Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Produk Halal Pertama Safi untuk Lelaki | Safi Men

Hi 

Untuk pengetahuan korang, Iday and Islam dah kahwin lebih setahun dah, dah nak masuk dua tahun dah. Pejam celik pejam celik kejap je kan. Kalau nak tahu, salah satu ciri-ciri lelaki idaman yang iday suka ada dekat Islam iaitu Iday nak lelaki yang pandai menjaga penampilan diri. 

Islam sangat cerewet dengan penjagaan gigi dan wajah dia. Seriussss! Lagi-lagi gigi tu. Sampai gigi iday dia nak complain and jaga sekali. Kalau muka pula, Islam ni memang selalu la dengan mask, dengan besi yang white head removal tu and macam-macam lagi. 

So, bila Safi ajak Iday and Islam ke pelancaran kali pertama produk lelaki mereka iaitu Safi Men, Islam excited nak cuba. Sebelum ni dia selalu curi-curi guna produk pencuci Safi iday, now dia dah boleh pakai produk Safi khas untuk lelaki. Hehehe


Pelancaran Safi Men diadakan di Glasshouse, Seputih. Masa mula-mula Iday masuk, Iday kagum dengan dekorasi ala-ala lelaki, konsep yang memang kena dengan produk Safi Men ni. Then Iday nampak banyak pokok kaktus. Baru iday tahu, yang bahan yang digunakan dalam Safi Men ni adalah kaktus. 


Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan Mr Siram Krishnamurthy iaitu Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Menurut beliau, Safi Men adalah produk pencuci muka halal untuk kaum lelaki dan mengandungi formula baru H2O Cool Caktus yang bukan sahaja melindungi kulit wajah malah memberikan kesegaran berpanjangan agar kekal aktf dan fokus sepanjang hari. 



Terdapat 3 jenis pembersih muka Safi Men iaitu :

1. Safi Men Dynamic White

+ Direka khas untuk masalah kulit kusam dengan mengurangkan penghasilan melanin yang menjadi penyebab utama kulit kusam. 


2. Safi Men Acne Buster

+ Islam kan kadang-kadang buat part time Photographer, so selalu buat kerja luar. Kadang-kadang kulit terdedah dengan habuk dan kotoran. Safi Men Acne Buster ni actually mengecilkan pori so habuk dan kotoran ni takkan tersumbat dekat kulit muka. Acne pon tak melekat sebab muka bersih. 



3. Safi Men Oil Control Clay

+ Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.  Combination H2O Cool Cactus dan Kaolin mengawal pengeluaran minyak dan memberi kesegaran pada kulit wajah. Kulit berminyak pon tak elok taw sebab boleh menyebabkan jerawat singgah dekat muka. 




So, nanti kalau nak beli pencuci wajah Safi Men, boleh beli ikut kesesuaian atau jenis masalah kulit muka. Nak beli tiga-tiga sekali pon boleh. Hehehe

Cuba teka siapa duta untuk Safi Men?

Fattah Amin! Memang calon yang sesuai sebab kalau tengok cara Fattah Amin, beliau adalah seorang lelaki yang mementingkan penampilan diri dan penjagaan kulit muka. Yela, nak berlakon kena nampak hensem, baru confident nak lakonkan watak. Hehehehe



Upacara memecahkan ais ukiran kaktus adalah pelancaran produk Safi Men. Seronok tengok diorang ketuk-ketuk ais ni. Hehehe


Tahniah Safi atas pelancaran produk lelaki pertama iaitu Safi Men!



Tinggi rupanya Fattah Amin ni. Hehehe Berdiri sebelah rasa kecik pulaaaa. hehehehe 


Terima kasih kepada Hasif kerana jemput kami ke pelancaran Safi Men. Islam la paling seronok sebab dia dapat 2 set pembersih wajah Safi Men. Hahahaha


Cantik tempat ni, Islam seronok lantas mengeluarkan Ray Ban nya. ceh.


Islam memang dah start pakai Safi Men ni and dia suka. Siap offer kat iday banyak kali. Hahaha Yelah, dia la yang sorang ada pencuci muka Safi Men. I bet his laughing like this on his mind. Hahahaha


Korang boleh dapatkan produk Safi Men di outlet terpilih seperti farmasi dan Guardian. Tadi iday ada check online store Guardian, korang boleh dapatkan Safi Men 100g dengan harga RM11.12. Super cheap okay! 

Untuk maklumat lanjut, boleh follow facebook diorang disini : Safi Malaysia




Thanks Safi Men! Siap bagi cactus comel :)



3 comments:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List