Enter your keyword

On The Wings Of Love | James Reid and Nadine Lustre - Philippines Drama 2015

Hi  

Kalau siapa yang pakai Umobile and pakai subscribe internet mesti dapat free Youtube dari pukul 2 am-10 am. Biasanya kalau weekend, Islam and Iday akan cari movie best and kitorang akan tengok movie sampai pagi. Dah macam tradisi dah, every weekend mesti buat aktiviti sama. Siap beli Mister Potato and makanan buat kunyah masa movie. Hehehe

Cuma minggu ni lain sikit sebab si Islam tertidur awal and Iday je yang tengok movie. Hahaha Iday ubah angin sikit, tengok movie filipino. Mula-mula nak tengok movie/drama Marian Rivera sebab before ni iday ada tengok movie lakonan dia "One True Love", dia berlakon dengan husband dia. Best jugak la. Hehehe


Tengah scroll movie/drama list dekat Youtube, iday click tajuk movie ni "Diary of An Ugly English Sub". Tengok heroin and hero macam comel. Then tengok movie tu sampai habis. Yang berlakon tu James Reid and Nadine Lustre


Ini dari drama On The Wings of Love. Comel kan James Reid. Hehe




Rupanya diorang ni pasangan couple dalam movie/drama paling famous dekat Philippines. Lepas dah habis movie "Diary of An Ugly" , iday google drama/movie lakonan James Reid and Nadine Lustre. 




Movie2 diorang yang iday dah tengok :



+ Talk Back and You're Dead : Cerita ni macam mengarut sikit, tapi best. Hehehe

+ Para sa Hopeless Romantic : Best! Suka sangat lakonan diorang. 


Sekarang iday tengah layan On The Wings Of Love. Iday baru tengok sampai episode 50. Mak aih banyak kan. Hahaha Sekarang ni dah live dekat sana sampai episode 85. 


Sinopsis On The Wings Of Love : 


Leah Olivar (Nadine Lustre) membesar dalam keluarga yang miskin tetapi happy. Semasa umur 12 tahun, ibunya ke USA untuk bekerja. Tetapi, tak lama lepas tu mereka dikhabarkan yang ibunya meninggal dunia. Leah mula berazam untuk datang ke USA dan bekerja disana seperti ibunya. 







10 tahun berlalu apabila Leah dapat US Visa kerana menyertai contest choir di San Francisco, California. Selepas contest, Leah membuat keputusan untuk lanjutkan tempoh beliau di sana untuk mencari kubur ibunya disamping mencari kerja secara sah dia sana. 


Dengan bantuan Jack, ibu kepada ex-bf Leah, Leah bersetuju untuk berkahwin bagi mendapatkan permit. Calon yang paling terdekat ketika itu adalah Clark (James Reid) anak saudara Jack. 


Oleh kerana, Leah dan Jack pernah ada perselisihan faham sebelum itu, mereka asyik bergaduh dan tidak bersetuju dengan plan Jack namun akhirnya bersetuju atas desakan Jack. 


Akhirnya mereka berkahwin. Lepas tu........ Kena la tengok drama ni . Memang best :)


Check trailer ni :






Iday memang suka sangat gadingan James Reid and Nadine Lustre. Kalah KOREAN Dramas !! Feel dia memang best. Hehehe James Reid serius pandai berlakon, dah la penyanyi, berlakon pon pandai. Ida suka ekspresi muka dia bila main watak berbeza. Memang ada chemistry antara diorang, no wonder la pernah menang award untuk partner paling serasi. 

Hehehehehe kat mana nak layan movie ni? Iday tengok youtube je. 

Best tak? Comel tak James Reid? Yay or Nay?

1 comment:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List