Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Shaklee Malaysia Mengumumkan Perlantikan Presiden Baru

Hi

Nama Shaklee memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia kerana rata-rata rakyat Malaysia adalah pengguna setia Shaklee. Baru-baru ini, Shaklee Malaysia mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia. Beliau menyertai syarikat tersebut pada Januari 2016

Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.

 “Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.

Tambah beliau, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.  Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkareer secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.

All the best Shaklee! Tahniah Helen Lam :)


No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List