[Movie] Senior/Runpee : Thai Movie

3

Hi 

Weekend buat ape je? Apa kata korang ke wayang berdekatan dan tengok movie Senior, Filem Thailand yang sedang ditayangkan sekarang. Iday baru je tengok semalam, pukul 12 am dekat TGV Setia Walk. Plan asalnya nak tengok The 5th Wave tapi one of my friends cakap tak best. So, bila tengok list movie dekat TGV, check la SENIOR punya trailer, macam best.



saje bagi korang cuak sikit :p


Sedikit Info tentang movie ini :

+ Genre : Horror
+ Tempoh Tayangan : 115 Minutes
+ Tarikh mula ditayangkan : 14 Jan 2016
+ Status cerita :  18 tahun keatas
+ Pelakon : Jannine Wiegel, Phongsakon Tosuwan, Sa-ad Piampongsan


Okay2. Sebelum iday review, cuba tengok trailer bawah ni :
Senior - Filem Thailand
Senior | Filem Thailand yang sedang ditayangkan sekarang. Kisah Mon, seorang pelajar yang membantu seorang hantu pelajar lelaki untuk menyiasat kes pembunuhan yang berlaku 50 tahun dulu. Kelakar tapi masih seram. Hantu-hantu dia boleh tahan menakutkan. Yang penting, ending tak tergantung macam sesetengah cerita hantu thailand sebelum ni :)
Posted by Sayaiday on Friday, January 22, 2016



So, cerita ni sebenarnya tentang Adhiti/Mon, seorang pelajar perempuan di Sekolah Convent yang ada kelebihan unik iaitu dapat menghidu kehadiran spirit, ataupon hantu. 



Then ada satu hantu pelajar lelaki iaitu Senior approach Mon untuk siasat kes pembunuhan yang pernah berlaku 50 tahun dulu. 

Sekolah Convent tu pada asalnya adalah Istana lama dan kejadian pembunuhan tu berlaku di situ. Pada mulanya Mon tidak setuju tetapi lama-lama dia mula berminat untuk menolong Senior. 

Apa yang best tentang filem Senior ni adalah penggunaan CGI yang memang menjadi. Hantu memang nampak real dan menakutkan. Then, iday paling suka part Senior terangkan kenapa hantu boleh menembusi dinding sebab ada graphic animasi yang ditunjukkan which is bagi kita gambaran jelas tentang apa yang nak diterangkan. Korang kena tengok sendiri part ni. Hehehe

Jalan cerita movie ini tidak terlalu complicated, memang ada plot twist which is kau tak dapat agak siapa pembunuh, tak akan sangka yang rupanya 'dia' pembunuh. Then korang sure tak sangka apa hubung-kait Senior dalam kes pembunuhan ini. Serius best. 



Satu lagi iday suka, cerita bukan semata-mata tentang hantu tetapi tentang relationship persahabatan antara Adhiti/Mon dengan Ant. Dua-dua ni memang comel tetapi jadi bahan kutukan di tempat mereka belajar. Ada part sedih tentang relationship diorang ni. 



Biasanya kalau cerita hantu, mesti macam selalu gelap, suram kan. Tapi cerita ni ada juga part lain, part Adhiti/Mon keluar lepak dengan Ant. Part dia jumpa Senior dekat tasik. Cinematography cerita ni pon best. 





Sound? Bagi iday, filem ni bagus sebab diorang tak fokus sangat scene terkejut-kejut. Bunyi yang tiba-tiba kuat tu memang jarang. Dalam cerita ni banyak keluar suara hantu which is agak seram la. Hahaha Lighting cerita ni memang terbaik. Ada part yang iday suka, part Mon dengan Senior dekat tasik. Ada macam lighting sunset dekat rambung Mon, cantik :)




Ending?? Jangan risau, ending tidak tergantung. Cara ending memang terbaik dan tidak terlalu cliche. Movie ni memang best bagi iday. Memang berbaloi kalau tengok pawagam :)

Ada yang dah tengok? Apa komen korang? Best tak?


Post a Comment

3Comments
  1. adeh mmg x tgk la sy.. hehe .. penakut sikit

    ReplyDelete
  2. tu yang best filem seram Thailand even seram komedi pun still seram dia tu tetap seram. akak paling suka tengok filem seram Thailand ni. Filem ni kena tunggu keluar dvd la.. baru boleh tengok

    ReplyDelete
  3. tapi ceq tak suka cerita hantu.. huhuhu..

    ReplyDelete
Post a Comment