Enter your keyword



Wajib Guna Voucher Bila Membeli Secara Online

Monday, February 22, 2016
Hi


Sekarang zaman semua dihujung jari. Nak beli barang pon senang, tak kisah la pakaian, perabot, barang keperluan rumah atau barang dapur. Semua boleh beli online samaada melalui laptop atau pon app dekat phone. Hehehe



Lagi-lagi dengan sekarang, minyak naik, tol naik, transportation naik, macam-macam naik la. Dari buang masa hadap traffic jam atau pening nak cari parking, baik la shopping online. Baring selesa dekat rumah, bukak app or laptop, scroll barang then beli. Hehehehe

Tapi kena ingat, nak shopping online ni kena bijak, bijak memilih barang. Jangan main beli je. Kalau korang google, memang banyak artikel yang tulis Tips Beli Barang Online. Tapi yang paling penting bagi Iday beli barang online adalah review,compare harga barang dan beli guna voucher. 

Sepanjang hidup Iday shopping online, tak pernah sekali Iday shopping tanpa menggunakan voucher. Rugi shopping tak kena voucher, beli barang dengan harga diskaun memang lagi puas hati Hehehehe Yang penting kena rajin check website yang boleh tawarkan voucher. 

Iday selalu check website http://www.vouchercodes.com.my/ kalau nak check voucher terkini. 



Kadang-kadang macam leceh je nak check satu-satu online shopping, then check promotion. Iday guna VoucherCodes ni sebab dia dah compile semua voucer atau promotion yang ada. 

Then diorang ada categories list, memudahkan kita nak check apa barang yang kita nak beli.


Iday suka shopping dekat Groupon sebab Iday nak check ada promotion or voucher restoran. Iday kan kuat kumpul lemak. Hahaha Selalunya Iday akan check voucher Groupon dekat link ni :


Iday suka guna VoucherCodes website tiap kali shopping online sebab kita boleh filter jenis offer. Samaada kita nak coupon, deals, offers atau sale. Selalunya Iday akan pilih Sale atau Coupons. Hehehehe



Sebenarnya banyak lagi offer dari online shopping site lain yang korang boleh check. Selalunya iday akan check offer dari Zalora, and compare voucher dengan FashionValet. Iday pon ada check sale dari Lazada Malaysia Mobile App deals sebab Lazada selalu buat sale melalui App. 

Iday pon memang ada download Lazada App. So, bagi Iday, kalau nak shopping memang wajib kalau korang guna voucher. Check kupon atau sale. Jadi lah pembeli yang bijak. Gituuu. Hehehehe

Korang boleh check website ini kalau nak check voucher, sale atau offer di mana-mana online shopping site yang ada dekat Malaysia. Senang je kan?! Hehehe 






Nota Kaki : Korang pernah check website ni? Boleh share experience di ruangan komen dibawah :)


Mamee Cool Tea - Minuman Herba untuk Kelegaan Rasa Pedas dan Panas Badan

Friday, February 19, 2016
Hi

Islam ni adalah manusia yang tak tahan pedas and tak suka panas sebenarnya. Dia kalau terlalu panas, mesti akan rasa pening-pening nak muntah. Macam mana la dia boleh kerja jadi photographer media dulu. Hahaha

Kalau pedas pulak, boleh berdarah hidung. Pernah, dia makan bakso and Abah letak cili flakes sampai 3 4 sudu kecil tu. Menangis si Islam ni. Hahaha Tapi sejak dua tiga hari ni, suka pulak dia makan pedas. Kalau makan nasi, mesti nak  cili kicap or budu ada cili. Rupa-rupanya dia dah simpan stok air mamee cool tea dalam peti ais. Haha


Kenapa Mamee Cool Tea? Apa kaitan dengan rasa pedas and panas? Sebenarnya Mamee telah melancarkan satu produk minuman iaitu Cool Tea untuk membantu melegakan rasa pedas dan panas badan. 

Sebenarnya Mamee Cool Tea ni adalah Teh Herba and ramuan-ramuan yang terkandung dalam Mamee Cool Tea adalah :

+ Mesona Chinensis

Iday ada baca setelah google2, bahan ni actually boleh mengurangkan suhu badan, merawat demam, melancarkan pencernaan makanan dalam badan dan mengurangkan darah tinggi.

+ Mulberry Leaf

Mulberry leaf sebenarnya dah lama digunakan dalam perubatan chinese, diorang guna bahan ini untuk melawan dan merawat penyakit diabetes. Kan selalu, kita selalu risau nak minum air dalam tin sebab risau kandungan gula. Tapi, Mamee Cool Tea ni lain sebab ada ramuan yang sebenarnya merendahkan kadar gula dalam badan. Kiranya macam control la. Hehehe

+ Grosvenor Momordica Fruit

Buah ni mengandungi natural sugar dan dinyatakan 3oo lebih manis dari gula biasa. Buah ini juga mengandungi vitamin C. Mengikut Perubatan Traditional Chinese, buah ini sebenarnya "cooling" fruit, maksudnya buah ini boleh digunakan untuk mengurangkan kepanasan dan suhu dalam badan. 

Wahh, no wonder la Mamee Cool Tea ni boleh mengurankan rasa pedas dan panas kan. Ramuan-ramuan lain yang korang boleh check sendiri and ada dalam Mamee Cool Tea adalah Selfheal, Chrysanthemum Flower, Honeysuckle Flower, Lotus Leaf dan Liquorice Root.

Baru-baru ni pon Iday and Islam hadir ke pelancaran Mamee Cool Tea di Bangsar Shopping Centre. Dari event ni juga la Iday tahu kebaikan Mamee Cool Tea ni. 


Tan Sri Pang Tee Chew (Group CEO of Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd) and Mr Tomiya Takamatsu (Group CEO of DyDo DRINCO, Inc) merasmikan pelancaran Mamee Cool Tea dengan memecahkan ais replika Cool Tea. 


Amber Chia pon ada semasa perasmian Mamee Cool Tea. Cantik kurus betul Amber Chia ni. Iday suka dia sebab selalu senyum and mesra je layan peminat. Tak sombong. Hehe


Overall, Iday memang suka dengan rasa Mamee Cool Tea. Iday paling suka tin warna hijau iaitu Tea Herba + Teh Hijau. Rasa segar je. Lagi best kalau minum sejuk-sejuk. Hehehe


Mamee Cool Tea actually datang dengan 3 jenis iaitu Teh Herba (original), Teh Herba + Teh Hijau, Teh Herba + Kekwa . Bukan sahaja dalam bentuk tin, Mamee Cool Tea juga dijual dalam botol. 






 Mamee Cool Tea - Teh Herba


 Mamee Cool Tea - Teh Herba + Teh Hijau

Mamee Cool Tea - Teh Herba + Kekwa

Iday plan nak beli Mamee Cool Tea and guna masa Fire Noodle Challenge dekat Penang nanti. Tak sabarnya trip Penang dengan Geng Kemarau. Hari tu Islam ada juga buat Fire Noodle Challenge. Tapi kitorang buat dekat rumah adik Iday and stok Cool Tea dekat rumah kitorang. Menangis si Islam tu. Hahaha So, next time kena sediakan Cool Tea siap-siap before start challenge. Hehehe


Hahahahahaha! ;p

Oh, Korang boleh dapatkan Mamee Cool Tea di 7Eleven atau kedai-kedai yang terpilih. Untuk info lanjut, jemput terjah link dibawah :

Facebook Mame Cool Tea : www.facebook.com/mameecooltea

Instagram Mamee Cool Tea : www.instagram.com/mameecooltea/



Nota Kaki : Ada yang dah try Cool Tea ni? Cuba share di ruangan komen dibawah :)



Aquaria KLCC : Malaysia's One and Only Underwater Lion Dance

Tuesday, February 16, 2016
Hi  

Siapa sini suka tengok lion dance? Walaupon iday tak celebrate CNY, Iday excited bila nampak lion dance sebab diorang ni bukan suka2 dance macam tu, diorang buat training and memang pakar buat dance tu. Bayangkan kadang-kadang satu costume tu boleh pakai 2-3 orang then boleh dance lompat tinggi2 sama-sama. Kalau aku, dah berterabur tergolek dah. Hahaha

Okay-okay, sebenarnya Iday nak cerita ni. Buat pertama kali kat Malaysia, one and only ye! Korang boleh tengok Underwater Lion Dance. Kat mana?





Tengok video ni :


Celebrate 'The Journey of Prosperou-Sea' with Aquaria KLCC
Our special Chinese New Year promo is back! What are you waiting for?Click here to purchase our FAMILY PACKAGE at this exclusive rate : www.aquariaklcc.com
Posted by Aquaria KLCC on Thursday, February 4, 2016



yang seronoknya, ada penyu yang nak join sekali lion dance ni. Comel ! :)


 

Bertempat di Aquaria KLCC. Ada tarikh and waktu tertentu untuk Lion Dance. Kalau Korang nak tengok, kena datang and beli tiket Aquaria pada 19-22 February. Underwater Lion Dance ni akan start pada pukul 4. 

Korang datang awal lagi lagi bagus. Boleh pusing-pusing dalam Aquaria dulu. Then pukul 12 tu dah boleh tengok Scuba Monkey King Feeding Session!


Paling best, sempena CNY ni Aquaria KLCC dengan baik hatinya, nak bagi promosi harga tiket baik punya untuk mereka yang nak datang tengok Scuba Monkey and Lion Dance. 

Korang boleh purchase Tiket untuk 2 Adults + 2 Children (aged 3 -12) secara online di website Aquaria KLCC iaitu www.aquariaklcc.com dengan harga RM138. Harga asal sebelum promosi adalah RM162. Wah-wah, kemain lagi diorang bagi promosi. 

Kalau korang datang and purchase tiket Aquaria ni, ini aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 8 Feb hingga 22 Feb 2016.

+ Malaysia’s First Ever Scuba Monkey King Feeding Show > 8-22 February 2016 @ 12.00pm


+ Malaysia’s One and Only Underwater Lion Dance > 8-9 February, 12-14 February & 19-22 February 2016 @ 4.00pm

+ The Monkey King & Mascot Rocky Walkabouts > 6-14 February & 20-21 February 2016 @ 10.30am & 4.00pm


+ Chinese New Year Greetings by Asian Small-Clawed Otters > 6-14 February & 20-21 February 2016 @ 11.15am



+ Sea-Monkeys Kids Workshop > 6-14 February & 20-21 February 2016 @ 2:30pm


Cepat-cepat pergi. Iday dah 2 kali pergi Aquaria. Seronok bawak anak buah sebab dia punya seronok tengok Ikan dengan kita-kita join seronok. Dengan aktiviti yang banyak yang disediakan oleh Aquaria, sure seronok anak-anak yang datang. Hehehe

Korang boleh layan gambar bawah ni, ini gambar sekitar lawatan Iday ke Aquaria KLCC baru-baru ini. Ada gambar Lion Dance and Scuba Monkey tu. Hehehe














































Seronok kan? Heheheh Iday suka betul dengan penyu yang asyik nak interframe tu. Comel je. Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan buat kali pertama kali di Malaysia, Underwater Lion Dance dan Scuba Monkey Feeding Session. Mana taw, tengah lion dance, ada shark yang lalu. Hehehehe

Check info detail di bawah ye :









Others Post


Follow My Instagram

Blog Archive