Enter your keyword




Girlfriend Aku Dari Neraka - Info & Sinopsis

Monday, May 25, 2015
Siapa dah tengok cerita ni?  

Note : Drama Girlfriend Aku Dari Neraka → http://www.sayaiday.com/2017/09/drama-girlfriend-aku-dari-neraka-2017.html



Serius kelakar, iday tengok lambat sikit sebab rumah takde Astro. Hahaha So tadi dah tengok online. Kelakar betul Sakinah ni. Sempoi je dia berlakon.




Sinopsis : Kisah Rudi(Aiman) seorang playboy yang sering bertukar girlfriend. Kemudian jatuh cinta dan menjalinkan hubungan dengan Tasha(Sharifah Sakinah). Tasha digelar "Girlfriend dari Neraka" kerana sikapnya yang membuat hidup Rudi huru-hara.

Jom tengok movie online di video bawah ni :







Serius best, okay la dari drama-drama adaptasi novel ni. Hehehe dan Sakinah comel sangat dalam movie ni. Iday tahu dia ada berlakon dalam lain-lain drama jugak, tapi yang ni iday paling suka, memang kena sangat dengan perangai gila-gila Sakinah. 

p/s : Ayda jebat pon ada dalam movie ni tapi sebagai kawan Rudi. 


Pernah dengar Cendol Tuang?

Monday, May 25, 2015
Secara jujurnya, sebelum ni iday tak pernah tahu tentang cendol tuang. Iday pernah dengar cendol bakar je. Hahahaha Iday actually plan nak makan kat LimaBlas sebab dekat hotel yang kitorang tengah review, sebelah-menyebelah je. Then, bila time order Cendol, lain dari cendol yang iday pernah makan sebelum ni, Cendol Tuang. Hahaha

Dulu iday pernah makan kat LimaBlas, masa tu belum kahwin dengan Islam. 



Pergi pon sebab nak rasa sendiri cendol dan asam pedas kat sana. Boleh check link bawah, review iday tentang LimaBlas ni.  Hahahaha Rupa-rupanya iday tak pernah buat review dalam blog ni. Islam pernah buat review dalam blog dia, boleh baca sini :



Naim Daniel | punya bakat berlakon dan nyanyian

Sunday, May 24, 2015
Eh, tiba-tiba cerita pasal Naim Daniel. Siapa dia ni? Nama anak ke? Hahaha

Sebenarnya dah lama nak cerita, tapi tak terluah-luah dekat blog ni haaa. Iday kenal Naim Daniel ni dari lakonan filem Cucu Betong dan Cuci. Dalam Cuci dia pegang watak Hans Isacc masa kecik. Dia sebenarnya dah berlakon sejak berumur 7 tahun. Nama sebenar dia Naim Daniel Baharin.


Naim Daniel - yang paling kanan


Then iday follow la Instagram Naim Daniel. Then iday pernah dengar Naim ni ada post cover dekat Instagram. Eh sedap la suara ida  Eh sedap la suara dia. Serius. Then bila makin besar makin nampak bakat lakonan dan nyanyian dia ni. 

Dulu bila dia post instagram lagu-lagu yang dia cover, iday suka la save sebab dia ni jenis suka delete balik. Hahaha 

Naim Daniel pernah cover lagu Si Katak by Mark Adam. Boleh dengar sendiri dekat video youtube bawah ni. Iday rasa dia ni boleh jadi penyanyi yang bagus. Serius sedap suara dia. 


Tapi kalau nak dengar cover-cover yang lain pon boleh check Naim Daniel punya Soundcloud.com dekat link ni : https://soundcloud.com/naimdaniel/

Instagram Naim Daniel : https://instagram.com/naimdanielx/






Mad Max : Fury Road | Movie Review

Friday, May 22, 2015
Another Movie Review! Yeay!

Hari tu iday dapat movie tiket free dari company, kitorang advertise dengan TGV, so dapat advertiser pass. Hehehehe Mula-mula ingat nak pakai tiket free tengok Pitch Perfect 2 buat kali ke-2, tapi bila tengok trailer Mad Max : Fury Road ni macam best pulak. 



Lagi-lagi bila dapat tahu Nicholas Hoult ada berlakon. Iday suka betul dia belakon, dia ni bagi iday version Johnny Depp ala moden, pandai bawa pelbagai watak. Hehehe

Trailer Mad Max : Fury Road >>



Sinopsis Mad Max : Fury Road >>

Cerita tentang Max (Tom Hardy) ditangkap oleh geng-geng Immortan Joe. Dijadikan bekalan darah untuk salah seorang pengikut Immortan Joe iaitu Nux (Nicholas Hoult). Tiba-tiba kecoh tentang Furiosa (Charlize Theron) dalam cubaan menyelamatkan semua isteri-isteri or pembiak kepada Immortan Joe, salah seorang darinya mengandung anak Immortan Joe. 

Nux ingin turut serta dalam operasi mendapatkan balik isteri-isteri Immortan Joe, walaupon masih lemah, dia tetap nekad dan membawa bekalan darahnya iaitu Max. 


Serius scary gila, kau angkut orang letak kat depan macam tu then kau fight2 dengan kereta lain, siap tembak2. Cuak giler. Bagi iday movie ni memang best. Mata ni dekat movie je, takde part bosan pon. Hahaha

Nicholas Hoult memang cool la. Suka giler tengok dia berlakon. Memang puas hati tengok movie ni. Korang boleh la tengok dekat wayang nanti ye. Hehehehe

Sekarang iday nak senaraikan watak-watak feveret iday. Heheheeh


Butik Pengatin + Baju Raya + Design untuk tubuh petite | Yaya Rosly

Thursday, May 21, 2015


Pernah dengar tentang designer comel, Yaya Rosly? Bukan calang-calang orang taw sebab ramai selebriti yang memilih Yaya Rosly untuk jadi designer mereka untuk cantik ketika majlis or event2 penting.  



Yaya Rosly bukan sahaja mengutamakan dress atau busana ke majlis , tetapi juga menawarkan perkhidmatan untuk design baju/busana pengantin terutama untuk mereka yang bertubuh kecil dan petite. 


Kisah Cinta Fadhilah dan Lelaki Korea Aiman

Wednesday, May 20, 2015
Wah wah wah, 

ramai yang jeles and adore dengan pasangan ni especially yang gila kpop. Hehehe Nasib baik aku dah kahwin and husband persis korea. Eh, Hahaha main-main je, Islam takde muka korea pon tapi muka pelembut hati beta. gituuu :p




Actually, cerita ni pon iday dapat dari twitter, viral betul. Jodoh dia dengan lelaki korea yang berwajah kacak. Macam mana diorang jumpa? Lama ke diorang bercinta? Actually diorang dah kahwin almost setahun. Lama tu, iday pon belum sampai setahun. nak jugakkkkk. Haha

Ni cerita iday copy dari blog Fadhilah, kalau copy kena credit. Hehehehe Nanti nak buat cerita jugak la, macam mana kenal Islam. hehehehe






Wanderlust | Solaris Mont Kiara @ Damansara

Monday, May 18, 2015
Update : Non-halal restaurant since March 2016



Isnin datang lagi!

Mood kerja mesti suam-suam suku je kan. Hehehe Okay, jom layan mood tu dengan tengok 1 lagi tempat makan best yang dah iday reveiw. Kali ni dekat Solaris Mont Kiara, Damansara iaitu Wanderlust cafe.

Wanderlust; Strong desire to travel.


Apa yang best tentang Wanderlust? UNIK, sebab every menu dan resepi yang diorang buat berlainan dengan mana-mana tempat makan yang iday pergi and review sebelum ini. They have their own recipes. Hehehehe


As usual, iday akan senaraikan antara makanan yang iday paling suka kat sini. Korang pon boleh try2 menu ni kalau korang berminat nak datang sini. Tempat best lepak bersama kawan-kawan or dating with your husband or keluar dinner bersama keluarga. Hehehe


Peserta Instagram Contest Block IG Sayaiday | Overacted?

Thursday, May 14, 2015
Pernah kena block ig oleh peserta contest lain? 




Hehehehe pengalaman paling kelakar sebab first time kena attack peserta contest yang overacted. Siap kawan dia pon datang komen tak puas hati kat Instagram. Kadang-kadang aku tak faham jenis budak-budak macam ni. Aku tak cari pasal dengan diorang, tapi diorang pula hegeh-hegeh nak cari pasal. Dapat modal tulis blog la. Hehehe

Sebenarnya, iday ada join 1 contest intagram ni and join sebab nak support kawan yang handle contest tu. 


Movie Review | Pitch Perfect 2 & My Most Favourite Scene [Full Review]

Thursday, May 14, 2015


Pitch Perfect 2 akan keluar 14th May nanti, tapi Iday bertuah sebab dapat tengok awal, so takde la berebut tiket bila tayangan nanti. Hehehe Sebenarnya tak sabar nak tengok, dari tahun lepas tunggu, ke 2 tahun lepas. Lupa lak. Hahaha 

So, iday tengok 8th May hari tu, awal seminggu. Iday dapat advance tiket sebab sign up dengan TGV Movie Club. Yeayy! Thanks TGV. Hehehe 




Pitch Perfect 2 is A-Ca-Mazing! Serius! Sebelum buat review ni, iday nak bagi amaran kepada mereka yang belum tengok lagi, jangan baca artikel ni sebab ni adalah full review. 

SPOIL ALERT!

Sepanjang movie iday gelak2. Serius kelakar. Movie kali ni lebih fokus pada diorang punya friendship and cita-cita Beca nak jadi producer music. Kalau korang tengok Pitch Perfect sebelum ni, mesti korang ingat Chloe takde dalam movie kali ni. Actually dia still ada sebab sengaja failed paper semata-mata sebab the Bellas. Oh diorang semua tengah senior year. 

3 tahun berturut-turut menang, akhirnya dijemput untuk buat persembahan pada hari birthday President Obama. Cuma yang tragedynya, something happened and Bellas tak boleh bertanding and diorang punya tour cancel diganti oleh Juara Acapella Europe. 

So, diorang kena buktikan diorang ni still hebat dengan join World Acapella Championship. Time ni la diorang jumpa Das Sound Machine and memang diorang gila power kot. Macam full of energy la. 

Ada jugak part Rip Off macam first movie. Best sebab lagi lama dari yang first. Siapa menang? Kena tengok. 

Then, Beca join intership so dia tak fokus sangat untuk acapella punya lagu. Bila diorang buat persembahan like opening/persediaan before World Acapella Championship, diorang macam mess gila, takde sepefahaman camtu. 

So macam mana nak menang? Siapa yang diorang jumpa untuk kembalikan semangat Bellas? Diorang menang ke? Hehehehe Kena tengok sendiri okay. Iday tak sampai hati lak nak bagitau ending macam mana. Bagi suprise sikit kat korang. Hehehe

Tapi, iday nak bagitau 5 part yang iday paling suka dalam Pitch Perfect 2! Drummm Rolllll! Hahaha


1.The moment Fat Amy buat wrecking ball punya dance, tergantung, almost jatuh and baju koyak, andddddd tunjuk #$%^* dekat President Obama. Hahaha Serius, jerit-jerit jugak la aku part ni. Hahahaha

2.Part Beca nyanyi lagu krismas song dengan Snoop Dogg, eh Snoop Dogg ada dalam movie ni? Hahahahaha Sebab anak Snoop Dogg peminat besar Pitch Perfect and senang diorang nak amik dia berlakon dalam movie ni. Tapi suara Snoop Dogg + Anna Kedrick memang best! hehehe

Klik sini nak dengar and download lagu tu : Anna Kendrick & Snoop Dogg - Winter Wonderland/Here Comes Santa Claus


3.Part diorang jumpa Aubrey!!! Oh my god, time ni excited sangat. Yelar, baru rasa diorang dah complete. Hehehe Aubrey ni kiranya nak bagi semangat kat the Bellas balik. 



4.Part the Bellas nyanyi lagu cup song. Sedih time ni sebab, diorang dah final year, then akan bawak haluan masing-masing. Masa dekat Campfire, Beca cakap yang dia takkan rindu masa diorang buat persembahan semua, tapi rindu diorang punya perangai pelik2. Hehehe then Chloe start nyanyi Cup Song :'( .



5.Semua part persembahan Das Sound Machine, giler penuh energy diorang punya persembahan. Memang terbaik la, sampai meremang bulu roma. Hahaha Watak jahat ketua Das Sound Machine ni kelakar. Hehehe





6.Riff Off! Hehehehe Iday rasa semua orang suka part ni, dari Pitch Perfect yang first lagi. cuma konsep dia lain sikit. Hahaha Fat Amy kelakar giler time ni. Lagi-lagi part dia rap tu. Hehehe Siapa yang menang? Kena check la. Hehehe



7."I don't want your butt confidence!!" Hahaha Fat Amy ni comel taw, dia nak pujuk Beca yang tengah sedih, then macam bagi confidence dari badan. konon2 gosok and sapu dekat Beca. Hahaha Last-last dia bagi Butt Confidence. Hahahahaha



8.Masa finale championship tu, diorang nyanyi lagu Flashlight. Serius best. Iday nangis part ni. Hahahahaha Kalau kat youtube takde lagi yang full. Tapi iday ada yang 15 second.


Iday suka bila ramai-ramai nyanyi lagu ni sama-sama dengan The Bellas. Kalau korang nak taw, part yang worlwide championship tu, almost 3000 orang volunteer datang nak jadi konon2 penonton la. siap datang dari New Zealand semata-mata nak tengok diorang perform. 

Overall, memang best la movie. tak sia-sia tunggu. Hehehehehe

Bawah ni iday nak share video Pitch Perfect Music Video -nyanyian Acapella pelakon and peminat2 Pitch Perfect. Ni Pitch Perfect yang first. Best gileeee. Hope Mike Tompkin akan buat untuk Pitch Perfect 2. :)



Enjoy the movie guys! Iday pon nak tengok buat kali ke 2 :)

p/s : Semua GIF iday buat kecuali yang first. Hehehe


Sayaiday Featured @ Dove Malaysia Facebook Cover/Website

Tuesday, May 12, 2015
Hahahaha Gelak dulu :p

Actually kisahnya, ada kawan 1 universiti share dekat Facebook/Instagram, dia cakap gambar iday ada dalam website Dove. Masa mula-mula iday biasa je sebab before ni pernah join Dove untuk sesi shoot video testimoni shampoo terbaru diorang.  


Tapi, bila tengok, await bulat bebenor muka aku ni??? Hahahaha So, iday pergi check la website diorang . 


Hahahaha Sepampang besar muka aku. Oh, kalau korang nak free simple boleh klik link bawah ni :

http://www.dovehair.com.my/hairfallrescue/

Okay, sambung cerita.

Actually, ayu yang ajak join event Dove, iday okay je sebab iday memang pakai Dove. Mula-mula iday ingat just datang , cuci2 rambut. then tiba-tiba diorang makeup and cakap ada shooting. Eh, tu la sape suruh tak baca email betul-betul. Tak pasal-pasal pilih tudung yang buat pipi nampak bulat (taknak mengaku dah berisi) Hahaha

Iday ingatkan dekat website je, sekali ada member-member yang tag, screenshot and whatsapp, cakap dekat Facebook pon diorang letak. Siap jadi cover facebook diorang. Hahahaha 1 malaysia nampak pipi bulat aku. Terima Kasih Dove. Hahaha





Iday nak share video jugak. Jangan gelak tengok aku kat dalam video ni. Dah macam ape dah. Hahaha




Iday suka pakai Dove sebab actually dia buat rambut kita ringan, tetiba bila kau pakai, kau rasa macam, eh tetiba banyak pulak rambut. Hahaha Betul, sebab iday memang ada masalah before kahwin lagi sebenarnya. 

Macam-macam cara iday try, siap guna santan kelapa lagi. Then guna pelbagai jenis shampoo herba, still gugur macam biasa. Malah makin teruk.  

Lepas kahwin, iday try pakai Dove. Sampai la sekarang. Hehehe

Sebenarnya ada cerita tentang rambut gugur iday ni or reaksi pertama Islam masa tengok rambut iday yang gugur. Nanti cerita dekat next entry. Hehehe

So, kalau korang nak try Dove, boleh dapatkan free sample dekat link  bawah ni :

http://www.dovehair.com.my/hairfallrescue/



p/s: Lain orang lain jenis kulit kepala, kalau shampoo ni tak sesuai and tak beri kesan, jangan salahkan ida pulak. Hehehehe


Restoran Aroma Ikan Bakar Jeram : Harga Dan Menu

Tuesday, May 12, 2015
Entry makan lagi,


Macam mana tak tembam pipi and badan kan, asyik makan. Haha

Kalau korang nak cari tempat yang jual seafood yang sedap, segar dan murah area Klang or Selangor, korang patut try tempat ni. Hari tu iday makan hidangan ketam, ikan bakar, udang and sotong, hanya RM50 plus. Hehehehe Kena pandai pilih la. Kalau pilih ikut sedap ikut nafsu kan, mahu beratus. Hehehe




Islam tengah syok melayan coc. Bab-bab pilih lauk-pauk ni memang dia serah kat iday. Dia kata dia tak pandai pilih, pandai makan je. Hahaha Dah dapat green light, apa lagi, pilih apa rasa nak makan la. Hahahaha

Masa tu iday budget RM150. Hahaha Gila kau budget 2 orang makan RM150. Yela, risau jugak kalau datang angin order macam-macam, menangis masa bayar nanti. Tapi kali ni nasib baik pandai pilih, pilih mana rasa nak makan, so harga dalam RM50 plus. Bawah RM60. 



Iday pilih ketam, tapi iday lupa pulak jenis masak apa. Rasanya sambal cili. Hahaha Tapi sedap, isi ketam segar. Islam tak pandai makan ketam, so dia tinggalkan kaki semua. eeee, rugi, kalau dah bayar, mesti la makan sampai licin. Hahahaha




Then, untuk ikan bakar, iday and islam memang suka makan Ikan Cencaru, bukan sebab murah taw. It's always jadi our favourite. Paling best, ikan kat sini segar. Islam paling suka makan hidangan Ikan Cencaru masak 2 rasa ni, sebab dia makan sorang almost 80%. Gitu ada peratusan. Hahahaha




Sambal dia sedap, and ikan masak elok. Hehehe



Konon nak jimat and nak merasa jugak sotong, iday amik seekor and minta diorang buat Sotong Bakar. Sebab dah bosan dengan sotong celup tepung. Hehehe Sedap! tapi malu nak order lagi. Kah Kah :p



Lepas tu iday order Udang masak sambal petai! Iday suka udang and Islam suka petai. Iday ambil banyak jugak la, dalam 10 ekor dan besar-besar. Risau jugak takut mahal and terlebih budget. 

Puas hati makan udang besar-besar. Yang penting bukan udang galah kalau tak teruk kena alergic. 



So, tambah 2 pinggan nasi, satu sup kosong, nescafee ais kurang manis and teh tarik. Puas hati makan! Hehehe



Masa bayar tu, dah pegang duit RM150. Iday punya takut, belum habis makan nak bayar. Hahaha bebel si Islam. Sekali RM50 something je. Eh, murah pulak. Then tambah 2 biji air kelapa. Hahahaha Lagi teruk Islam bebel sebab dia dah kenyang sangat. 



Paksa jugak dia minum, duit ni b. Hahaha



So, overall iday memang puas hati la makan kat sini. Ada orang dapat pengalaman makan mahal or overprice, iday rasa kena pandai pilih jenis lauk and tentukan budget. Hehehe 

Siapa nak yang stay dekat The Kabin, boleh la makan kat sini. Kalau yang saja-saja nak datang pon boleh. Iday bagi address and maklumat tentang Restoran Aroma Ikan Bakar ni dekat bawah. 


Alamat : 
Aroma Ikan Bakar, 
Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram,
Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor

atau waze : Aroma Ikan Bakar Jeram




p/s : ni pengalaman iday sendiri, and entry ni bukan berbayar. Hehehe Ikhlas dari rasa di mulut dan kenyang di perut :p



Flashlight Lyric Video - Original Song from Pitch Perfect 2

Saturday, May 09, 2015
Pitch Perfect 2 is A-Ca-Mazing! Hahaha



Serius korang patut tengok. Hehehe




So, sekarang iday nak share video dan lyric 1 lagu dari movie Pitch Perfect. Lagu ni actually dinyanyikan oleh Jessie J, gubahan lirik oleh Sia dan Sam Smith. 

Iday lagi suka kalau Anna Kedrick yang nyanyi. Hahaha Tapi masa dalam movie tu, memang lagi sedap dari penyanyi asal. 

Hehehe. Jangan marah er peminat Jessie J. 



Check this video and lyric :


Pitch Perfect 2 - Siapa nak tiket wayang free? (4 keping tiket)

Thursday, May 07, 2015
Update Pemenang :

1. Innanie Ariffin : www.coklateyes.my
2. Via Khadijah : www.facebook.com/AddawiyahWong

Terima Kasih join contest :)


Yeayyy! 

Excited ni sebab esok malam, iday nak tengok Pitch Perfect 2. Eh, bukan release 14 May ke? Thanks to TGV Club Member la sebab bagi booking tiket awal. Actually diorang bagi gift/reward sebab sign up dengan diorang. Hehe :) 


Best sangat ke Pitch Perfect 2 ni? Korang kena tengok yang first dulu.

Korang boleh sign up dekat TGV Movie Club kalau nak booking advance, lagi satu tak rugi kalau korang sign up dengan diorang sebab banyak kelebihan especially untuk orang yang selalu tengok movie. Hehehe



Kejutan kepada Insan tersayang | Perkhidmatan terbaik dari Sukelettew Candy

Wednesday, May 06, 2015
Kek Batik Fana buat, SEDAP!

Iday rasa semua suka kejutan kan? Macam birthday suprise, anniversary party and any special occasion lain. Tipu la cakap tak suka, event abang-abang sado pon boleh suka terharu. Hehehe

Tadi pon iday ada baca tentang Abby Abadi dapat suprise flower bouquet. Bestnyaaaa! :)

So, sekarang iday nak share 1 event planner, group of people yang akan tolong korang suprisekan or plan party untuk orang yang tersayang dengan harga mampu bayar hingga serendah RM100 taw! Hehehe 

Siap boleh request kek batik kat atas tu. Hihihihi


Sukelettew Candy

eh, apa Sukelettew Candy ni? 

Sebenarnya diorang ni lar yang sediakan perkhimatan plan party or surprise untuk insan tersayang. 


Sukelettew Candy merupakan idea asal oleh Nana Lokman bersama rakan sekolahnya Nita Rashid. Keinginan serta minat yang mendalam dalam bidang menghasilkan candy buffet membuatkan mereka berdua berkongsi modal yang sedikit untuk memulakan perjalanan perniagaan ini. 




Ditubuhkan secara kecil-kecilan melalui Instagram padah September tahun lalu, usaha mereka berhasil apabila ada follower Instagram yang sudi memberikan kepercayaan untuk mengadakan Majlis Aqiqah untuk anak sulungnya.


Tetapi disebabkan masing-masing sibuk bekerja sepenuh masa sehingga tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bisnes Sukelettew Candy. Akhirnya, mengambil kata sepakat untuk mengembangkan lagi ahli Sukelettew Candy bagi meraih sumbangan dan idea supaya lebih maju kehadapan. 


Dengan itu, Fana yang merupakan seorang blogger dijemput untuk menyertai team Sukelettew Candy bagi menguruskan bahagian media sosial dan pemasaran. Tanpa tenaga lelaki, pasti sesebuah pasukan menjadi tidak kukuh, memilih Zakuan sebagai salah seorang team membuatkan team Sukelettew Candy lengkap.

Apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sukelettew ni?

- Menyediakan servis konsultan untuk majlis
- Surprise Delivery Service
- Birthday Party
- Baby Shower
- Candy Buffet
- Goodies
- Sewaan Props untuk photoshoot @ majlis




Kan seronok kalau dapat buat party dengan bajet yang mampu bayar, boleh happy-happy dengan kawan. Main belon, lompat-lompat, ambil gambar. Hehehe






Bagi iday, yang seronoknya, ahli-ahli Sukelettew ni dah kawan sejak sekolah rendah. Then plan buka bisness sama-sama. Maybe sebab diorang dah lama kenal so disebabkan hubungan persahabatan yang kuat, jatuh bangun bersama dan sentiasa bertolak-ansur dalam perbincangan yang membolehkan diorang plan bisness sama-sama.


Diorang ni pon bukan calang-calang orang taw, ada komitmen kerja yang lain jugak. Hebat-hebat pulak tu. Hehe 

  • Nana Lokman merupakan guru sepenuh masa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris di Playground Enrichment Programme yang terletak di Seri Kembangan Selangor.
  • Nita Rashid merupakan Software Developer di SynergyCentric Sdn. Bhd serta. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di UiTM Shah Alam.
  • Fana pula merupakan seorang blogger separuh masa dan bekerja spenuh masa sebagai Logistics Executive di BDP International Sdn. Bhd. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Teknologi Pejabat.
  • Zakuan merupakan Technical Assistant di salah sebuah syarikat swasta di Batu 3, Shah Alam.

Diorang ni ada misi nak bantu pelanggan yang ingin memberikan kejutan kepada insan tersayang dengan bajet paling minima. Best kan? 

Cuba bayangkan kalau iday buat kejutan party untuk Islam, mau dia gelak macam ni :


Or lompat macam ni Hehehehehe :p



Untuk maklumat lanjut :

Layari Instagram Sukelettew Candy

Untuk tempahan :

01112848665 (Nana Lokman)

0174342950 (Fana)


Hari tu pon iday berpeluang hadir untuk mini launching Sukelettew Candy, macam-macam makanan dapat especially Kek Batik Fana, sedap okay! Hahahaha 


 Seronok dapat picnic macam ni ramai-ramai. Hehe






Semoga maju jaya! Nanti iday nak buat suprise kat Islam nak guna khidmat diorang, sebab berbaloi-baloi. Korang boleh follow Instagram diorang dengan klik link bawah ni. Diorang ada post customer yang berpuas hati dengan servis diorang. Hehehe

Untuk maklumat lanjut :

Layari Instagram Sukelettew Candy
http://www.instagram.com/sukelettew

Untuk tempahan :

01112848665 (Nana Lokman)
0174342950 (Fana)

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive