Enter your keyword



Mat Luthfi Dah Nak Kahwin? Cantik Sopan Bakal Isteri Mat Luthfi

Sunday, November 29, 2015
Hi

Update : Alhamdulillah, Mat Luthfi dah selamat jadi suami orang dah. Hehehe Check artikel ni untuk gambar-gambar kahwin Mat Luthfi : http://www.sayaiday.com/2016/01/tahniah-mat-lutfi-dah-kahwin.html

Tadi jalan-jalan dekat twitter. Hamboi jalan-jalan. Hahaha yela, kat twitter ni je korang boleh tengok apa yang tengah trending, cerita-cerita best. Tetiba ada nampak satu tweet mention Mat Luthfi nak kahwin. Sebelum share ni tengok dulu betul ke tidak kan. 


Hehehehe :p



So, kalau cerita ni tak betul, salahkan @qylahuzaini ni. Hahaha



Iday pernah baca satu catatan mat luthfi dalam buku dia, tentang gadis-gadis yang jatuh hati and nak kahwin dengan mat luthfi sebab suka dengan video- video kelakar mat luthfi.



Last-last gadis bertudung hitam dan manis ini jadi pilihan mat luthfi. Tahniah! Diorang ni baru lepas buat ujian HIV di satu klinik :)



Rupanya Mat Luthfi dah tunang. Pandai dia sorok. Hehehe

Apa-apa kita doakan semua berjalan lancar, tunggu video Mat Luthfi umumkan tarikh perkahwinan ke? Hehehe



Bila Mood Update Entry Kelaut

Sunday, November 29, 2015

Hahaha, zaman awal-awal bercinta? Sebenarnya 2 3 hari ni mood aku update entry macam kelaut sikit. Padahal punya banyak pending draft. Nasib baik takde letak ads banner dekat sidebar or header, takde la rasa bersalah sangat kalau tak update entry. Hehe

Weekend buat ape je? Sebab ni entry malas, so cuba check senarai bawah ni, apa korang boleh buat time weekend ni. Iday ada cadangan makan and cadangan tempat  or aktiviti untuk korang Hahaha

+ Kalau yang pergi Ipoh, boleh cuba Restoran Mat Periuk, memang murah dan terbaik : 



+ Car boot sale Puncak Jalil - setiap hari ahad : 




+ Aktiviti sihat bersama keluarga ke Jump Street Asia PJ :



+ Extreme sikit, Bukit Tabur. Hahaha



Lain-lain korang explore la blog ni ye. Nak senang check tab atas tu. Iday dah asingkan mengikut kategori. Hehehe 

InsyaAllah esok lusa, kembali la mood aku update entry har-hari ye. Hehehe





Shikin Shelter - Penyelamat 160 Kucing dan 20 Anjing Terbiar

Friday, November 27, 2015
Hi ❤



Hari tu iday ada buka twitter dan iday ada perasan 1 hashtag tengah trend iaitu #NationalCatDay. Ramai yang post gambar kucing diorang, semua gebu-gebu, comel. Sama la macam kucing iday iaitu Ali, Maya, Hiro, Loki & Kin.



Tapi macam mana dengan kucing yang terbiar, yang tiada tempat perlindungan, yang dibuang and yang sakit?




Iday dulu pon start bela Ali, Maya and Hiro sebab kawan Islam jumpa diorang masa baby dalam box. Kitorang bela dari baby siap susukan dengan botol susu. Ali time tu sakit, and kena pakai picagari supaya dia makan ubat and cepat sihat. 


Iday ada join 1 facebook group ni iaitu Shikin Shelter. Sebenarnya iday tahu tentang Shikin Shelter sebab the founder dia adalah Norashikin Ahmad. Dulu iday selalu follow dia update tentang pusat perlindungan haiwan yang dibina sendiri di kawasan rumah shikin.




Shikin Shelter semasa pembinaan dulu

Sayangnya, shikin shelter ni bertempat di Melaka, kalau dah boleh lawat seminggu sekali. Hehehe InsyaAllah, iday akan jenguk ke sana. Hehehe



Cuma sekarang Shikin Shelter betul-betul perlukan dana sebab dekat shelter ni saja dah ada 160 kucing dan 20 ekor anjing. Banyak kan. Shikin ni jaga betul-betul tahu, siap ada yang hantar kucing yang sakit terbiar dekat Shikin, and dia akan rawat sampai betul-betul sembuh.

Ni kenyataan Shikin dari Facebook Group Shikin Shelter :
Assalamualaikum,Salam 1 Malaysia.,

Pada rakan2 semua..

Sy memerlukan 500 orang untuk membuat sumbangan ikhlas sebanyak RM10 seorang.. bagi penambahan ruangan shelter., ini merupakan penambahan terakhir di Shikin Shelter.. kerana penambahan sebelum ini masih lagi tidak mencukupi untuk memuatkan strays.. dan sy juga ingin membuat pondok2 bagi menempatkan anjing2 jalanan yg sy rescue..

Kucing2 sudah pun mencecah 160 ekor..
dan anjing 20 ekor..

sy harap ahli2 si sini.. akan turut sama membantu sy dalam misi ini ya.. bagi yg sudah membuat sumbangan.. sila comment kn no.1 di dan no. seterusnya di ruangan comment untuk sama2 kita monitor pergerakan sumbangan.. smile emoticon

InsyAllah.. bila kita memberi Allah juga memberi pada kita.. mudah-mudahan.. Aminn


Tengok gambar-gambar dari Facebook Shikin Shelter :






So, iday harap korang boleh la sumbangkan sedikit walaupon cuma RM10 ke Shikin Shelter. Dana yang terkumpul ni boleh gunakan untuk kos vet, makanan, pasir, besarkan shelter dan macam-macam lagi. 

Kalau nak derma boleh la bank in/transfer duit ke :


­čś╗SHIKIN SHELTER­čś╗

7014971183 : CIMB

154044903353 : MAYBANK 



Atau korang boleh join group : https://www.facebook.com/groups/Shikinshelter/


Iday teringin nak pergi Shikin Shelter dekat Melaka ni. Comel tengok anak-anak kucing ni :)


Jom Jumpa Upin Ipin di Aquaria KLCC Sabtu Ini (28 Nov 2015)

Thursday, November 26, 2015
Hi 

Siapa suka Upin Ipin? Oh, siapa ada anak-anak yang suka Upin Ipin?? Or ada anak buah, adik kecil atau diri sendiri suka Upin Ipin? Hehehehe Iday pon suka Upin Ipin sebenarnya, siap dah tengok semua episode and movie diorang. Kelakar la and comel. Hehehe





So, ini memang berita baik untuk mereka yang suka Upin Ipin and nak jumpa Upin Ipin sebab sabtu ini iaitu 28 November 2015, Upin Ipin akan datang ke Aquaria KLCC. Diorang bukan suka-suka datang taw, siap ada aktiviti khas untuk mereka yang datang. 

Antara aktiviti-aktiviti dan aturcara majlis adalah :

11.00 am : Welcoming & Opening Speach
11.15  am : Photo Session with Upin Ipin
11.30 am : Discovery Hunt
11.35 am : Coloring Contest
12.30 pm : Break time
1.30 pm : Prize Giving
1.45 pm : Photo Session
2.00 pm : Stage Performance
2.30 pm : Closing ceremony

Waktu Aquaria beroperasi adalah :  10.30 am - 8.00 pm 

So, nanti lepas event Upin Ipin boleh spend lama-lama dalam Aquaria. Boleh tengok shark, pari, and pelbagai jenis ikan. 

Macam mana nak join aktiviti best bersama Upin Ipin ni? 


Senang je, cuma beli tiket Aquaria ketika hari event. 2 dalam 1 okay, dapat ajak anak-anak tengok hidupan laut sambil berseronok dengan Upin Ipin. 

Harga tiket?

MyKad

Adult : RM46
Children (3-12 years old) : RM35
Senior Citizen (60 years above) :  RM35

Without MyKad

Adult : RM64
Children (3-12 years old) : RM53
Senior Citizen (60 years above) :  RM43

Ini gambar Islam pernah pergi Aquaria KLCC masa kerja dengan VirtualMalaysia dulu. Iday je yang belum pergi tapi memang nak pergi sabtu ni. Yeay!  tak sabar :)





















Wahhh, seronok kannnn. 

Tak sabar pulak iday nak pergi. Hehehehe 

So apa lagi, cepat-cepat beli tiket. Nanti habis jangan menyesal ye! Bawak anak-anak korang ke Aquaria sabtu ni. Banyak aktiviti best menanti and mana tahu dioarang berpeluang dapat hadiah nanti. 

Macam mana nak beli tiket?

Dua pilihan, sama ada korang ke kaunter tiket di Aquaria atau boleh membuat pembelian secara online di website Aquaria. 





Untuk info lanjut boleh check Facebook Page, Instagram dan Twitter Aquaria KLCC dibawah : 





So, ada yang nak pergi? Yay or Nay?


Tea Party Bersama Nazim Othman | Himalaya Malaysia

Tuesday, November 24, 2015
Hi 


Siapa peminat Nazim Othman? Lagi-lagi kalau mereka yang tengah layan drama Akulah Balqis mesti suka tengok watak Nazim Othman kan, baik and jaga si Balqis. Hehehe 



Thanks to Himalaya Malaysia kerana invite Iday and Islam ke event Tea Party bersama Nazim Othman. Ini kali pertama iday jumpa Nazim Othman and rupanya dia ni memang betul-betul jaga kulit sebab nampak flawless. Yelah, sebelum ni nampak flawless dekat IG kan, ingat edit ke ape. Rupanya memang cantik kulit Nazim ni. 

Masa salam tu lagi la, wangi lembut pulak tangan si Nazim ni. eh, bukan iday salam. Islam yang salam. Hehehe Rupanya Nazim selalu mengamalkan produk baru Himalaya iaitu Nourishing Skin Cream, cream ni boleh dipakai di badan, di muka atau ditempat yang mudah kering. Patutla kulit sihat kan. 




Kad autograf Nazim untuk peminat Nazim yang turut datang ke event Tea Party bersama Nazim Othman, anjuran Himalaya.



Iday ada cuba cream ni semasa event, memang wangi dan tak melekat. masa test sapu, rasa sejuk je meresap dalam kulit. 




Actually masa ni Nazim Othman ada shooting, so kitorang yang dah datang ni dijamu minum petang and makanan hidangan yang sedap ni. 



Iday suka gila chicken fingers and sos tu. Lagi-lagi sos, macam sama dengan sos kangkung tempura dekat Boat Noodle. 





Sementara tunggu sambil makan-makan, kami dihiburkan oleh mc yang popular dalam rancangan stylista ni. Kelakar tak ingat. Siap dia kacau-kacau peminat Nazim Othman. Hehehe



Lepas tu dia panggil volunteer untuk lakonkan watak Nazim Othman, teka siap yang volunteer?  si Islam laaaa. Hahaha





Kemain lagi dia ambil feel. Hahaha nak jadi pelakon ke? Hahaha



Tak lama lepas tu, yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kesian dia, lepas habis shooting terus datang sini untuk jumpa peminat-peminat yang datang.  

Okay, ni khas untuk peminat Nazim Othman, gigih amik gambar banyak-banyak untuk korang :p














Peminat yang seronok sangat dapat jumpa Nazim Othman.  Hehehehe





Iday and Islam actually ada join satu game masa event ni. Kitorang kena berlakon tiru aksi dalam iklan Himalaya and kitorang actually menang. Dapat gift dari Himalaya :)

Dapat stok cream! :)


Ni actually rupa cream tu. Sejuk bila sapu dekat tangan. 




Tengok, iday dah try ada beza kan? Kulit nampak smooth. Memang sesuai sangat untuk kulit yang kasar especially bahagian siku, buku lali or tumit. 




So, kalau korang nak beli, just visit any farmasi or outlet terpilih. Cream ni memang sesuai bawa untuk travel and digunakan untuk badan dan muka :)


Check video Nazim Othman and produk Himalaya :)

Others Post


Follow My Instagram

Blog Archive