Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Kenapa Iday sayang Islam?

Hi 




Hari ni nak buat post geli-geli hati sikit. Harap korang bertabahlah. Hahaha Iday nak senaraikan antara senarai kenapa iday sayang Islam. Sebenarnya banyak lagi sebab tapi yang ni antara yang utama la. Iday rasa gambar2 ni semua comey and memang kena la dengan apa yang iday rasa tentang Islam. Hehe


Selama iday kahwin dengan Islam ni, banyak yang iday belajar dengan dia. Islam ni antara manusia paling penyabar iday pernah jumpa. Ida belajar sabar dengan dia. Then, dia jenis yang tak mudah gelabah kalau ada masalah. Dia akan tenang and fikir the solution. Ada satu perangai dia yang iday suka, dia pendengar yang baik. Kalau nak complain tentang dia pon, dia okay. Kalau apa iday cakap salah, dia akan bagi reason. Tapi kalau apa yang iday cakap betul, dia akan ubah. Sama la macam iday, belajar dari dia and sedia untuk terima kritikan.

So, banyak sebenarnya ida belajar benda baik dari dia. Sama la dia pon belajar something dari ida. Paling penting, be comfortable with your relationship. Jangan pretend to be someone yang better tapi improve yourself to be one. Kata cinta, haruslah terima seadanyaaa.  Gituuuu :p

Macam Islam, dia memang nampak aku ni cantik kot kat mata dia. Sampai gambar kat Instagram dia, muka aku buruk pon dia upload. Hahahaha Baca artikel ni : 






Kenapa la aku rasa Islam ni hari-hari hensem kat mata aku. Hahaha Kadang2 bila aku tengok Islam tengah sembang ngan kawan2 dia, macam cakap dalam hati "hensem jugak laki aku ni" . Hahaha Sebenarnya iday suka Islam senyum everytime he start a conversation. Comel. Hehe

And Islam kelakar. Hahaha Baca ni, cerita tentang Islam and Bendi. Hahahaha






Iday memang suka masak. Kadang2 masak main campak je. Tapi, Alhamdulillah setakat hari ni Islam apa yang ida masak. And dia pernah tegur masakan iday, macam ada rasa masin ke, manis ke. Iday suka bila dia nak start makan or dah habis makan apa ida masak, dia tak pernah lupa nak cakap ayat ni.

"Baby, terima kasih masak. Sayang awak." Hehehe saya harap awak cakap macam ni sampai hari kita tua sama-sama ye.

Nak check apa masakan yang iday pernah masak and resepi? Check sini :







Antara ciri-ciri lelaki idaman iday adalah seorang cat lover. Iday suka lelaki yang boleh main kucing and tahu macam mana nak layan kucing. Kan ada yang cakap, lelaki yang suka kucing ni, seorang penyayang. Hehehe

Sekarang kat rumah ada 5 ekor kucing and diorang memang sayang dekat Islam. Sebab Islam yang tukang bagi makan diorang hari-hari. Iday? Tukang buang najis, bertuah punya kucing. Hahaha

Iday ada 5 ekor kucing and diorang semua ni manja gila. Hahahaha Iday pon ada tulis pasal diorang dalam blog ni. Check artikel ni : My Baby Cats



Kita akan rasa nak cantik selalu depan dia. Hehehe Tapi cantik ke? tu kena tanya Islam. Hahaha :p




Lelaki especially suami, ada sejenis perangai nak nampak hebat di mata isteri. Kiranya kalau dia dapat fixed something, terus muka nak bangga je. Hahaha Dan iday suka dengan effort tu. He tried everything only to look good for you.




Iday memang bangsa yang jarang nak shopping baju bag kasut semua tu. Sebab malas kot. Tapi kalau shopping groceries, aku la paling seronok. Bila nampak herbs lagi la, macam- macam dah pikir nak masak ape.

Masa tu la Islam mainkan peranan penting, selain dia teman ida beli barang, dia akan pantau keborosan aku ni. Aku ni jenis main amik semua campak dalam troli. Islam pulak buat QC, letak balik mana barang yang tak perlu. Hehehe



Masa Justin Bieber launch dia punya album yang baru ni iaitu Purpose, iday asyik ulang2 lagu2 dalam album dia. Islam menahan je ka telinga, tapi last2 dia yang join sekali nyanyi. Hehehe




Paling penting, penerimaan mak abah iday terhadap Islam. Ini adalah sebab utama yang buat iday sayang sangat dekat Islam. Dia jaga and hormat mak abah Iday macam mak abah dia. Dia siap peluk cium abah bila salam. Mak abah pon suka sangat dekat Islam.

Iday pon sayang mama abah islam macam mak abah iday. Macam orang cakap la, bila kahwin ni, bukan setakat kena terima suami seadanya, tapi family dia sekali.

Dan iday harap sangat hubungan kekeluargaan kedua-dua belah pihak ni berpanjangan, InsyaAllah. Hehehe



Banyak lagi sebenarnya, tapi iday list yang ni dulu. kang ada muntah hijau. Hahahaha. Siapa yang tak sayang suami kan. Akhir kata, nak taw kenapa iday kahwin? Baca artikel bawah ni :



Paling penting, Iday sebenarnya takde sebab untuk tak sayang Islam. Hikhikhik :p

4 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

    ReplyDelete
  2. Eeee suka baca entry suwit gini! Hahahahha tak sabar nak buat entry macam ni juga one day kahkahkah! Stay happy & cheerful tau korang! <3 Suka tengok husband & wife ni support each other :D

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List