Enter your keyword

Pengalaman Check Result UPSR Tahun 2003

Hi 

Masa umur 12 tahun (2003, silap 2001 la. salah kira. Hahaha) zaman tu mana ada iday blog-blog, kalau tak dah cerita masa tu dapat 5A. eh 5A? Hahahaha


Gambar masa sekolah rendah, dapat dari group sekolah rendah :)

Alhamdulillah result masa tu dapat 5A, sebenarnya iday memang antara calon 5A sekolah time tu. Kalau korang tengok gaya mak aku paksa aku study time tu, memang tak hairan aku dapat 5A. Tahun tu tak silap iday, 6 orang je dapat 5A dekat sekolah iday. 

Sekolah iday kecik je, Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh dekat Terengganu. 

Masa hari nak ambil result, kitorang semua dikumpulkan dalam library. Masa tu takde parent datang ambil result sekali pon. Just studen2 je. Bila masuk library, cikgu yang rapat dengan iday time tu nama Cikgu Zokry, tak habis-habis suruh iday duduk sebelah dia. Iday ni bangsa yang suka duduk belakang. Hahaha

So, guru besar umumkan result siapa yang dapat 5A, kawan-kawan iday ada yang dapat. Bila nama diumumkan, guru besar suruh pergi pejabat sekolah dan call parents. Masa tu mana ada smartphone semua tu. or update status kat FB. Hahaha 

So, bila sampai time iday, 

Cikgu Zakaria (Guru Besar) : Nor Hidayah Mohd Nor - 5A , tahniah, boleh pergi pejabat dan call mak abah ye. 

Lepas dah salam-salam dengan kawan-kawan, iday cakap kat cikgu yang dekat dengan iday. 

"Memang kena tepon ke? Kenapa tak tunggu balik rumah je?" 

Hahahahaha Sebenarnya time tu aku fikir nak main je. Nak sambung main lari-lari, nak main bola baling. Hahaha Tak pasal-pasal kena marah dengan Cikgu time tu. Nak taknak kena call mak jugak.

Sampai office, iday tengok kawan iday baru lepas call, siap nangis-nangis. Sampai turn iday

"Hello, Ni Rapiah Binti Sulong ke?"

"Ye, Saya. Kenapa ye"

"Saya nak bercakap tentang anak puan, Nor Hidayah Mohd Nor"

"Eh, kenapa ye? Kenape dengan dia?" - mak iday dah gelabah

"Dia dapat 5A! Hahahahaha"

Lepas tu mak aku bebel2, tapi last dia cakap tahniah. Hahaha So, moment aku dapat result 5A tu memang takde air mata. Aku tak tahu la kalau mak aku nangis lepas aku call tu sebab aku tak nampak. Hahaha

So, camtu je la ceritanya. Hahaha

Tahniah adik-adik yang dapat keputusan cemerlang, yang tak dapat tu, jangan risau masih jauh perjalanan hidup, anggapla ni ujian. Hehe lepas ni kena belajar betul-betul ye! :)

4 comments:

  1. tahniah dapat 5A. hahaha... umur 12 tahun memang tak fikir apa pun. Tahu nak pergi main saja..

    ReplyDelete
  2. tahniah kak iday. kita pun dulu 5a. alhamdulillah

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List