Enter your keyword


Subscribe To My Youtube Channel



Bila empat hari lambat datang bulan/period

Thursday, April 30, 2015
eh, ini pon nak cerita?

Sebenarnya kalau korang nak tahu lambat datang period or datang bulan ni memang jadi isu besar untuk diorang yang baru kahwin atau masih belum mempunyai rezeki anak. Iday pula baru je kahwin(baru la sangat) and tidak merancang. So, kalau ada rezeki baby tu, alhamdulillah. Hehehehe

credit : google

credit : Google

So, iday pakai apps OvuView untuk pantau iday punya datang bulan, boleh mark hari yang iday ehem-ehem so boleh track betul-betul kalau dapat baby nanti. Contohnya macam doktor cakap dah pregnant 3 minggu, check jadual rupanya time tu dekat London. Oh anak mat saleh rupanya anak aku ni. Hahahaha berangan. 

Dari app ni juga, iday tahu exactly tarikh iday datang bulan sebab dia memang akan mark bila expected date kita datang bulan. So, start dari kahwin iday pakai app ni sampailah sekarang, memang ngam-ngam tarikh datang bulan sama dengan app tu. Hehehehe nak check waktu subur pon boleh, kalau yang betul-betul nak baby.


Boleh check sini untuk tahu kenapa lambat datang period and tanda-tanda pregnancy





Nak dijadikan cerita, bila hari datang bulan yang dijangka, sepatutnya ada la tanda-tanda datang bulan macam emosi terlebih, cirit birit tapi takde. So, iday macam fikir, eh takkan pregnant kot. Hahahaha 

So, bila tiba hari yang sepatutnya iday datang bulan, tak jugak datang. Terus cakap kat Islam.



"eh b, saya tak period ni"

"awak pregnant ke, wahhhh dapat baby" then pegang-pegang perut. 

"eh awal lagi la, baru sehari"

So, nampak la Islam punya excited bila aku lambat datang bulan. 

Maka bermula la hari-hari aku pantang. Hahahahahaha pantang ape?

Pantang makan nenas, minum nescafee. For those yang tak taw, iday addicted to caffeine. 1 hari tak minum, memang rasa incomplete. gituuuu. Hahahaha

Hari kedua belum datang lagi, awal-awal pagi islam dah tanya "period tak? ada baby ke? jom gi beli pregnancy test" . Hahaha kelakar wei ingat balik. Baru lambat sehari dah macam ni. 

Then aku pergi kerja, balik kerja Islam tanya lagi "period tak? ada baby ke? jom gi beli pregnancy test" . Aku cakap la dekat Islam, yang bagus check lepas 2 minggu (ni apa aku baca) . 

Boleh katakan tiap-tiap masa dekat rumah, Islam dok pegang perut aku. Then plan nama semua. Nama yang aku selalu nak memang dah ada lama sejak dulu lagi. Islam panggil-panggil guna nama yang kitorang nak tu. Hahaha

Masuk hari ketiga, aku tak minum nescafee. Haha serius wey, geram je nak capai nescafee and buat. Siap rasa sikit air nescafee Islam punya. Konon-konon taknak effect baby. Hahaha Dia tanya lagi "period tak? ada baby ke? jom gi beli pregnancy test, hari ketiga dah ni, biasa tak lambat macam ni" 

Hari keempat tu aku pon dah start tanda-tanda datang bulan, aku siap-siap cakap kat Islam.

"B, saya rasa saya nak datang bulan, sorry taw"

"Oh, takde baby la, okay-okay, huhuhu"

Kesian dia, tapi dia punya beria, memang aku risau. aku lambat sehari dia cakap nak call mak dia. Aku cakap belum lagi, awal lagi. Then aku saja-saja check whatsapp dia, ada juga whatsaap yang dia tanya kawan dia, "macam mana nak tahu bini aku mengandung?"

Oh well, 4 hari tak datang bulan/period rasa macam panjang . Nervous and takut pon ada. Kitorang risau takut tak prepare for that. Tapi bila fikir balik, 9 bulan tempoh lama, kau boleh prepare sepanjang tempoh tu. 


So, aku and Islam memang tak merancang, kalau dapat Alhamdulillah, dapat housemate baru. Hahahaha Sewa rumah bayar sama rata ye! Hahaha


Sekian, 

Ali, besar nanti baca ye blogpost ni, tengok abah hang excited. Hahahaha


New Pizza Hut Signature Series 2015 | Chef Nik Michael & Nad Zainal

Wednesday, April 29, 2015

Siapa suka makan Pizza Hut? 

Pizza Hut ni antara fast food yang digemari oleh rakyat Malaysia, buktinya kat mana-mana ada outlet Pizza Hut. Islam suka sangat makan Pizza, tapi iday pulak kurang makan Pizza. So everytime nak keluar, terpaksa la Islam tapau kalau dia teringin sangat. 

Tapi, bila iday dapat tahu tentang new pizza signature series, which is Pizza dia lagi rangup dan kerak nipis, iday nak try. Sebab, before ni iday kurang makan Pizza sebab cepat muak dengan roti. Iday pon join event Pizza Hut Signature Series bersama Chef Nik Michael dan Nad Zainal. 




Oh, sebenarnya menu baru Pizza Hut Signature Series ni ada sentuhan resepi dari Chef Nik Michael. Jangan main-main taw. Hehehehe Paling best setiap hidangan hanyalah RM12! Cuba bayang kalau 4 orang makan, sorang spend duit RM3 pon dah kenyang. Hehehe Memang kena sangat dengan Pizza Signature Series punya tagline "Untuk Kualiti Hebat, Dengan Harga Jimat" . 

Jom kita tengok 5 jenis new Pizza Signature Series dari Pizza Hut ni and korang boleh try makan nanti. Hehehe Bentuk setiap pizza ni adalah segi empat dan mempunyai gabungan keju Cheddar, prpvolone dan mozarella. Sedapnya!!!

Bites Cafe Food Review | Lake Field, Sungai Besi

Friday, April 24, 2015

bites cafe sungai besi

Hai Food Lover! 

Ceria sangat ni sebab hari ni hari Jumaat. Hahaha

Okay, sebenarnya iday nak share satu lagi tempat makan best di Kuala Lumpur, area Sungai Besi. Tempat ini basically hidangkan makanan "All-day Breakfast" . Sesuai untuk mereka yang selalu bangun lambat (ish ish ishh) dan tak sempat nak Breakfast sebab dari kedai ni buka sampai la tutup, diorang still serve hidangan breakfast. Sedap okay!  

Sekali sekala, ajak suami/bf dating breakfast kat sini pon okay juga. Hehehehe




Nama cafe ni sebenaranya Bites Cafe dan terletak di Lake Field Sungai Besi. Dekat sangat dengan rumah iday (Bukit Jalil). Harga makanan kat sini reasonable and potion besar. Iday makan satu hidangan pon dah kenyang, siap bawa balik tapau. Hahaha Iday paling suka mushroom sos dia. SEDAP!!! 

Okay, jom iday share, apa yang best dekat sini. So, next time korang boleh order. Iday ada include harga makanan sekali taw :)

EnerZ Indoor Extreme Park USJ | Asia's First Indoor Extreme Park | GST Challenge

Wednesday, April 22, 2015

Korang pernah dengar EnerZ Extreme Park tak? Yang betul2 bersebelahan dengan Honda Service USJ, sebelah menyebelah dengan Kilang Mamee dekat subang tu. Tiba-tiba mengimbau kenangan masa pergi trip Mamee dulu, dari situ tunggu ramai-ramai then pergi Melaka. EH nak cerita pasal EnerZ la. Hahaha


Okay, sambung.


Kalau korang nak tahu, EnerZ Extreme Park ni adalah first indoor extreme park and sport arena. Gila besar taw tempat dia. 80 000 square feet okay! siap ada macam-macam jenis trampolines, sky ropes and gut builder. 


Kucing sayaiday | Ali

Tuesday, April 21, 2015

Ali, kucing iday paling bongsu. Rasanya la, sebab masa time baby dulu, dia paling kecil and paling selebet. Kesian dia. Hehehe 



Ali ni jenis macho dan pembersih. Bulu dia sangat lembut and cantik. Hitam putih. Hehehe Yang tak tahan, muka macam ada misai sebab corak bulu dia. Hehehe

Iday saja nak update tentang diorang, well blog iday ni bukan sekadar perkongsian semata-mata tetapi tempat iday tulis apa-apa yang penting dalam hidup iday, so that esok tua-tua, boleh bukak blog tengok. "Oh, macam ni rupa kucing aku dulu" Gituuuuu. Hahaha

Perangai ali paling comel adalah Ali ni pemalu orangnya. Kalau ada orang datang rumah, dia akan menyorok tapi still intai-intai. Lari-lari dari dapur ke bilik. Hahaha macam anak dara dah awak ni Ali oi. 

Hari tu mak abah and ami datang. Ali ni boleh duduk dalam bilik tapi main intai-intai. Comel sangat taw. Hehehe

Ni gambar-gambar Ali dalam Instagram iday (@sayaiday) guna hashtag #alisayaiday . Nampak kan perubahan dari baby sampai besar dah. Hehehehe 


Whatever There Was | New Video

Friday, April 17, 2015

Yeay, finally diorang upload the new video. Kalau korang dah lama baca blog iday, sure taw yang Hanie Hidayah is my most favourite blogger ever. I dont know why, but I just like her. 



So, Nazri, suami Hanie ni memang selalu buat video yang best amazing gile. Lain dari yang lain. Bukan video biasa okay. My favourite yang Chiang Mai punya trip. Biasa kan kalau tengok orang punya video, amik gambar tempat-tempat best. Tapi tak ramai yang buat video what kind of places yang korang stay, apa yang korang buat kat rumah tu. hehehe So Nazri buat something different la dekat video tu. Hehehe 

Ni video Chiang Mai Trip . Nak pergi sangat yang tree house tu. Dah usha Airbnb, harga okay , reasonable la. Soon maybe. Hehehe

Ingat Online Shopping Voucher & Coupon, Ingat iprice!

Thursday, April 16, 2015
Kalau shopping online, ada empat benda paling best iaitu diskaun, promotion, coupon dan voucher. Tapi leceh la kalau hari-hari nak kena check different website untuk dapatkan diskaun, promotion, coupon dan voucher kan? Nak kena buka Lazada, pastu buka Zalora, then buka Groupon, then buka macam-macam website shopping. Bertambah-tambah tab dekat browser tu.


Sebab tu iday nak kenalkan satu website yang selalu iday singgah kalau nak dapatkan voucher best dari Lazada, Zalora, Groupon and even AirAsia. Sebenarnya banyak lagi voucher online shopping website in Malaysia yang korang boleh check dekat iprice.my .


Sesuai dengan tagline diorang “Your One Stop Shopping Destination”, apa sahaja barang yang korang nak beli ada di website ni. Korang boleh buat comparison harga barang dari different website, boleh dapatkan harga diskaun untuk certain-certain item dan macam-macam kelebihan lagi yang dapat dari iprice.my .

Bagi iday, iprice banyak membantu korang untuk berbelanja dengan lebih bijak. Jadi iday nak senaraikan beberapa kelebihan jika korang shopping melalui iprice.

Baju Melayu Hipster?

Wednesday, April 15, 2015
Di social media, semua orang dah kecoh pasal baju melayu moden rekaan Zery Zamry yang diberi nama "Baju Melayu Hipster". Walaupon dikecam pelbagai pihak, Zery Zamry mengeluarkan kenyataan berikut : 

"Baju kurung pun baju tradisonal tetapi adanya baju kurung moden. Kenapa nak kecohkan baju Melayu yang sememangnya menutup aurat?" - Zery Zamry


Nak tengok macam mana hipsternya baju melayu tu?




Yana samsudin pon ada share gambar ni dekat Facebook Page dia, siap ada yang tak puas hati komen kemudian dibalas oleh Yana Samsudin. 



9 Khidmat Photobooth yang ada di Malaysia | Tips Photobooth

Monday, April 13, 2015
Artikel ini dibuat khas untuk pembaca yang selalu singgah di blog iday menggunakan keyword carian “photobooth kahwin” “photo booth kawin” “photobooth perkahwinan”. Ramai jugak singgah di artikel iday, artikel khas untuk diorang yang DIY sendiri photobootbooth masa hari perkahwinan nanti:




Ramai yang sedang plan kahwin tetapi masih mencari khidmat photobooth yang terbaik. Sebenarnya dekat Malaysia ni dah ramai yang buat khidmat Photobooth. Siap dengan prop, backdrop semua. Para jemputan just hadir then amik gambar, boleh lekat dalam guestbook dan disimpan sebagai kenangan.


So, iday akan listkan 9 service Photobooth yang ada di Malaysia dan pernah digunakan oleh brand-brand besar. Jangan risau, harga package adalah berpatutan dengan service yang ditawarkan. 

Rakshee | Bakso RM1.90 | The Strand Kota Damansara

Thursday, April 09, 2015
Siapa suka makan Bakso? 

Mana tempat makan Bakso dekat Malaysia or dekat Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya? Mana tempat makan Bakso yang betul-betul Rakshee? Eh. Rakshee? Okay, sebenarnya Rakshee yang dimaksudkan kat sini adalah best gile, havoc and gempak. Contoh ayat :

"Korang pergi konsert Siti semalam? Raksheee gile"

Sudah. Belajar buat ayat pulak. Hahahaha


Sebenarnya ada 1 kedai yang jual Bakso best dekat The Strand Damansara iaitu Rakshee. Dan harga setiap mangkuk Rakshee adalah RM1.90. Eh, murahnya! Konsep dia lebih kurang macam Boat Noodle dan Big Spoon, which korang boleh makan banyak-banyak. susun la mangkuk tu bertingkat-tingkat. 

See You Again Lyric Video| Fast & Furious 7 OST (Paul Walker Tribute)

Sunday, April 05, 2015

Siapa dah tengok Fast and Furious 7? and siapa yang tengok sebab nak tengok Paul Walker? Iday la salah sorang yang tengok Fast Furious 7 sebab nak tengok macam mana ending Fast Furious 7, sama ada diorang matikan watak Brian or tak. Sedih sebab follow cerita ni dari first lagi. :(

So, semalam iday tengok, and i love the ending. serius kalau hati tak kental, mengalir air mata macho. Hahaha iday almost nangis, sakit jugak hidung menahan air mata dari keluar. Hahahahahaha malu takut orang nampak :p

Iday suka lagi yang last scene tu. scene yang diorang buat khas untuk Paul Walker. sedih :(

Boleh usha video and lirik iday ada letak bawah video. sayu sangat lirik, memang khas untuk Paul Walker. 

Kronologi Kes Pergaduhan | Pemilik Myvi & Pemandu Teksi

Thursday, April 02, 2015
Iday rasa, banyak-banyak kes viral video, yang ni paling menarik. Salah satu sebab adalah banyak cerita berbeza dari kedua-dua pihak. Tambahan lagi dengan pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang kononya terkesan dengan kejadian tu. Hehehehe sampai kutuk2 dekat twitter, facebook and mana-mana social media. 




Biasalah, orang kurang pandai ni, bila tengok video, terus share walaupon tak tahu hujung pangkal cerita. Iday nak cerita kronologi cerita ni dari awal sampai la keluarga pemandu buat sidang media tentang kes ni. 

Balik Kampung Terengganu

Wednesday, April 01, 2015

Actually, ni first time iday bawak Islam pergi pantai dekat rumah Iday. Lepas majlis kahwin hari tu, tak sempat nak bawak dia mandi laut sebab kena pergi Perlis, hantar adik Cah. So, balik kampung hari tu, Islam la paling excited nak mandi laut. Hehehehe

Boat Noodle Berjaya Times Square | New Menu

Wednesday, April 01, 2015
Pernah makan di Boat Noodle? Korang taw tak, outlet Boat Noodle baru sahaja dibuka di Berjaya Time Square, istimewa untuk mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Yelah, lagi-lagi macam iday yang kerja dan tinggal di Kuala Lumpur, dekat je nak datang makan. Hehehe


boat noodle




Ini adalah kali ke-2 Iday makan di Boat Noodle, kali pertama iday makan dekat Publika. Gigih taw datang dari jauh (Bukit Jalil je pun) semata-mata nak cuba Boat Noodle dekat Publika. Hehehe Iday ada buat review dekat artikel ni : Boat Noodle Publika 

Lepas je taw, ada outlet baru Boat Noodle dibuka di Time Square, memang la happy, sebab dekat sangat dengan office. Yang bestnya, ada menu terbaru diperkenalkan di outlet baru ni.


boat noodle

Jom iday nak share sikit apa menu terbaru dekat Boat Noodle Time Square ni. So, korang bukan makan the main dishes je, korang boleh order makanan lain juga. Banyak pilihan untuk makan di Boat Noodle.


My Blog List