Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Food Review Fikcles TTDI | Hidangan Salted Egg Squid Terbaik

Hi 

Siapa pernah makan di Fikcles?

Iday baru sahaja makan di Fikcles atas ajakan Kak Su and Ayu. Serius before ni just tengok IG fikcles and review mereka yang pernah makan kat sana. Setakat ni memang banyak review yang positif. Bukan apa, ramai yang mempertikaikan konsep kedai-kedai hipster ni menyediakan makanan yang kurang sedap dan tak padan dengan kualiti. 





Iday pula memang akan review kedai best je, yang tak best iday takkan publish post. Hehehe

Iday tahu cafe Fikcles ni dari blog Ayu and baru-baru ni pon Kak Su yang ajak lepak makan di Fikcles. Yela asyik baca orang review, apa kata kita cuba sendiri. Hehehe Lagipon Fikcles ada promosi bulanan, macam yang masa iday makan pada bulan October adalah Seafood Platter. 






Sedapnya tiram! Tiram ni dibakar dan diletakkan creamy cheese. 1 tak cukup, kita amik banyak, jangan fikir orang sebelah menyebelah :p







iday sebenarnya tak suka makan salmon, tapi dalam seafood platter ni actually ada Otak-Otak Salmon and rasanya sedap. Iday hari tu siap makan 2 Otak-otak Salmon, padahal size besar kot. Hehehe 

Seronok kan ada promosi bulanan ni. So kalau nak taw apa promotion bulanan yang ada dekat Fickles, kena la follow IG diorang :)






Bila sampai di Fikcles, iday seronok tengok ada sudut sofa tu colourful taw. Dekorasi di Fikcles ni pon tak sarat. Memang sesuai sangat kalau nak lepak dengan kawan-kawan, lepak santai katanya. Hehehe 







Kalau nak tahu, Fikcles juga ada provide event management untuk sesiapa yang nak celebrate or nak adakan birthday party dekat restoran diorang, boleh bincang dengan pihak pengurusan mengikut budget masing-masing. Bukan setakat birthday party ye, boleh tempah seluruh cafe Fikcles untuk tujuan private events. 


Details untuk private events :


+ Cafe capacity : 70-100 orang

+ Harga tempahan berbeza mengikut waktu peak hours dan bukan peak hours.
+ Pukul 3-6 petang (bukan waktu peak hours) : Caj Minima makanan adalah RM500
+ Peak hours during lunch & dinner : RM1000

Untuk private events ni, Fikcles boleh menyediakan  live band ( Sham Kamikaze and friends). Harga bergantung kepada permintaan client iaitu tempoh persembahan and pilihan lagu, tiada fixed amount. Hehehe 


Bukan sahaja menawarkan khidmat sewaan cafe, Fikcles juga menawarkan perkhidmatan outside catering. Pilihan menu bergantung kepada budget pelanggan. So, jangan risau okay, semua boleh dibincang dengan pihak pengurusan. Iday pon fikir, kalau nak buat suprise birthday dekat Islam, buat outside celebration order outside catering dengan Fikcles best jugak kan. Iday nak pilih semua makanan favourite iday. Hehehehe


Sebut pasal makanan, iday nak cerita sikit apa makanan yang iday makan semasa datang makan di Fikcles baru-baru ni. Iday akan senaraikan makanan favourite iday sepanjang jamu selera dekat sini. 




Hidangan ni nama dia Salted Egg Squid. Islam suka sangat, siap paksa-paksa iday cuba. Bila iday rasa, aah la sedappp. Bila kita gigit Tortilla tu, mesti terasa sos creamy salted egg yolk tu. Apa-apa hidangan kalau ada telur masin ni memang sedap la. Kalau datang Fikcles, kena try taw Salted Egg Squid. 


Harga Rm19.90 untuk satu hidangan ni, patutnya boleh je makan share ramai-ramai, tapi sebab sedap and nanti takut tak puas, better makan sorang. HAHAHA




Hidangan favourite iday yang kedua and patut korang try dekat sini ialah Lontong Goreng. Islam yang order, masa awal-awal iday bebel jugak dekat Islam. Kenape order nasi, makan la western. Sekali ayu cakap lontong dia sedap. Bila iday try, memang sedap kot. 





Banyak betul papadom, sampai tak nampak lontongnya. Hehehehe




Iday alih telur mata separuh masak ni and korang akan nampak lontong goreng dengan sauce pedas yang special. Serius sedap! Iday suka bila iday pecahkan telur kuning yang separuh masak tu, dengan kuah lontong sedap tu. hmmmmm :)))




Hidangan favourite ketiga ialah Braised BBQ Short Ribs. Ayu yang order hidangan ni. Rugi pulak tak order sama. Hahaha Short Ribs dia lembut sangat and BBQ sauce dia sedap. 


Dekat bawah ribs tu kentang putar, iday perasan dioarang ada letak creamy sos dekat kentang putar tu, memang sedap. Ish semua sedap je kan kau iday oi. Hahaha




Tiga-tiga memang hidangan feveret iday, yang lain-lain pon best jugak sebenarnya. Hehehe



 Fikcles Club


 Oven Baked Lasagna 



Sliders - 3 mini burger, 100% beef patties


Fikcles siap ada persembahan live band okay, dah bukan calang-calang orang yang buat persembahan dekat the Fikcles tetapi Sham Kamikaze and friends. Biasanya Fikcles akan buat Rock Nite Band every month, biasanya akan dianounce 2 minggu sebelum. Esok malam (6th Nov) pada pukul 9pm-11pm akan ada persembahan Tribute to 80's Rock! 


Akan ada persembahan cover lagu Metallicca, Guns and Roses, Nirvana, Nazareth, Steelheart dan banyak lagi. Kalau nak layan lagu rock klasik ni kena buat reservations dulu taw, takut penuh. Boleh call 03-77324885 .




Cuba tengok video persembahan bawah ni yang sempat iday rakam masa datang dekat Fikcles hari tu. 


Seronok kan? Best kan? Iday rasa apa yang seronok bila makan dekat Fikcles ni sebab staff diorang memang friendly, environment tempat makan best. Seronok kita nak makan. Iday ada tengok satu gambar ni dekat board diorang. Happy je reaction diorang dalam gambar. Hehehehe


Masing-masing dah kenyang, kena la ambil gambar dekat Fikcles ni. Hehehe Kitorang pon ada bergambar dengan staff and owner Fikcles. Tak lupa abang Sham Kamikaze. Hehehe



So, kalau korang nak datang dan rasa sendiri makanan dekat Fikcles, boleh check details yang iday bagi di bawah :


Alamat Fikcles : 
11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur


Opening Hours : 

Weekday : 10am - 11pm
Sunday : 8am - 11pm


8 comments:

  1. wow! mcm best ni! boleh cuba ni! rara suka try mkn sana sini! best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, rara kena try taw. especially salted egg squid tu. sedap! :)

      Delete
  2. hmm. seleranya tengok. kedai pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah. kedai cantik tetapi jaga mutu makanan, hehehe

      Delete
  3. assalam
    menarik ni.tq for your info. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sama-sama, terima kasih singgah baca. :)

      Delete
  4. kalau dari segi food price dia affordable tak :))

    ReplyDelete
  5. dulu tak berkenan sangat nak pegi kedai-kedai "hipster" ni. tapi pastu cuba cuba, style la pulak. makanan yang dorang offer da improve dulu slalunya ntah pape. haha sapot community je :P

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List