Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

#FridayPost : My Weekly Favourites!

Hi

Yeay, dah Jumaat, seronok sebab minggu ni kerja 3 hari je. Hahaha Setiap hari Jumaat, iday akan post apa yang iday suka sepanjang minggu tu



+ Public Holiday Isnin dan Selasa

Yeay! Siapa yang tak suka cuti kan. Actually, ni minggu ketiga cuti panjang during weekend. So, selama 3 minggu tak merasa Monday Blues. Hehehe Isnin depan pon Iday cuti, hantar mak dekat airport. Alhamdulillah, mak and abah dapat pergi umrah. 

Cuti 2 hari tu tak pergi mana pon. Kerja masak bagi Islam gemuk je. Hehehe

+ Masak Gulai Ayam buat kali pertama!

Iday memang suka masak tapi tak pernah masak gulai ayam. Iday paling suka makan gulai ayam yang mak masak dengan Rempah Gulai cap Bunga Rose. Ada yang cakap, rempah ni hanya boleh jumpa di Terengganu je. Hehe

Resepi memang dah ada dekat paket Rempah Gulai tu, iday just follow kat situ. Mudah je. Next time iday share resepi Gulai Ayam ye. Heheh


Sibuk je Ali ni. Orang nak ambil gambar rempah, dia menyelit sekali. Gemuk. Haha Dan gambar bawah ni rupa Gulai Ayam yang dah siap :)


+ Reply 1988

Iday tengah addicted dengan drama Korea Reply 1988! Serius best. Bukan macam cerita korean yang biasa iday tengok sebelum ni. Iday sebenarnya nak buat review Reply 1988 ni. Tapi tak sempat2 lagi. Nanti la iday buat review drama ni. Hehehe





+ Fire Noodle Challenge

Iday cabar Islam makan korean spicy ramen Samyang. Serius kesian pulak tengok dia kepedasan. Dia dahlah memang tak makan pedas. Tapi dia berjaya habiskan satu cup. Hehehe Islam siap cakap, lepas ni memang dia taknak makan dah. Hahaha Kesian pulak :p


Nak tengok full video? Baca sini : Iday cabar Islam Fire Noodle Challenge

+ Deadpool

Iday dah tengok DeadPool! Okay ke? Best ke? Sebenarnya iday tak follow sangat movie marvel ni. Tak pernah tahu tentang DeadPool. Iday tahu pon baru-baru je dari Usha and Clare. Diorang ni memang kaki Marvel. Hehe Oh, Clare ada buat review DeadPool. Boleh baca link ni : DeadPool Review . 


Iday tak layan sangat movie ni sebenarnya, hehehe Tapi iday suka Ryan Renolds bawa watak ni, kelakar tak ingat. Hehehe Tapi iday tak suka ending. Iday bayangkan ending yang lain.  Yang tu korang kena tengok sendiri. Hehehe

Iday rasa ni je kot favourite Iday minggu ni. Hahaha Jumpa next friday untuk post yang sama! Hehehehe





No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List