Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Pretzel Nuggets Auntie Anne's | Workshop & Product Launch

Hi 

Siapa suka makan Auntie Anne's? Siapa selalu masuk mall, mesti ada bau Auntie Anne's punya pretzel? Siapa yang selalu singgah and beli? 




Hehehe, kalau nak tahu si Islam ni suka sangat dengan Auntie Anne's, tiap kali pergi Times Square or Alamanda Mall dekat Putrajaya tu mesti nak singgah beli. Suka sangat dia. Iday apa lagi, tumpang sekaki la. Tu yang pergi dengan iday, dulu masa dia kerja dekat Image Rom, bila balik rumah iday tanya dia :

"Makan apa hari ni?"

"Auntie Anne's"

Dalam seminggu tu mesti ada sekali dia pergi beli. Hahaha Siap bawa balik rumah. So, kitorang ni memang suka sangat Auntie Anne's. 


So, bila iday dapat invitation untuk join workshop and product launch Auntie Anne's, Islam la paling excited.

"Yeay, dapat makan Auntie Anne's free!! " 

sabar je la pakcik ni. Hahahaha

Kalau nak tahu, tujuan Auntie Anne's mengadakan workshop ini adalah untuk launch new produk diorang iaitu Pretzel Nuggets! Iday confirm 100% yang kanak-kanak mesti suka sebab pretzel nuggets ni comel dan datang dengan 2 perasa iaitu original dan cinnamon sugar. Sebenarnya bukan budak-budak je suka. Iday and Islam pon suka. Hehehe





Paling best ketika workshop ni sebab iday belajar cara nak buat pretzel nuggets ni. Kami disediakan dengan apron and tools untuk buat pretzel nuggets ni. Seronok boleh main masak-masak dengan adik-adik. Hehehe



Cantik kan apron dia! Iday rasa macam nak kumpul2 apron la. Ni workshop ke-2 iday pernah join and iday mula sukaaa! :) Harap ada jemputan workshop lagi. Hik Hik Hik



Launch and Workshop Pretzel Nuggets ini sebenarnya diadakan di Alamanda Mall Putrajaya. Dekat la sangat dari rumah, kira-kira 20 minit.  Masa awal-awal datang, tengok ada tv ads Pretzel Nuggets and belon-belon. Meriahhhh. Hehehe





Iday mestila pilih meja paling depan, iday duduk 1 meja dengan Rania, Nadif and Adik Oren (Iday lupa nama HUHU) Aku la yang paling besar kan. Hahaha




Rania excited dengan tools yang ada atas meja. paling awal pakai gloves. Hehehe




Ajak ibubapa selfie. Hehehe Nampak tak aku dah berisi. Berisi lemak ye anak-anak. Hahaha




Time ni dah ramai parents yang datang dengan anak-anak diorang untuk join workshop ni. Bagus betul Auntie Anne's ni ajak ibu bapa serta anak-anak diorang join aktiviti macam ni. Diorang boleh belajar bergaul dengan kawan-kawan baru. Hehehe


Walaupon time ni ada workshop, customer still tak putus-putus datang membeli di Aunti Anne's. Sempat si Islam ni tangkap gambar customer. Hehehe


Pilih kak pilih. Hehehe



Antara blogger-blogger lain yang hadir, time ni Yaya belum sampai lagi. Hehehe 


Tak lama lepas tu Workshop Auntie Anne's bermula, haruslah ada taklimat dulu kan. Heheh



Sebelum start main dengan tepung, kitorang kena basuh tangan dulu then baru pakai gloves. Kebersihan memang diutamakan dalam penyedian makanan di Auntie Anne's. 

Mula-mula kena pakai gloves, pakai cap, pakai apron. Hehehe







Dah siap pakai, kita group photo dulu. Inilah team satu meja iday. Siapa paling besar? Haha


Rania ni comel betul, dia la paling kecik okay. Hehehe Atas meja kitorang dah disediakan tepung yang sudah disiap diuli. Masing-masing sibuk main tepung. Hehehe




Kemudian kitorang kena potong tepi dan gelek tepung tersebut supaya jadi selinder panjang. 




Adik-adik muka serius. Hehehe :p







Tak cukup space ke adik? Hehehe




Potong lagi dan gelek panjang-panjang. Buat banyak-banyak pon takpe. Hehehe






After dah siap gelek panjang-panjang, kitorang kena rendam dalam air suam dan letakkan atas tempat bakar, kena letak dalam bentuk "U" . Adik Rania tak sampai nak celup, nasib baik staff Auntie Anne's datang tolong. Hehehe







Bentuk "U"



Lepas tu kitorang diarahkan untuk gelek lagi banyak and letak dalam tray pembakar ni. Semangat adik-adik kita yang join ni. Hehehe







Kerja susun-susun. Hehehe 




Adik-adik yang join workshop ni memang betul-betul tekun buat pretzel nuggets ni. Seronok pulak iday tengok. Hehehe 




Lepas dah susun atas tray, guna pemotong dan potong ikut size nuggets. Korang boleh agak-agak besar nuggets tu. Hehehe






Lepas dah potong, diorang akan bakar. Bila dah masak, kita akan buat step celup dalam butter dan letak cinnamon sugar. Kalau yang original, just celup dalam mentega je. Hehe


Step 1 : Celup dalam mentega



2. Gaulkan di dalam Cinnamon Sugar. Yang ni memang favourite Islam. 



Masa ni parents dah join sekali, team iday memang berdedikasi. Kitorang takde tumpahkan sugar pon. Hehehe





Kalau yang original, just celup je, then keringkan atas besi tu, senang kan. hihihihi



Bila semua dah siap. just letakkan dalam gelas dan cucuk flag. Hehehehe :)

Tadaaaaaaa, makan apa yang kita buat sendiri lagi seronok sebenarnya, hehe




Yang bestnya, masing-masing boleh bawa balik semua Auntie Anne's Pretzel Nuggets ni. Banyak jugak iday ambil, seronok sebab makan atas hasil usaha kita kan. Hehehe




Dah siap pon our Pretzel Nuggets. Masing-masing memang betul-betul bagi kerjasama, team kitorang yang paling bersih dan paling banyak cup. Hehehe So, haruslah ada gambar together-gether. Hihihihihi


Lepas habis, dapat certificate. Yeay! :)



Bila semua dah dapat certificate, terus bergambar dengan team Auntie Anne's. Seronok ye adik-adik. Hehehe



Pengalaman paling best and Pretzel Nuggets tu sedap. Iday suka yang original, Islam pula suka yang ada Cinnamon Sugar. Sekarang ni Pretzel Nuggets dah available dekat mana-mana outlet Auntie Anne's. 

Walaupon kecil, tapi mengenyangkan. Boleh buat snack masa buat kerja kan. Hehehe Oh, iday suka the new Pretzel Nuggets ni sebab diorang letap dalam cup. senang nak pegang and share dekat kawan-kawan. 

Thanks Auntie Anne's kerana adakan awesome workshop ni! :)

Untuk tahu tentang promo atau diskaun Auntie Anne's , boleh check info yang ada sertekans sekali ye :


Follow diorang punya Facebook and IG taw, mana tahu dapat join aktiviti-aktiviti macam ni. Hehehehe :)



1 comment:

  1. seronoklah join workshop macam ni..best sebab boleh bawa sekali anak-anak

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List