Enter your keyword



Yat - Yat atau Ibu Remis

Tuesday, June 30, 2015
Baru pukul 9, iday nak cerita tentang satu makanan. Hehehe tapi jangan risau, makanan yang iday nak tunjuk ni kelihatan seperti serangga and tak mengiurkan pon. Hahaha

Dulu iday pernah cerita dekat entry ni , Balik Kampung Rumah Pantai tentang haiwan kecil yang boleh dimakan ni. Kalau kat kampung iday, kitorang panggil Ibu Gemis/Ibu Remis. Masa kecik dulu, selalu tangkap then cucuk lidi dan bakar. Sedap! Hahaha




Bila iday post tentang Ibu Remis dekat blog, rupanya ramai yang tak taw tentang kewujudan Ibu Remis. Siap cakap ni Lipas Laut. Iday google jugak rupa Lipas Laut tu, risau jugak selama ni makan sedap je kan, rupanya lipas. Haha risau wey. 

Tapi aku tak jumpa, yang aku jumpa gambar lipas. Hahaha

Ada jugak cakap kutu laut, yang ni pon aku geli. makan kutu? ewwww. Yang ni gambar paling geli la iday jumpa and iday juga pernah nampak masa tengah siang ikan. Tapi jauh sangat bezanya dengan Ibu Remis. 

Sumber Gambar : ilhambudiraspati.wordpress.com

PenMerah pon pernah post pasal Ibu Remis dekat Facebook and rata-rata ramai yang tak pernah kenal haiwan kecil ni. And iday baru tahu yang rupanya, macam-macam cara boleh masak dengan Ibu Remis ni, antaranya Goreng Kunyit. 


Video : Iklan Raya Petronas 2015 #PETRONASRaya2015 | Sampai Hati

Friday, June 26, 2015
Setiap tahun, setiap kali Raya mesti nak tengok iklan petronas. Setiap tahun mesti ada genre berbeza and membawa mesej tertentu. Lagi-lagi iklan arahan Yasmin Ahmad. Ada dua tiga iklan raya petronas yang boleh buat nangis, ada jugak yang kelakar and macam-macam perasaan la. Hehehe




Cuba check video iklan Raya dari tahun 1996 - 2005 ni :



Kalau korang selalu tengok iklan petronas sure dah biasa ayat-ayat ni :

"Ombak Jahat"

"Daging? Daging? Hati? Limpa? Apa lah nak jadi dengan korang ni"

"Nanti bila kakak besar, Abah dengan Mak duduk sini, kakak dengan adik duduk kat rumah"

"Abah jangan lupa pakai lampin taw"

"Burung apa tu nak? Burung Murai"


Snorkeling Bersama Ikan Jerung di Pulau Perhentian Malaysia

Wednesday, June 24, 2015

takut tak baca title? Hahaha



Acah-acah nak sentuh jerung. Hehehe :p


Sebenarnya, iday nak share pengalaman iday berenang dengan jerung ketika snorkeling dekat Pulau Perhentian. Iday kan ambil package penginapan dengan Sealife Inn and dalam package diorang ada snorkeling. 

Boleh baca review iday sepanjang stay dekat Sealife Inn : Pakej Sealife Inn Review

Gigih nak buat peace, berapa banyak air dah aku telan time ni. Haha


Serius kalau nak snorkeling best dengan Pulau Perhentian, korang boleh contact Sealife Inn ni. Meh nak bagi contact Sealife Inn dulu :


Website : Sealife Inn
Whatsapp Enquiry :  +60142128764 (Encik Nazir)


Oh, kalau nak pergi Pulau perhentian, booking flight tiket pergi Airport KB, kelantan taw. Lagi dekat dengan jeti. Korang boleh check flight tiket dekat Air Asia, sekarang diorang tengah sale kaw-kaw. Tadi check, pergi Kelantan, RM10. Hahahaha Klik link ni kalau nak check promotion : Air Asia Promo Free Seat



Okay, sambung cerita ikan jerung.

Hari tu Abang Is yang jadi guide kitorang, kalau korang nak guide terbaik, boleh  dengan En.Nazir. Abang Is memang friendly and dia tahu bila time sesuai snorkeling semua. 

So, hari tu dia bawa ke 5 checkpoint, iday ingat checkpoint pertama dekat tepi pantai, pantai ni takde orang tinggal. dekat sini Abang Is akan ajar macam mana nak pakai snorkeling mask tu and brief langkah2 keselamatan kat situ.

Salah satu checkpoint dia bawa adalah Shark Point. Time ni macam mana la dalam kepala otak ni fikir baby shark. Hahahaha Sekali terjun, mak bapak shark siap bawak anak lagi. 

Tengok gambar la ye. Hehehe




Abang penyelam bagi makan 

 Apa jenis posing kitorang ni. Tengok tangan Islam nak buat peace. Haha


 Comel anak dia, anak dia kan? Hahaha



 Time ni, cuak habis. Sebab gaya macam nak datang kat kitorang.


 Time ni islam tak perasan yang Jerung tu lalu bawah dia. Hahaha



 Nasib baik ada life jacket, kalau tak dah lama tenggelam dah aku. Haha









 Acah-acah tarik ekor dia, kalau betul2, apa reaksi jerung ni? Huhu


 Cuak tengok Jerung datang dekat2 nak makan ikan yang Abang penyelam tu bagi.


 Nak peluk ikan ke Cik Abang oi?


 Islam and Iday Hahahaha

 Cantik laaaa :)


 Seronok Abang Penyelam kena serbu. Hehe











Ramai tanya iday, tak takut ke?

Jujurnya, masa mula-mula terjun iday fikir jerung tu baby, then iday fikir dia macam ikan biasa. Hahaha

Lepas dah puas bergambar, thanks to Abang Is sebab dia yang gigih nak ambil gambar couple iday and islam. Hahahaha Okay, lepas dah naik bot tu, tengok2 gambar, baru datang rasa takut tu. Hahahaha

Sebenarnya, berenang dengan jerung/shark ni tak pernah ada dalam kitorang punya wishlist pon. Tapi, memang pengalaman yang takkan dilupakan la. Hahaha Yang penting confident kena lebih pergi berenang, lupa yang jerung ni boleh makan orang. Dahla banyak jerung yang ada time tu, 2-4 ekor . Hahaha

Tapi, korang jangan seronok sangat, sentiasa alert and dekatkan diri dengan guide. Kat sini ada batu2, agak-agak korang rasa cuak, korang duduk atas batu. Hahaha

Tapi guide tu sendiri cakap, jerung malaysia tak makan orang? yeke? hehehe


Nak rasa sendiri pengalaman best ni? Contact Sealife Inn ye, check info bawah :


Whatsapp Enquiry :  +60142128764 (Encik Nazir)










6 Jenis Cara Berbuka Puasa Popular di Malaysia

Tuesday, June 23, 2015
Assalamualaikum,

Salam ramadhan! Macam mana puasa setakat ni? Hehehe Pejam celik Pejam celik dah masuk 5 hari berpuasa. Ni kali pertama iday berpuasa dengan suami, Islam. So far, kitorang selalu rushing bila balik waktu berbuka sebab Islam habis kerja pukul 6 and ambil masa 1 jam untuk sampai rumah. Memang tak sempat nak masak, kena beli bazaar or kedai. Weekday je iday masak. :)

Sekarang iday nak share 5 jenis juadah popular rakyat Malaysia ketika berbuka puasa, korang dah try kesemua lima-lima jenis juadah ni? Hehehehe

Jom check :)


+ Masak sendiri

Yang ni antara yang popular, terutama untuk mereka yang baru kahwin. Hehe Nak rasa pengalaman berbuka sama-sama, masak makanan favourite suami. Kalau isteri yang berkerja pulak, diorang akan selalu masak masa weekend sebab tak sempat masa weekday, tapi bukan semua. Yang seronok kalau isteri/suami suri rumah atau tinggal bersama keluarga. Rindu nak berbuka kat kampung. Hari-hari mak masak :(

Okay iday nak share resepi kalau korang nak masak sendiri untuk berbuka puasa :







+ Bazaar Ramadhan


Mana satu cantik untuk baju raya 2015?

Friday, June 19, 2015
Salam, 

Kita baru sambut ramadhan hari ke-2, iday dah busy cari baju raya. Hahaha Bukan apa, iday malas nak buat persiapan last minit. Baik cari awal-awal kan. Lagipon, sekarang nak cari baju raya, senang je. Cari online dekat Fashionvalet ada, Zalora ada, Lazada pon ada.



Iday senaraikan beberapa helai baju yang iday berkenan and plan nak beli. Cuma kena diet la kot sebab nak muat. Hahahaha Excited sikit sebab first time nak beraya bersama suami. Mestila nak cantik Hahahaha


Hujung Minggu di Jump Street Asia Petaling Jaya

Saturday, June 13, 2015
Biasanya bila ada public holiday or weekend, mana tempat korang pergi? Ada yang ambil short vacation, tengok movie, pergi mall  , zoo or lepak makan dengan member. So, aktiviti-aktiviti ni dah macam biasa iday buat.



So, last week iday ajak Islam pergi Jump Street Asia dekat PJ. Tu pon sebab Sara yang pernah pergi sana yang cadangkan tempat tu. Bila kitorang dah google and survey tempat tu, macam best sebab boleh buat macam-macam aktiviti.



Mulanya Lin and Via patut ikut, tapi diorang ada hal. So, just Iday, Islam, Sara, Ameen and Safwan (kawan Islam) pergi Jump Street Asia. Takpe2, ni kira survey2 dulu, then nanti baru pergi ramai2. Hehehehe




Mat Periuk Cafe @ Ipoh, Perak | Food Review

Wednesday, June 10, 2015


Mashed Potato @ Mat Periuk Cafe

Siapa pernah makan dekat Mat Periuk Cafe @ Ipoh ni? Memang puas hati kan. Serius MURAH dan SEDAP! Kalau korang datang Ipoh, memang kena singgah dekat Mat Periuk Cafe ni. 




Macam mana iday tahu tentang Mat Periuk Cafe ni? Hehehe

Sebenarnya masa tengah plan-plan nak pergi road trip ke Ipoh dengan Lin, iday tengok jalan-jalan cari makan dekat TV3 tu. Sekarang Abang Naz yang jadi pengacara. Masa tu kebetulan diorang tengah buat review tentang Mat Periuk Cafe. Bila iday tengok, eh macam sedap pulak. Tu yang nak try bila datang Ipoh. 

Cerita pasal Road Trip Ipoh, nanti-nantilah update kat blog ye. Haha Sekarang mood nak share kedai makan best dekat Ipoh. 

Korang taw tak sebenarnya banyak sangat kedai unik or cafe' yang ada dekat Ipoh ni? Iday ada google and sebenarnya ada 81 kedai or Cafe' dekat Ipoh ni. Hahaha

Okay dah, jom cerita tentang Mat Periuk. 


Pakej Percutian Budget dan Murah di Pulau Perhentian

Monday, June 08, 2015
Yeay! Finally dapat juga ke Pulau Perhentian dengan Islam. Actually ni plan sangat last minit. Tiba-tiba tengah sembang dengan Islam, then cakap "Jom pergi Pulau Perhentian!"

Update 6 Jan 2016 :

Boleh baca artikel review iday sepanjang menginap di Sealine Inn yang menawarkan pakej percutian budget dan murah :)




Random sangat. :p

Okay, kitorang dah book flight and pilih tempat dah. Iday and Islam jenis tak kisah hotel tu jenis macam mana sebab memang tahu takkan lepak sangat dalam hotel. Sebab, obviously kau datang pulau mesti nak lepak pantai or jalan2 keliling pulau tu. Tu yang iday and islam plan nak buat. Kitorang nak trip kat pulau, masuk kampung orang, berenang,menyelam semua laaa. Hahaha


Senarai Bazar Ramadhan di Kuala Lumpur Lembah Klang

Monday, June 08, 2015
credit : Google


Dah masuk bulan Jun, minggu depan kita dah sambut bulan Ramadhan. Sekejap je dah berada di pertengahan tahun 2015. Bila datang je bulan Ramadhan, tempat yang selalu dikunjungi mestilah Bazar Ramadhan. 

Iday dari student dulu, sampai bujang berkerja, memang akan ke Bazar. Kadang-kadang tak sempat nak masak. Ada juga ke Bazar sebab nak beli kuih and lauk sampingan/tambahan. Apa saja makanan, semua ada di Bazar. 

So, iday ada listkan: Senarai Bazar Ramadhan 2015 Kuala Lumpur dan Lembah Klang 


Video Akad Nikah Hairul Azreen dan Hanis Zalikha

Friday, June 05, 2015
Alhamdulillah, 

Akhirnya selamat jadi suami isteri, dengan sekali lafaz je. Siapa yang follow Hanis dari dulu sampai sekarang, maksudnya masa dia jadi blogger aktif mesti tahu yang Hanis ni jarang kongsi kisah2 cinta dia. Hehehehe







credit gambar : IG Diana Danielle


Akhirnya Hairul Azreen jadi pilihan Hanis Zalikha, sama-sama kita doakan kebahgian diorang. Hehehehe






Iday rasa Hanis tak silap pilih sebab Hairul ni seorang anak yang sentiasa sibuk nak bahagiakan Mak Abah dia. Hope lepas kahwin, dia sibuk bahagiakan Hanis pulak :)


Pengalaman Melawat Bekas Kem Pelarian Vietnam @ Pulau Bidong

Tuesday, June 02, 2015
Sekarang kan tengah heboh cerita tentang pelarian Rohingya, so banyak la kita banyak cerita dari paper, online news dan berita di tv. Hari tu, iday tengok tv3 , then masa berita tu, diorang ungkit cerita tentang penempatan pelarian Vietnam di Pulau Bidong, Terengganu. 


Iday pernah melawat kem tersebut kerana iday pernah jadi media untuk cover event Hari Bumi pada tahun lepas (April) di Pulau Bidong. Walaupon iday orang Terengganu, dan dibesarkan di sana, tetapi tak pernah tahu tentang Pulau Bidong. 


Masa mula-mula iday sampai ke pulau tu, iday takde pengetahuan tentang pulau tu pon. Sebab bila sampai iday just nampak ada 1 chalet (milik UMT untuk penyelidikan coral) and pantai yang putih bersih, memang untouched island. Serius cantik! Then boss iday cakap, yang pulau ni sebenarnya ada sejarah dia. So, iday google. Rupanya, Pulau Bidong ni pernah jadi Kem Pelarian Vietnam pada ketika dahulu.


Kalau nak tahu, Pulau Bidong sebenarnya bekas kem pelarian Vietnam pada tahun 1978. Masa tu kita ni tak lahir lagi. Awal-awal pembukaan kem tu, cuma 121 orang je. Jumlah pelarian makin bertambah pada June 1979, dan dikatakan sebagai "Most heavily populated place on earth" pada ketika itu dengan jumlah pelarian 40,000 orang. 



Cafe 9 @ Petaling Jaya | The Taste Of Thai

Tuesday, June 02, 2015
Selamat Bekerja! 

Hehehehe Kalau hari Selasa ni, masing-masing macam malas 50% buat kerja sebab dah cuti 2 hari yang lepas. So, hari ni, iday nak share 1 cafe baru yang menghidangkan makanan thai sebagai menu utama cafe tersebut. 


Cafe ini sudah beroperasi selama 10 bulan di Petaling Jaya. Kenapa makanan Thailand? Orang Malaysia ni suka ke Thailand, bukan setakat nak shopping tapi nak makan sekali. Lagi-lagi bila makanan Thailand ni senang diterima oleh tekak orang Malaysia ni. Siapa suka Tomyam? Hehehehe


Cafe 9 ni adalah cafe yang diuruskan oleh 9 orang ahli keluarga, ala-ala business family la ni. Hehehehe No 9 itu sendiri membawa maksud "forever" in China perspective. 

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive