Gambar-Gambar Ketika Pembukaan IKEA Cheras | Islam Tapau Meatball IKEA Cheras ❤

14

Hi 

Pagi-pagi tadi pergi kerja, macam biasa lalu MEX, tengok jalan memang sesak dengan kereta. Tapi tak sure jammed sebab IKEA or jalan ditutup di dalam KL. Nasib baik Islam hantar dengan motor, takde la stress sangat dengan jalan sesak ni. Yang drive tu, mohon tabah. 

Tadi sampai office, cakap dekat Islam 

"awak taknak singgah IKEA ke? mana tahu dapat hadiah?"

Then Islam pergi, tapi dia dah cakap awal-awal, memang takkan dapat hadiah sebab ramai kot. 

Then, iday ada la dapat whatsapp gambar dekat sana, amboi dah macam live update si Islam ni. Hehehe Tak lama lepas tu, iday dapat call. Islam cakap dia kat bawah. 

Sampai bawah, dia bagi tupperware. 

Tadaaaaaaaa! IKEA Meatball :)


Seronok laaaa. kalau dulu nak makan, alahai jauhnyaaa IKEA Damansara tu. Sekarang dah dekat. Harap-harap nanti ada FoodPanda IKEA pulak. Hahahaha 

Thanks Islam :)

Ni gambar-gambar yang sempat Islam snap masa dekat IKEA Cheras tadi, pakai iphone je. Hehehe



Ramai betul orang, tengok motor-motor tu. Islam cakap parking kereta dekat sini memang penuh. Seawal pukul 8 pon dah ada orang beratur. 



Tapi main entrance IKEA Cheras ni pon memang besar berbanding IKEA Damansara.











Tapi tangga macam ni still sama macam IKEA Damansara. Hehehe




Food court yang lagi besar. 



Kesian Islam, dia cakap Karipap dia tak dijual dekat IKEA Cheras. Maybe belum ada lagi kot sayang. Heheheh





Cool, ada sudut kanak-kanak macam ni. Hehehe



Memang meriah kan IKEA Cheras hari ni, kawan iday yang lunch kat sana hari ni pon cakap memang ramai sangat orang. 

Kalau nak taw apa aktiviti yang ada sepanjang pembukaaan, iday ada tulis post, klik url bawah :



Thanks Islam tapau IKEA Meatball :)




Tags

Post a Comment

14Comments
  1. ramainya.. tunggu lah bagi kasi reda dulu.. hahahh

    ReplyDelete
  2. ramainyaaaa org....tak sanggup nak pergi..huhu

    ReplyDelete
  3. wahh besnye, kak cheras pon dah ada ikea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khas untuk orang yang tggl dekat2 KL, iday stay bukit jalil, rasa dekattttt je berbanding IKEA Damansara tu. hehehe

      Delete
  4. adoi... best plak tgk ramai org pegi wpon baru opening... hari2 lalu situ... nak singgah tadi dari Desa Pandan takde plak laluan masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, islam cakap walaupon ramai orang still macam boleh je nak fit in sebab tempat tu memang besar. hehehehe Takpe, next time boleh pergi. Hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. sebab tu iday belum pergi lagi. nanti bila orang dah bosan, baru kita pergi, hahaha

      Delete
  6. tq share..ramainya org..en suami x suka p tmpt2 crowded cmni..kene tgu reda sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesameee, hehehe takpe, pembukaan ni sampai 29 nov, nanti after tu mesti reda. weekend ni for sure ramai orang. hehe

      Delete
  7. Ehh karipap ade la yunk.

    Kat seksyen bawah. Luar kaunter pembayaran perabot tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh ada ke? kena bagitau husband ni. kesian dia, nak sangat makan karipap IKEA, thanks taw! :)

      Delete
Post a Comment