Enter your keyword




You can follow me here :


Beli Bean Bag Murah Online | Bawah RM100

Wednesday, September 30, 2015
Salam semua!





Seronok ye, sebab iday dah beli bean bag yang dah lama iday nak. Iday suka sangat bean bag sebab bila duduk rasa selesa. Kebetulan Lazada Malaysia tengah buat sale, memang terus iday beli la. Biasanya over than RM100 taw, tapi tadi iday dapat beli dengan harga RM78 and siap guna voucher and dapat off RM19!! Yeay :)




So, iday just nak share dekat korang jugak la, boleh letak dekat rumah atau office. Lazada Malaysia punya office pon letak beanbag dekat tempat rehat. Hehehe penat kerja. boleh lepak-lepak dekat bean bag :)



Wahhh, best kan! 


Yang iday beli tadi adalah Flash Bean Bag 

Iday beli warna maroon. sekarang warna maroon tinggal 4 je, so better korang cepat-cepat :)





Ada macam-macam jeni lagi macam Viva Bean Bag // Joy , Easy Bean Bag dan macam-macam lagi, Korang just kena pandai cari je. Hehehe


Siap ada corak kain pelekat lagi. Hehehe




Klik sini kalau berminat nak beli bean bag murah dari rm100 boleh klik link bawah :




Oh korang pon boleh guna voucher RM19 Off dengan minimum purchase RM57, guna voucher bawah ni okay!




NOTA KAKI : Kalau ada perubahan harga, jangan marah er, sebab iday screenshot pada waktu harga seperti berikut, kalau berubah, itu bergantung pada website, Heehehe

Selamat Shopping korang!


You can follow me here :


Food Review : Miami Grill Malaysia

Tuesday, September 29, 2015
Hi Korang! 

Iday dah lama tak cerita pasal makan kan? Sebenarnya banyak entry makan jadi draft sebab busy sangat dok update cerita lain. Hahaha Tapi, ni nekad kena rajin. Rindu nak post cerita makan -makan ni. Kalau nak tengok artikel makan-makan lain boleh check link bawah :



So, kali ni iday nak share 1 tempat yang korang boleh pergi makan Burger Beef yang sedap dengan portion yang besar dengan diskaun 50%!! Wahhh, potongan separuh harga okay. Di mana?




Di Miami Grill yang tertelak di Sunway Pyramid laa! :) Sunway Pyramid tu besar okay, kalau nak cari restaurant Miami Grill ni, guna alamat ni : Lot LG2, 127 Blue Atrium, Sunway Pyramid. InsyaAllah ketemu jua. Hehehe



Macam mana iday tahu tentang Miami Grill ni? Gara-gara tengok video Halim dari blog Halim Brothers la. Tengok dia makan, alahai sedapnyaaaa. Terus pujuk Islam, ajak makan Miami Grill. 



Nasib menyebelahi kami, rupa-rupanya ada potongan diskaun 50% ! Separuh harga untuk semua hidangan daging burger!! Limited Time taw, so kena cepat-cepat.


 

Yang iday order ni Big Miami Burger! Semua double beef taw! Memang tiada single-single ni. Then roti dia pakai multigrain, konon-konon nak makan sihat la. Hahahaha Then ada cheddar cheese, pickle, daun salad, tomato and sos khas Miami Grill sendiri. 



Iday suka dengan rasa daging burger sebab sangat juicy, tak terlalu kering tapi masak elok. Memang kenyang laaa! 



Kalau nak tahu, untuk diskaun 50% ni, korang boleh makan antara 4 jenis burger daging yang ada (ala-carte) iaitu :

+ Big Miami Burger
+ Nacho Burger
+ South Miami Burger
+ Rodeo Burger




So, apa tunggu lagi, cepat-cepat serbu Miami Grill di Sunway Pyramid. Iday lupa nak cakap, memang 100% halal :)

Boleh follow Instagram diorang ni okay.


atau korang boleh check detail dibawah kalau korang nak tahu lebih info tentang Miami Grill Malaysia :)


Alamat Restoran
Lot LG2, 127 Blue Atrium, Sunway Pyramid

Facebook

Website




You can follow me here :


Okay Ke Product Malaika Oil?

Monday, September 28, 2015
Salam,

Iday nak tanya ni, ada sesiapa pernah pakai product Malaika Oil? Iday ada masalah kulit which is ada parut jerawat bintik bintik hitam kecil, so nak hilangkan la. So, iday ada tanya kawan iday and dia recommended produk Malaika Oil. Sebelum kita beli, elok kita buat research dulu kan. 

Bila iday google, iday jumpa website, Facebook and Instagram Malaika Oil. 







Mula-mula kita kena tengok apa bahan-bahan yang digunakan dalam Malaika Oil, halal ke? ada pengesahan KKM ke tak. Semua tu kena check taw. 

Then, kena check testimoni. setakat ni yang iday tengok semua, review best. Iday ada baca, yang produk Malaika Oil bukan untuk mencerahkan taw, produk ni khas untuk merawat kulit samaada berminyak, berjeragat, berjerawat atau ada parut. 



So, iday apa lagi terus order. Hahahaha nak beli senang je, dekat website Malaika Oil, ada senarai ejen : http://www.malaikaoil.com/order.html

Iday dah contact and dah beli, cuma tunggu produk sampai je. Hehehe 

Nanti entry akan datang iday cerita kesan dan kelebihan Malaika Oil ye. Hehehe :)

Ada yang pernah pakai produk Malaika Oil? Boleh share pengalaman and review dekat komen. Terima Kasih :)







You can follow me here :


Happy Convocation Day My Lil Sister!

Monday, September 21, 2015
Alhamdulillah,

selesai sudah upacara convocation adik perempuan iday, si Cah. Gila panas Perlis ni, sampai kena migrain si Islam tu. Kesian baby kita :p

Pada mulanya, iday ingat iday tak dapat datang la convocation si Cah ni. tapi makcik ni pandai buat ayat kesian and then dia ungkit pulak yang dia pernah datang tengok convo iday dekat shah alam sampai sanggup naik bas dari Perlis. Baiklaaaa adik oi. Hahaha

Tapi tengok dia punya kelam kabut tadi, aku tak taw la apa jadi kalau iday tak datang. You still need me la sis. Kena kahwin cepat-cepat ni. Hahaha


Seronok abah and mak bila tengok anak dia dah berjaya, dah tamat belajar (tapi cah sambung master HAHA). Lagi-lagi abah sebab Cah anak sulong dia. Hehehe Tapi pandai Islam snap gambar ni, candid sangat. Hahaha

Tapi tak bestnya, kawan-kawan cah semua kelam kabut nak balik, gambar tak banyak. Jubah pon terpaksa dipulangkan lebih awal, and iday tak sempat nak merasa jubah unimap. Hahahaha Hampeh tol. 


Ni gambar semua tak edit lagi. Aku curi-curi amik dalam camera Islam. Hahaha Gambar lain-lain nanti tunggu Islam edit la. Kang bebel pulak pakcik tu. Hihihihi

Pesanan untuk cah, bila dah berjaya esok-esok, jangan lupa mak abah. Bahagiakan diorang selagi kita atau diorang masih hidup, selagi ada peluang. Pesanan lain nanti aku karang panjang-panjang. Hahahaha

Happy Convocation Day Adik Cah! We  you :)

Saje nak selit muka sendiri dan suami tersayang. Hahahaha :p




You can follow me here :



You can follow me here :


Ephyra Skin Bar, Inteemor dan M2Flex | Blogger bersama Founder dan Duta Ephyra

Thursday, September 17, 2015
Siapa pengguna tegar Ephyra? Angkat tangan! Haha

Iday bukan setakat tangan, tapi kaki semua iday angkat sebab iday memang salah seorang pengguna Ephyra dan berpuas hati dengan produk Ephyra. Macam mana iday boleh terjebak menggunakan Ephyra ni? Sebenarnya, iday mula pakai produk selepas join contest Ephyra, and iday dapat produk Ephyra Skin Bar sebagai hadiah. Bila iday cuba sabun Ephyra Skin Bar tu, terus iday jatuh hati sebab bau wangi dan kesan pada wajah iday, jerawat-jerawat kecik semua hilang taw. Hehehe

Iday ada buat review Ephyra Skin Bar sebelum ni : Baca sini

Iday pon kagum dengan hasil yang diperolehi oleh Duta Ephyra sendiri iaitu Memey dan Norman Hakim. Masing-masing sangat cantik dan hensem dari kesan pengambilan Ephyra.



Sebab tu iday tak lepaskan peluang bila di invite untuk hadir ke program Beramah Mesra bersama Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Boleh tanya diorang rahsia untuk kelihatan sihat and tengok kulit wajah memey secara live. Hehehe


Pada asalnya, Ephyra hanyalah produk minuman tambahan yang dihasilkan di bawah syarikat Ocean Marketing dan mula dipasarkan pada tahun 2012. Rupa-rupanya dah 3 tahun produk Ephyra ni dan masih menjadi pilihan mereka yang ingin sihat dan cantik, tak kisah laki or perempuan. 

Semasa event Ephyra Blogger Days baru-baru ni, buat pertama kali iday jumpa pengasas dan fouder Ephyra ni. Rupa-rupanya cetusan idea dari adik beradik iaitu Amiza Amiruddin dan Zafry Idzwan Amiruddin. 

lelaki yang berjubah hitam tu  Zafry Idzwan Amiruddin, wanita cantik sebelah Memey tu  Amiza Amiruddin



Apa khasiat produk minuman Ephyra?

+ Mengekalkan kejelitaan secara semulajadi
+ Mencerah dan memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat jerawat
+ Memberi khasiat yang besar untuk kesihatan seperti anti-penuaan, anti-bakteria,  anti-kanser.
+ menguatkan sistem anti-oksida badan kita

Banyak sebenarnya khasiat Ephyra ni kalau korang nak taw. Disebabkan produk minuman Ephyra mendapat sambutan ramai pengguna, bukan sahaja di Malaysia tetapi Brunei dan Singapura, Oceanlife Marketing Sdn. Bhd telah melancarkan tiga lagi produk baru tahun ini iaitu

1.  Sabun kecantikan untuk badan dan muka, Ephyra Skin Bar
2. Jus Premium Wanita , Inteemor
3. Minuman tenaga buat kaum lelaki, M2flex

Semasa Ephyra Bloggers Day, Memey dan Norman Hakim ada berkongsi pengalaman mengunakan produk baru Ephyra dan mereka memang berpuas hati. 


Kalau nak taw, Norman Hakim juga baru buka Gym iaitu Mr.Sado. Sebagai seorang yang suka ke Gym dan melakukan weight-lifting, Norman Hakim memang mengamalkan M2flex sebagai minuman tenaga bagi mengekalkan stamina beliau. 

Sado betul badan Norman Hakim kan, hehehe




Bila dah cantik dan hensem sama-sama, sihat sama-sama, boleh jadi pengikat kasih sayang gitu. Iday and Islam nak jadikan diorang ni role model la. Nak cantik dan sihat sama-sama, boleh Islam? Hahaha

Rata-rata blogger yang datang pon, meluahkan rasa kagum dengan kulit sihat Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Memey yang datang masa tu just pakai lipstip di bibir je. Takde heavy makeup sangat. 








Comel Memey Suhaiza gigih melayan blogger yang nak ambik gambar selfie together. Hehe

Okay, iday nak cerita 3 produk baru dari Ephyra ni, supaya kalau korang berminat, korang boleh pm iday laju-laju ye. Haha



 + Sabun kecantikan Ephyra Skin Bar +



Ingat tak dulu-dulu, selalu tengok mak cuci muka guna sabun buku, ingat sabun mandi, tetapi sabun muka. Iday lupa pula produk apa. Then, sekarang semua jenis packaging yang picit-picit tu. Bila Ephyra keluakan sabun kecantikan dalam bentuk sabun buku, iday rasa wah, ni memang kelainan, and mak iday pon suka pakai okay sebab dia tak suka pakai yang jenis picit-picit. 

Sabun Ephyra Skin Bar ni dapat merawat kulit dari jerawat atau jeragat. Kalau tengok testimoni pon, ramai yang dah berjaya merawat kulit dan tampil dengan kulit sihat bila menggunakan sabun Ephyra Skin Bar. Boleh dapatkan sabun Ephyra ni dengan harga RM39. Nak order? Boleh whatsapp 01128161622! Hehe



 Inteemor +


Inteemor ni adalah jus minuman khas untuk penjagaan dalaman wanita. Ada 16 herba semulajadi yang digunakan dalam adunan Inteemor. Iday baru tahu yang salah satu kelebihan Inteemor adalah merawat mereka yang mengalami masalah senggugut yang kronik. Wahhh, memang iday kena cuba ni. 


Bukan masalah senggugut je, Inteemor boleh diamalkan untuk mereka yang mngalami masalah keputihan, faraj berbau dan gatal, haid tidak teratur, kerap sakit kepala, angin dalam badan, badan berbau, perut bincit & naik berat badan secara mendadak, payudara kendur, selalu letih, ingin memiliki zuriat, tidak aktif di ranjang dan wanita dalam pantang. 

Banyak kan kelebihan Inteemor ni khas untuk kaum wanita. Korang boleh dapatkan produk Inteemor ni dengan harga RM49. 

+ M2Flex +


Norman Hakim banyak explain tentang produk M2Flex ni, sebenarnya minuman M2Flex ni adalah minuman khas memberi tenaga untuk kaum lelaki. Kiranya untuk Islam la ni. Minuman ini sesuai untuk mereka yang aktif dan suka ke gym. Biasanya bila dah weight lifting semua, mesti penat kan. terus je minum M2Flex. 

Antara kelebihan M2Flex adalah cepat membesarkan otot, penebal otot penimbul urat, tingkatkan hormon testosteron, rangsang pengeluaran hormon pembesaran, kuatkan sistem ketahanan badan, kuatkan sistem kelakian, beri energy, stamina tinggi, endurance, bakar lemak cepat dan rendahkan kolestrol. 


Harga setiap botol adalah RM180 + FREE M2FLEX SHAKER. 1 Botol ada 600 gram and boleh tahan untuk 1 bulan. Perisa untuk M2Flex adalah mixed berry. Macam Sedap! Iday tak boleh minum, kan lain pulak hormonnya. Hehehe

Macam-macam info yang iday dapat semasa event Blogger bersama Ephyra hari tu. Kalau ada rasa was-was dengan produk, terus tanya. Semua produk Ephyra adalah Halal dan diiktiraf oleh KKM. so, jangan risau okay :)


Nak tahu lebih lanjut tentang produk Ephyra ni, silalah singgah ke website atau social media Ephyra di link bawah :







Terima kasih Ephyra dan Hai Blogger atas jemputan. Seronok dapat mendengar rahsia dan tip cantik serta sihat dari Founder Ephyra dan Duta Ephyra iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza :)






Terima kasih sudi baca :)


You can follow me here :


KFC #SehatiSejiwa Bersama Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari

Wednesday, September 16, 2015
Baru-baru ini, KFC telah mengumumkan pemenang bagi Photo Contest KFC Sehati Sejiwa yang berlangsung dari 1 0gos hingga 3 September 2015. Bagi menghargai mereka yang turut serta dalam contest tersebut, pihak KFC telah mengadakan 1 majlis penghargaan dan pengumuman pemenang yang bertuah iaitu KFC #SehatiSejiwa bersama Schawal dan bertemakan "Merdeka" sempena sambutan Hari Kebangsaan.






Hadiah-hadiah yang ditawarkan pon best taw! Pemenang tempat pertama akan memenangi wang tunai RM1500, kedua pula RM1300, ketiga RM1000. Tujuh peserta yang memperolehi hadiah saguhati membawa pulang RM200 setiap seorang. Wahhhh, bestnyaaaa kalau menang kan. 

Photo contest diorang pon simple je. Peserta hanya perlu mengambil gambar secara bersendirian dan berkumpulan berserta pesanan makanan yang dibeli melalui KFC Delivery. Gambar mestilah kreatif dan membawa tema #SehatiSejiwa . Ramai yang join photo contest dan gambar semuanya best-best. KFC memilih 30 peserta contest untuk datang ke majlis KFC #SehatiSejiwa bersama Schawal. 

Islam semua orang dia nak selfie, Hahaha

Iday suka dengan cara KFC hargai peserta atau tetamu yang datang, bukan sahaja ada game dan pelbagai aktiviti seperti photobooth dan bracelet, tetapi makanan yang disediakan pon sedap. Unlimited KFC fried chicken! Siapa tak suka kan. Kenyang iday makan masa event tu. Hehehe :p



Oh Islam pon ada join game teka-teka malam tu, 1 team dekat Awal Ashaari. Hehehe Tapi team Islam kalah. Hehehehe

credit photo : www.feeqsays.com

KFC juga pandai memilih Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari datang semasa event. Memang pasangan secocok dan sehati sejiwa. Bagus diorang ni layan peminat. Hehe

Tengok je la video diorang ni, comel je. Hehehehe 


(klik gambar video bawah untuk full video)



okay, nak tahu gambar mana yang terpilih sebagai tempat pertama?? 


Memang layak menang kan! Hehehe Tahniah Affanny Hushni kerana berjaya menang hadiah utama wang tunai RM1500. Semasa penyampaian hadiah hari tu, adik2 dalam gambar yang ambil hadiah. Hehehe 

credit photo : www.feeqsays.com

Senang-senang je dapat hadiah wang tunai kan. Hehehe

So, kalau korang nak menang macam ni, sila la follow Facebook Page dan Instagram Kfc Malaysia. Boleh check link di bawah :


KFC Malaysia Facebook Page : https://www.facebook.com/KFCMalaysia
Instagram KFC Malaysia : https://instagram.com/kfcmalaysia/




You can follow me here :


Mee Rebus Karyaneka

Wednesday, September 16, 2015
Salam,

Pagi tadi join boss pergi meeting dekat Karyaneka, masa mula-mula pergi tu, masa on the way tu, ada nampak satu bangunan yang ala-ala rumah kayu kat tengah2 KL. Rupa-rupanya tu Hotel Royal Chulan & Karyaneka tu sebelah je. 

Karyaneka ni sebenarnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, satu badan yang bertanggungjawab untuk memasarkan atau memperkenalkan hasil kraftangan atau product seni Malaysia ni. Korang boleh check website diorang kat sini.

Iday sebenarnya nak cerita apa yang iday makan masa lunch dekat Karyaneka tadi. before tu kitorang jumpa abang Ajis , iaitu seorang pelukis underwater kawan kepada boss iday tu. Sembang-sembang pastu dia nak belanja kitorang lunch. Rezeki :p

Dia cakap Mee Rebus dekat Karyaneka punya foodcourt memang terbaik, so iday try la. hehe. lagipon orang belanja kan.




Mee rebus kat sini berbeza dari Mee Rebus yang mak kat kampung buat, tapi sedap. lagi-lagi dia punya kuah pekat. bila perah limau , fuhhh, sedapp sampai gigit sudu. hehe. ida suka cara dia potong telur rebus. mula2 ingat tu tauhu. hehehe


Iday paling suka rasa mee tu sebab dia basuh bersih, tak rasa kelat tepung, ala, kalau mee yang tak basuh bersih2 ni rasa dia lain macam. selalu kena. tapi yang ni best. pastu taugeh dia segar, kalau makan tu kruk-kruk. hehehe. memang sedap. tak pedas sangat, tak manis sangat. just nice.


Dia punya kedai tu no 2 , masakan mee. tepi gerai yang jual nasi berlauk. Kedai dia macam gambah bawah ni. hehe. Harga mee rebus dia RM4. murah kan?


Makan-makan sambil layan sembang abang Ajis dan boss, sedap punya makan sampai licin pinggan tu, kalau pergi sendiri, mau tambah lagi. hehehe. tapi serius sedap, kena dengan taste iday. hehehe. 


Balik dengan perut kenyang, senang hati :)


Blog Archive

My Blog List