tentang idea CitySkin MediSpa ni. Korang tak perlu ragu-ragu kena, peneraju Spa ini iaitu Wan Julia Sham Dato Ariffin adalah seorang doktor perubatan dan juga Pakar Anti-Penuaan dan Estetik. Hebat kan! :)

Menurut beliau, hormon yang ada dalam badan kita sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan cara hidup seharian. Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan sesorang itu mengalami masalah kemurungan yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan kehidupan seharian. 

Faktor penyebab ketidakseimbangan hormon adalah :

+ Peningkatan usia
+ Pemakanan tidak sihat
+ Kurang senaman
+ Pencemaran alam sekitar 

dan banyak faktor lain. Antara simpton yang dihadapi akibat ketidakseimbangan hormon adalah :

+ Keletihan
+ Kemurungan
+ Darah tinggi
+ Kegemukan
+ Insomnia
+ Obesiti
+ Ketidaksuburan
+ Kelesuan
+ Keguguran rambut
+ Pusingan haid tidak teratur
+ Migrain
+ Senggugut dan banyak lagi.

So, start dari tu la Dr Wan Julia, bersama Siti Farah, menubuhkan CitySkin Medispa pada tahun 2012 dan juga Hair Rich World Integrated Trichology Center pada 2015. 


Selain memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kecantikan secara seiring, gabungan mantap dua beranak ini berhasrat dapat menawarkan perkhidmatan khusus dalam penjagaan Kecantikan dan Kesihatan terutamanya pada penjagaan kulit muka dan juga masalah keguguran rambut kepada semua lapisan masyarakat dari muda hingga yang tua. 



Perkhidmatan gabungan dua industri ini dibawah satu bumbung dapat menawarkan khidmat rawatan Kesihatan dan Kecantikan yang lebih efektif, menyeluruh dan berkonsepkan “WELLNESS”.



Kalau nak tahu, anak Dr Wan Julia iaitu Siti Farah merupakan Graduan Keusahawanan Ijazah Sarjana Muda dari Lim Kok Wing Universiti, dan telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Nutrisi, Certificate in Nutrtion & Health, Plaskett International College, London serta Diploma Human Nutrition & Health dari Open University, Malaysia.



Selain itu beliau melanjutkan pelajaran kedalam bidang Terapi Kecantikan dari City & Guilds London & Laurent Bleu, UCSI. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Paramedikal Trichology Diploma dari International Association of Trichologist, Sydney, Australia. Ilmu yang dicari adalah seiring dengan cita-citanya untuk menjadi usahawan muda yang berilmu dan berdidikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan CitySkinMediSpa dan Hair Rich World Integrated Trichology Center.





Hebat kan, so bukan calang-calang orang yang menubuhkan CitySkin MediSpa ni ye :)


Kalau korang berminat untuk dapatkan rawatan disini, iday ada sertakan maklumat untuk korang :



Cawangan Cityskin Medispa & Hair Rich:-

Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor 

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang layari FB  & Instagram : CITYSKIN MEDISPA (Website City Skin Biz | Facebook | Instagram ) atau hubungi : 03 – 4253 5257

Hair Rich World Integrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03 2242 0880


No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List