Enter your keyword




You can follow me here :


Hadiah dari Islam : G-shock, Pandora atau......

Wednesday, January 28, 2015

Tiap kali pergi shopping mall dengan Islam, tempat wajib kena singgah adalah kedai jam. Sebab dia suka tengok dan survey G-shock. So, bila aku tanya dia nak beli tak. Dia cakap nak beli. Tapi faham-faham je la, G-shock yang original tu mahal, kalau nak murah beli kat petaling street. Hehehe

Tapi kalau benda kau nak pakai lama, better beli yang berkualiti, kan? Hehehe

So, hari tu sampai la barang yang diidam-idamkan Islam. Dia beli online tapi dengan penjual yang dipercayai. Memang original dengan harga yang memang harga jam tu. RM3++ . Tercekik jugak la aku time tahu harga, tapi nak buat macam mana dia suka. Hehe

Hari yang dia ambil jam tu, lepas waktu kerja. So, aku cakap la kat Islam yang aku tunggu dia kat KLCC, lepak dengan kawan ofis. Bila dia dah sampai, siap pakai lagi jam G-shock baru tu. Muka berseri-seri dapat G-shock, macam seri masa sah kahwin dengan aku hari tu. Hahahaha


Kitorang balik la, Islam parking motor kat bawah KLCC tu. Masa jalan-jalan tu sembang la dengan dia pasal G-shock tu. 

Iday : Seronok dapat G-shock?

Islam : Seronok laaaaaaaaa. Cantik tuuuu. *senyum-senyum main jam dia

Iday : Untungla jam mahal. Hahaha

Islam : Eh, saya ada belikan awak something. Mesti awak suka. Awak boleh pakaiiiii. Saya beli khas untuk awak.  Balik nanti saya tunjuk. 

Okay, time ni aku punya excited rasa macam nak lompat-lompat. Macam aku fikir. Islam beli G-shock ke? Islam beli Pandora ke? Dia beli apa ni? Hahahaah

Iday : Alaaaaa, bagitau sekarang la. sekarang la. Nak tengok, tak sabar ni!!

Islam : Okay2, dekat motor japg.

Aku memang tak sabar, sebenarnya bukan aku suka pon kalau dia beli G-shock & Pandora sebab aku tak minat. Tapi kalau orang nak bagi hadiah, sape tak seronok kan?? Hahaha

Sampai dekat motor, dia ambil barang tu dalam bag and keluarkan barang.

Islam : Tadaaaaaa! mesti awak sukaa kann??

Memang jauh bebenor dari sangkaan aku, memang bukan G-shock or Pandora. Barang tu dalam plastik and warna kuning. Masa Islam tunjuk, dia memang seronok sangat. Dia macam seronok bagi something yang berguna untuk aku. Serba salah pulak sebab tak excited dapat barang tu. Memang hambar respon aku. 




Hahahaha, jauh sangat dari andaian aku, Pandora & G-shock. Tapi bila fikir-fikir balik, aku ni bukan jenis suka pakai gelang or bracelet. Satu-satunya gelang yang aku pakai, gelang emas time kahwin hari tu. Jam tangan? Lagi la, rasa macam rimas terlekat kat tangan. Hahaha 

So, aku rasa hadiah Islam tu bagus untuk aku. Aku boleh guna masa nak buat buang najis Ali, Hiro  & Maya. Terjamin sikit kesihatan aku. Bagus pula Islam ni ye. Hehehe

Thanks sayang. walaupon hambar respon masa mula-mula tahu. sekarang seronok bila dapat hadiah. Tak sabar nak cerita kat anak cucu. Hehehe :p



You can follow me here :


Kenapa aku tak suka Mad Market Season 3?

Wednesday, January 28, 2015
Hahahaha,



Mula-mula aku tahu, pengacara baru yang bersama dengan Elfira Loy untuk host Mad Market Season 3 adalah Hanie Hidayah. Aku happy for her sebab korang yang duk baca blog aku ni sure tahu yang Hanie Hidayah ni adalah my most favorite blogger. Iday pernah tulis artikel pasal Hanie Hidayah and dia suka :)



Ni lagi tweet dari Hanie, Hehehe rajin dia layan aku yang senget ni :p



Then, aku memang selalu follow Mad Market dari episode 1 kat TV9 dan siap tengok dekat tonton lagi.

Tapi lama-lama aku tak suka Mad Market Season 3. Huhuhu. Ni sebab dia :

1. Aku tak suka Elfira Loy rapat sangat dengan Hanie Hidayah.

Hahaha. aku ni memang dari dulu ada isu, aku tak suka orang yang aku minat or suka ada kawan rapat. Senget, tapi tu lah aku. Dari dulu kalau Instagram Hanie, jarang dia update dengan orang sama, i mean kawan yang sama. mesti lain-lain. then aku tak kisah sangat. Tapi sekarang, asyik-asyik Elfira Loy. Sedih kita. Hahaha. Tapi aku bukan psycho er, nak pergi attack Elfira Loy tu ke. No no no. Ala cuma jeles sikit je. sebab dia boleh rapat-rapat dengan Hanie. Hahahahaha

2. Aku tak suka bila orang dah start kenal & minat Hanie. 
Hahahaha. ni lagi senget.  Konsep dia macam ni. contohnya kau ada suka satu lagu ni, maknanya kawan-kawan kau tak tahu. Tapi tetiba diorang tahu then asyik nyanyi. Korang macam padahal aku dulu jumpa lagu ni. Kah Kah :p

So, aku perasan, sejak Hanie join Mad Market Season 3 ni, ramai suka Hanie, follow instagram Hanie and cakap dia peminat no 1 Hanie. pukul kang! Hahahaha

contohnya ayat macam ni :


honestly i xkenal pon u.. but since i watching u on tv.. madmarket.. for the 1st time.. episod bpa ntah..tp kat siam lau xclap.. i trus jadi mnat u.. i rasa u sempoi mempoii baq unk...

Ish, sibuk minat Hanie. Hahaha


So, dua sebab ni je aku tak suka Mad Market Season 3. Hahahaha. Tapi Mad Market Season 3 ni memang awesome! Sebab Elfira Loy kelakar & Hanie Hidayah ada. Hanie Hidayah bessssst! So, jangan lupa saksikan Mad Market musim ke-3 di TV9! :)




p/s : aku bukan peminat gila okay. Nanti Hanie Hidayah takut kat aku pulak. 2 selebriti yang aku nak jumpa sangat , Yuna & Hanie Hidayah :)


You can follow me here :


26 Malaysia Best Blog 2015

Tuesday, January 27, 2015

Target iday 2015 ialah nak aktif blogwalking, aktif comment & aktif berkenalan dengan blogger. Iday dah menulis blog dari tahun 2010 tapi iday tak ramai kawan blogger sebab hidup dalam dunia sendiri je. 



So, sekarang iday nak senaraikan 26 Malaysia Best Blog 2015, 26 blog ni adalah blog kegemaran iday sejak dulu dan iday rasa ni adalah Malaysia Best Blog 2015 pilihan hati iday. Hehehehe



Ada blog yang iday jadi silent reader & ada jugak blog yang iday aktif komen. Iday akan baca blog-blog ni jika diorang ada update cerita baru. Kadang-kadang iday tinggalkan komen, kadang-kadang iday share. Hehehehe



Jom tengok list 26 Malaysia Best Blog 2015 :

1. Average Jane - haniehidayah.blogspot.com

Percaya tak kalau iday cakap iday dah khatam blog Hanie 3 kali. Hahahaha. Serius iday suka baca blog hanie sebab gaya penulisan santai serta banyak benda baru yang Hanie share especially kisah travel Hanie. Iday baca blog Hanie dari zaman single sampai zaman kahwin. Hehehe

>> Link Blog/Website


2. Maria Elena - peliks.blogspot.com

Iday rasa semua orang taw blog Maria Elena, dia start popular masa dia buat video hijab tutorial yang sempoi habis tu. Lepas tu, terus follow blog dia. Then terkejut sebab dia kahwin dengan abang Fatin Liyana, blogger cantik.



3. Namee Roslan - nameeroslan.blogspot.com

Iday suka baca blog namee sebab gaya tulis namee seronok dibaca, dia tahu apa pembaca suka. Namee pandai pakai title blogpost yang menarik, buat orang tertarik nak baca blog Namee. Dulu jadi pembaca senyap-senyap, bila jumpa tetiba rapat sebab namee buat orang selesa dengan dia. Blogger cantik tapi sempoi.



4. Hasrul Hassan - hasrulhassan.com

Kalau nak tahu tips blogger, tip seo memang blog ni la paling best. Blogger yang tak kedekut ilmu. Lagi satu info-info terbaru cepat je publish dekat Hasrul Hassan. Dia terer naikan keyword position untuk blog dia. Blogger baru boleh tengok blog Hasrul Hassan kalau nak tahu lebih banyak tentang blog dan SEO.



5. RedMummy - redmummy.com

Dulu masa mula-mula tahu pasal redmummy, banyak benda buruk yang orang cakap pasal red mummy, dekat blog la semua. Cakap redmummy sombong la , diva la. tapi bila jumpa masa buat 1 campaign sama-sama under nuffnang, seronok sembang. Lagi-lagi dia banyak sembang dengan Islam. Ingat masa Nuffnang raya, Kak Red tanya Islam, mana girlfriend? Padahal kita kat sebelah. Hahahaha



6. Mohd Fakhrul Islam - akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Haruslah blog suami jadi list Malaysia Best Blog 2015 di hatiku. Haha. Iday suka blog islam sebab blog penuh gambar and gambar cantik. PUJI SUAMI. hahaha Tapi mamat ni jarang sangat update blog dia. ish!



7. Adlil Rajiah - saatakukaupilih.blogspot.com

Iday suka cara Adlil menulis, memang sampai kat hati. Kadang-kadang orang cakap the best post or blog post yang cantik kalau ada banyak gambar. Tapi kalau Adlil ada certain post, yang dia tulis panjang dengan gambar seketul dua je tapi ramai suka baca. artikel yang ada soul orang cakap. Hehehe lagipon Adlil pon ada share banyak tentang parenting.



8. Ayue Idris - mii-and-himm.blogspot.com

Mana boleh tak letak makcik ni dalam list, nanti dia xnak ajak kita pergi event dah. Hehehe ni kawan blogger yang selalu jugak lepak sama-sama. kawan blogger yang aktif sembang kat Whatsapp. Hehehehe kawan blogger yang tak sombong. Orang cakap, bukan sekadar mesra kat sosial media, tapi mesra depan-depan jugak. Hehehehe penat eh, angkat bakul si Ayu ni. Hahahaha



9. Mek Onie - letopkeypad.blogspot.com

Eh, rindu pulak kat dia ni. Ida pon suka baca blog mek onie ni, macam-macam la dia cerita. Kelakar pon ada dengan ayat sempoi. Pernah featured dekat Nuffnang Friday and menang contest untuk blog post terbaik. Orang kecil, tapi berjiwa besar. :)



10. BBL - BudakBandungLaici.blogspot.com

Ni antara blogger laki yang pernah aku jumpa,sembang and lepak. Paling gigih & paling bersungguh kalau buat task or advertorial post. BBL juga banyak post tentang drama-drama kat Malaysia ni, kalau sesiapa terlepas tengok drama-drama melayu best, boleh usha blog BBL.



11. Alvynna Joanna - www.missalvy.com

Iday suka baca blog Alvynna, sebab gambar cantik and cara dia buat review or tulis something tarik minat pembaca. Hari tu pernah sekali ter buka blog dia, then terscroll terklik semua artikel dia yang lama-lama. Hahahaha. Then, Alvynna ada buat video #ootd yang dia pakai. Kreatif sangat, n dia cantik. Hehehe :)

>> Link Blog/Website

12. Sabby Prue - sabbyprue.blogspot.com

Blogger comel, iday kenal sabby dari campaign Perl Xlim, suka tengok cara penampilan sabby selain dari make up cantik. Sabby tunang pon, makeup sendiri. Iday rasa kalau bab-bab review beauty product ni boleh bagi kat Sabby, memang power. Dia akan explain detail tentang product and ada testimonial jujur. Buat orang tertarik nak beli product tu.

>> Link Blog/Website

13. Budak Vanilla - budaksukavanilla.blogspot.com

Biasanya, first sekali kita masuk blog, kita akan tengok template. Ida suka betul template blog Budak Vanilla , plain, simple tapi cantik. Iday pon selalu ikut update blog Budak Vanilla sebab gaya tulis dia best. Tu yang campak dia dekat Favorite Blogger List #1. Hahaha

14. Nadratul Syazwana - nad-lifeisfun.blogspot.com
First time jupa nad masa event mamee. Partner jalan-jalan masa event tu. Nad ni comel la. Heheheeh. Nad rajin update blog. Genre blog dia, dia update semua. Dari movie review,event sampai product review. Blogger muda ni, Cantik tapi tak available. eh hehe :p

>> Link Blog/Website


15. Broframestone - broframestone.com

Sesiapa tak kenal Bro kan, Bro banyak bantu blogger, invite pergi event, invite pergi tengok movie, mesra. Tak lokek dengan senyuman. Ni antara blogger senior yang tak lokek ilmu. Iday suka lepak blog Bro sebab tak sarat. Blog simple dan kemas. Bro pon pernah komen pasal blog iday, dia cakap cepat2 pakai domain. heeheh. Insya Allah Bro :)

>>Link Blog/Website

16. Faridah Nor - perempuanjomblo.blogspot.com

Iday jadi silent reader kat blog ni. tak pernah tinggal jejak komen. Iday cuma boleh cakap dia manusia tabah dan dia menulis dari hati. Cara dia tulis, macam ilmiah or nasihat.  Anak-anak dia comel! Hehehe.

>>Link Blog/Website

17. Blog Coklateyes by Innanie - www.coklateyes.my

Innanie, blog cantik simple. Gaya tulis mantap. Kalau ada gambar, gambar cantik. Selalu main komen-komen dengan dia kat Instagram . Tak pernah berdepan & sembang. Hehehe Insya Allah, ada jodoh jumpa. 

>>Link Blog/Website

18. Syahira  Zakaria - www.stylebysya.com

Aku rasa aku ni suka baca blog yang jenis simple2. Sama la macam blog Syahira. Syahira gunakan bahasa English sebagai bahasa dalam blog dia. Sekarang Syahira banyak update tentang wedding dia. Serius sesuai untuk orang yang plan nak kahwin sebab ada tip2 and idea untuk korang punya wedding nanti. Dan Syahira ni jenis hijabista, ada tutorial tudung then banyak travel. Entry travel dia best dengan gambar cantik :)


19. Sue - susuegoodday.blogspot.com

Aduh, macam banyak pulak Malaysia Best Blog 2015 dihati iday ni. Hahaha. sebab aku rasa blog-blog ni semua bagus especially blog sue. Blog yang penuh gambar ni selalu jadi tarikan especially kalau gambar cantik meletop. gituuuuu. Sekali lepak blog sue, mesti jadi lama sebab usha entry lama-lama. Hahaha

>>Link Blog/Website

20. Obsesiku - fanacheksaat.blogspot.com

Blog Fana! mana boleh tinggal. Blogger cantik manis. Fana selalu update blog dengan pelbagai informasi dengan product review,event review dan news. Kenal fana masa perl xlim, pastu fana ajak pergi avon beauty & movie dengan broframestone. Thanks Fana. 



21. Johan Danial - www.microscopasia.com

Hi Johan Danial! Ida suka follow blog danial especially kalau nak taw tempat makan best or tempat lepak best kat Malaysia. Kawan blogger masa kerja lama. Then Johan bawak iday makan makanan vietnam halal. Best gile! Lain kali kalau ada tempat best bawak lagi. Johan pandai masak, terer masak. Dia pon ada share resepi dalam blog dia.

>>Link Blog/Website

22. Khairul Izwan - kairulizwan.com

Sama la macam Johan Danial, kenal masa company lama. Kalau nak taw, banyak-banyak blog travel kat Malaysia ni. Ramai mana yang dwibahasa kan entry blog dia? Tengok blog khairul Izwan ni, ada malay & english. Haha. Gigih betul. Diorang berdua ni menulis sebab passion. semua tempat yang diorang pergi memang sendiri nak pergi dan buat review. Lain kali ajak! hahaha

>>Link Blog/Website

23. Nadia Farahida - www.nadiafarahida.com

Nadia, kawan 1 sekolah dulu. Dia ni kalau kita kenal depan-depan memang bercakap je. ada je topik yang dia nak cerita. So, bila dia start blog. dia akan cerita apa yang jadi dalam hidup dia. dari cerita pasal resepi then cerita pasal dia travel. Dia kawen dengan shafiq 4 tahun then baru dapat si comel bunga. Hehehe Macam-macam cerita dalam blog Nadia.

>>Link Blog/Website

24. Ruby - ruby.com

Tak pernah jumpa ruby depan-depan, tapi selalu singgah baca blog ruby. Orangnya asyik dengan senyuman manis. Blog dia simple, tapi padat. Ni antara blogger yang banyak join event dan banyak kali jadi jemputan media. Rasanya semua blogger kenal kak Ruby. Blog kak ruby banyak pasal perenting dan lifestyle.

>>Link Blog/Website


25. Shea Rasol - www.myamethyst-shea.com

Siapa yang followe shea punya blog or instagram mesti tertanya-tanya, siapalah photographer Shea sebab gambar dia semua cantik-cantik. Iday suka tengok Shea punya style, memang sesuai sangat tittle Hijabista dekat Shea. Baju -baju yang dia pakai semua cantik dan ida suka gaya tudung shea. Shea juga ada share tentang tempat-tempat menarik bila dia travel.

>>Link Blog/Website

26. Oh Duit 

Oh Duit adalah penganjur contest SEO ini. Penulis Oh Duit adalah Khirol Hazwan dan mula berblog sejak tahun 2009. Pelbagai info boleh didapati di blog Oh Duit. Kalau korang nak check article dalam blog Oh Duit, boleh check Site Map. Iday macam biasa suka blog yang simple tapi menarik macam blog Oh Duit. Tak sarat dengan iklan . Hehehe :)

>>Link Blog/Website

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Actually artikel ni ditulis untuk jadi peserta contest SEO Malaysia Best Blog 2015 anjuran blog Oh Duit. Iday join sekadar suka-suka, lagi pon seronok dapat senaraikan blog yang iday rasa terbaik pada pandangan iday. 


Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.





So, jom kita meriahkan Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ni! :)


You can follow me here :


20 Top Online Shopping Website in Malaysia 2015

Friday, January 16, 2015



Sekarang semua benda di hujung jari katanya, nak shopping groceries pon order online. So, terdapat banyak online shopping website dekat Malaysia ni. Banyak pilihan, so banyak la shoppingnya. Lagi dengan pasaran yang tak menentu sekarang, harga di online site jauh lagi murah. Hehehe :p


So, iday just nak listkan top online shopping website in Malaysia untuk tahun 2015. List ni berpandukan Alexa Rank dan Similarweb. Ranking ni mungkin akan berubah, ini adalah ranking semasa bulan January 2015. kan berubah, jangan cakap aku menipu pulak. hehehe




Jom kita start, drum roll please....... Hahahaha :p



Easy.my : Fashion, Health & Beauty, Baby stuff, Digital Electronic, Groceries, Flower, Gift Home & Living, Hobbies, Sports & Entertainment 




Hishop.my : Malaysia's Online Beauty, Skin Care & Cosmetics Store 



Zawara.com : Fashion Online Shopping Malaysia, Hijab, Tudung


Fashionvalet.com : Online Fashion Store especially from Asian's designer


Sallyfashion.com.my : Malaysia Online fashion boutique


Lamido.com.my : Malaysia online marketplace, Fashion,Watches, Jewelry, Health & Beauty, Baby & Kids, Mobile Tablet, Computer, Camera, Home & Living, and etc.


Nile.com.my : Malaysia Most affordable Online Shopping Apparel, Bags, Shoes, Sports, Books, sleeve, men women series,blouse, accessories and More.



Poplook.com : Malaysia Online Shopping, Baju kurung, Hijab, Muslimah dresses.



Youbeli.com :  Easy online shopping from Fashion, Beauty, Games, Gadgets, Grocery, Books to Hobbies


Superbuy.my : Fashion,Watches, Jewelry, Health & Beauty, Baby & Kids, Mobile Tablet, Computer, Camera, Home & Living, and etc.


Ipmart.com.my : Mobile phone, tablets, laptop, pc, desktop , accessories and more.



Mysale.my : Affordable designer shopping.



Qoo10.my : Global Fashion, trending, online fashion items.

















Ni semua data dari Alexa Rank, Similarweb (not accurate) & Facebook hari Khamis, 15th January 2015. Hehe. Sebab data mesti berubah kan. So, sesiapa kaki shopping, boleh check each website ni. Hehehe 


So, yang mana online shopping website yang selalu korang visit dan beli? boleh tinggalkan komen :) 


p/s: kalau ada online shopping tertinggal boleh komen. Hehehe


You can follow me here :


Pengalaman Suami Kahwin Lagi Satu

Thursday, January 15, 2015



Serius, aku tak sangka sebenarnya aku boleh kena macam ni. Sakit hati tu macam real & buat aku kagum pada mereka yang berkongsi kasih sayang sang suami. Kental betul hati diorang, sedangkan aku mimpi pon dah meraung-raung menangis. 

Iday : B, sampai hati awak. HUHUHUHU


Islam : Mimpi je la baby, janganla amik serius. dah2 nangis. 


Hahahaha, drama pagi-pagi. 


Mimpi tu memang macam real, dari mula Islam cakap nak kahwin lagi satu, then aku izinkan. Aku pon tak taw kenapa tetiba dalam mimpi tu jadi baik macam tu. Lepas tu aku tengok diorang akad nikah, malam pertama diorang aku nangis-nangis dekat rumah. 

and yes, madu aku tu gedik. 

tapi Islam tetap sayang aku lebih, gituuuu mimpi dia. 

dalam mimpi aku tu, siap ada part aku menangis sorang-sorang dalam bilik. Meraung atas sejadah. Aku nangis and macam tertanya-tanya kenapa Islam sampai hati duakan aku camtu. Teruk aku nangis dalam mimpi tu. Perit tu memang macam real sangat. 

Sakit hati bila kau nampak kemesraan kau punya husband dengan perempuan lain. Serius mimpi macam real. 

Depan Islam, aku buat-buat happy, aku buat-buat kuat, aku buat-buat aku terima apa yang Islam buat kat aku. 

Aku pon lupa time bila aku sedar dari mimpi tu, tapi aku tengok sebelah. Islam tengah main COC. Masa tu aku rasa lega sangat, sebab aku sedar tu mimpi. 

Lepas tu nangis-nangis, penat Islam nak pujuk. padahal mimpi je. 


tapi sebenarnya aku rasa mimpi ni bagus sebab buat aku sedar & usaha untuk jaga rumah tangga kitorang ni. siapa tak sayang suami cik kak oi. 

Aku pon ada mention dalam artikel sebelum ni, tanggapan salah suami/isteri lepas kahwin. Hidup kau akan berubah selepas kahwin, apa yang kau buat sepanjang hari-hari sebagai suami/isteri ni bagi kesan pada perkahwinan korang. 

Aku ada baca 1 tips dari Datuk Siti Nur Bahyah,

Kunci kebahagian rumah tangga yang sebenar adalah dekatkan diri dengan Allah. Sentiasa doa dekat Dia supaya rumah tangga kita terjaga. Ada satu potongan ayat tu boleh kita amalkan dalam doa/solat iaitu surah al-imran ayat 31. 

p/s : sekali lagu aku kagum pada mereka yang hidup bermadu, tapi takpe banyak ganjaran besar yang Allah janjikan untuk mereka. 





You can follow me here :


LG Pocket Photo Printer Review

Tuesday, January 13, 2015

Hi, kali ni iday nak buat review tentang 1 gadget , sesuai untuk sesiapa yang suka instant photo. Iday memang dari dulu suka gambar-gambar macam ni supaya iday boleh tampal-tampal dekat dinding, wall decoration gitu. Hehehe

Korang mesti pernah tahu tentang instant camera macam fujifilm semua tu kan. Iday pulak tak suka camera jenis camtu sebab dia macam try & error punya product. Maksudnya kau snap gambar, kalau gambar tu buruk , so dah bazir 1 paper. Hahaha

So, iday suka LG Pocket Photo Printer sebab korang boleh edit and print instant photo bila-bila masa korang nak. Then just amik gambar melalui phone and install app LG Pocket Photo then print. Simple as that. 

Contohnya masa pergi Melaka hari tu, iday tanya islam :

Iday : B, nak bawa tak LG Pocket Photo Printer ni?

Islam : Buat apa, balik Melaka nanti la print. 

Iday : Aah kan, heheheheeh

So, tak perlu nak beratkan bag, bawa gadget tu, tinggal je dekat rumah, then balik dari tempat bercuti baru gigih print. Hehehehe Tapi sebenarnya, LG Pocket Photo ni bukan berat dan besar, kecil dan ringan je. Macam besar power bank. 

Okay, meh nak explain sikit tentang produk ni. 


You can follow me here :


Jonker 88 - Short Trip Melaka

Monday, January 12, 2015
Iday baru nak start story about our short getaway kat Melaka tahun lepas. Hehehe. Actually iday and kawan-kawan pergi bulan 12 and kitorang like last minit punya plan. Check teaser kat sini : Malacca Trip


Betul orang cakap, biasanya yang last minute ni selalu jadi. Hehehehe




So, one of the places yang kitorang sempat singgah adalah Jonker 88 dekat Jonker Street tu. Before ni iday pernah pergi Jonker 88 tetapi sebab queue terlalu panjang so, ida cancel. Kali ni pulak, masih lagi queue panjang, tetapi gigih juga nak rasa apa yang best sangat dekat Jonker 88 ni, so kitorang beratur.




Tips 1 : Pastikan bawa air mineral. sebab dalam kedai tu panas sikit sebab ramai orang. & bila dah dapat makan, lagi-lagi masakan curry ni, sure perlukan air mineral. hehehehe

Walaupon ramai orang and penat beratur, kitorang sempat layan ais krim batang depan kedai. heheehe





Jonker 88 dekat Jonker Street Melaka ni terkenal dengan Cendol Gula Melaka, Asam Laksa & Baba Laksa. Sesiapa yang memang suka makan cendol kena try cendol kat sini. No wonder la pengunjung nonstop. Memang sedap! :)


Iday order Baba Laksa  Kahwin Nyonya Asam Laksa & Cendol. Baba Laksa Kahwin Nyonya Asam Laksa hanya RM5 and potion besar. Memang puas hati. Konsep kedai ni layan diri and korang kena grab meja cepat-cepat. Mata kena melilau la tengok customer lain yang macam nak abis makan. hehehehe 







Tips 2 : Awal-awal kena decide nak makan apa, ada je menu tu dekat dinding & berhampiran kaunter. Supaya tak lambat masa nak order tu. 

Sepanjang beratur tu, ape je boleh buat? Amik gambar la. Hahahaha. Oh Jonker 88 ni dah macam muzium sebab setiap sudut and dinding kedai tu ada frame duit syiling lama, kenyataan akhbar lama. 




Fadhli and Ameen jaga meja, so kitorang just tolong ambil order diorang sekali. Iday pulak tengah hafal menu nak makan. Hahaha

Iday tengok pekerja kedai tu buat kerja cepat. Kagum sebab entah bila diorang rehat sebab start buka sama tutup tak putus-putus customer datang








Masing-masing dah order, terus lepak meja makan. Time ni, bila dah dapat terus makan sebab best kalau makan panas-panas. Disebabkan kitorang 9 orang dan terpaksa share meja yang muat-muat je, so kena makan cendol dulu then baru makan asam laksa. Hahaha

Iday suka betul cendol gula melaka, sebab dia tak terlalu manis dan berlemak dengan santan. 1 mangkuk memang tak cukup. Hahaha




Tips 3 : Plan bersama kawan-kawan untuk order different Laksa, so, masing2 boleh rasa pelbagai jenis laksa. Iday selalu amalkan makan macam ni dengan Islam. Tak nak order benda sama. Hehehehe




Kalau nak datang Jonker 88, better datang weekdays, kalau tak memang ramai gila manusia. Hahaha, then korang takleh makan lepak sangat sebab siap ada yang beratur tunggu meja. Huhuhu. 

Tapi, cendol and Baba Laksa Kahwin Nyonya Asam Laksa dia memang terbaik!! Hehehe 

Makanan best, teman makan best , kita bagi 9 bintang . 1 bintang kurang sebab tempat kecik and ramai gila orang. Hahahaha

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jonker 88
No. 88, Jalan Hang Jebat, 
75200, Melaka,Malaysia
Operating Hours: 
12:00PM - 6:00PM (Weekdays),
12:00PM - 8:00PM (Weekends)




p/s : jom join blogger contest, hadiah sehingga RM1350. Boleh klik link ni : Jom Aktifkan Mykad


Blog Archive

My Blog List