Flight Club Food Review: Cadangan Makan di KLIA

8

Hi  




Betul tak kalau Iday cakap, kebanyakan orang akan fikir, makanan or restaurant dekat airport adalah mahal-mahal like overpriced gila. Or maybe cuma Iday je kot fikir camtu. Hahaha So, everytime pergi airport sama ada KLIA or KLIA2, Iday memang jarang makan. 

Baru-baru ni Iday ada datang food review di salah satu restoran dekat KLIA (International Departure) iaitu Flight Club. Kalau tengok dari depan restoran, Iday terus fikir,

"Ni mesti mahal gila ni, orang kaya je makan sini"

Hahahaha, sampai macam tu sekali taw. Macam ni la rupa restoran Flight Club yang nampak eksklusif sangat tu. Tapi, bila dah masuk, dah tengok menu and harga-harga menu makanan yang ada dekat Flight Club ni, takde la mahal mana pon. Macam restoran-restoran luar jugak. Hahaha

So, sila sambung baca review bawah ni, Iday ada mention harga setiap makanan yang Iday makan. Semoga menjadi rujukan kepada korang bila datang sendiri ke Penang :)



Paling best ada view cantik macam ni, korang boleh tengok semua international plane yang datang dekat runway KLIA tu. 





Nanti Iday share lagi gambar-gambar dekorasi dekat Flight Club ni. Korang boleh check di penghujung entry ni.

Tapi sebelum tu, Iday nak story tentang makanan yang ada di Restoran Flight Club, yang boleh tolong korang buat pilihan bila datang ke sini nanti.



Sebenarnya Flight Club ni baru lagi beroperasi. Restoran ini sebenarnya dilancarkan oleh Plaza Premium Group. Hidangan makanan di Restoran di Flight Club berasaskan herba dan makanan sihat sesuai untuk golongan yang suka travel.

Yela, nak travel pon kena jaga kesihatan kan. Hehehe Okay la, jom kita check apa makanan best yang ada dekat Flight Club ni. 


Hidangan yang pertama yang iday makan ni adalah hidangan pembukaan dan juga akan menjadi kegemaran pada mereka yang suka kan tomato dan salad. 

Hidangan salad pertama yang iday makan ni adalah Highland Green Rainforest. Ada baby tomato, parmesan chip, roasted sunflower seed and cuka. 



Iday paling suka Parmesan chip dalam salad ni. First time makan salad dengan kepingan cheese. Sedap! :)  Hidangan salad ni berharga RM16 and portion besar. 



Siapa yang suka tomato, boleh cuba hidangan ni iaitu Home-grown Farmer Tomatoes. Iday dapat tahu yang tomato yang dihidang adalah fresh dari kebun diorang. Sebab tu nama dia "Home-grown Farmer Tomatoes".




Hidangan ini adalah kombinasi - bird nest, papaya salad, roasted peanut,asam jawa sauce dan mint leaf. 

Iday ada perasan ada cendawan, tapi iday tak nampak description dalam menu tentang mushroom tu. Tapi, iday suka mushroom tu. Iday kan memang gila mushroom. Hehehe



Harga untuk setiap hidangan Home-grown Farmer Tomatoes adalah RM12.




Lagi saty hidangan yang letak parmesan cheese iaitu Hydroponic Baby cos "Caesar's Style". Amboi, nama kemain. Kalau dalam menu, akan tulis nama Parmigiano-Reggiano, itu sebenarnya Parmesan Cheese. Hehehe saja nak bagi nama saintifik ni. 




Hidangan ini adalah kombinasi caesar salad, parmesan cheese, smoked garlic dressing, kepingan kecil beef bacon, radish, cherry tomato and kepingan slow-cooked chicken breast. 

Jangan main-main, kalau korang makan ni memang kenyang. Iday sebenarnya still tak move on dengan kepingan parmesan cheese dalam salad. Serius sedap. Hehehe

Hidangan ini sesuai untuk mereka yang suka amalkan makanan sihat sepert salad ini. Harga untuk satu hidangan ini adalah RM16.




Kemudian kami dijamukan dengan 6°C Fresh Cameron Highland Tomato Soup. Ini bukan cara yang korang akan dapat bila order hidangan ni, ini cuma untuk review. Hehe kalau korang order, tomato soup akan dihidangakan dalam mangkuk sup. 




Masa mula-mula iday tengok, iday pelik sebab nama sup tetapi dihidangkan bersama ais. Macam-macam style masakan yang ada dekat Restaurant Flight Club ni. Hehehe




Apa rasa? Basically cuma tomato soup yang disejukan dan dicampurkan dengan perahan limau nipis. Tapi memang sangat segar. Hidangan ini sangat sesuai untuk mereka yang vegetarian. 1 hidangan adalah RM12.



Dah habis hidangan pembukaan, jom check main course pulak. Main course dekat Restoran Flight Club adalah pelbagai, dari hidangan seafood, hidangan makanan dari farm (lamb,beef & chicken), Italian food dan local food. 


Korang pernah makan Squid Ink? ala, yang cecair hitam dari sotong tu. Sebenarnya, seumur hidup Iday, ini kali pertama iday cuba Squid Ink Pasta. 



Pasta yang diwarnakan dan di flavoured dengan squid ink ni sebenarnya home made dari dapur Restaurant Flight Club. Terer la chef yang buat ni sebab, warna squid ink dari pasta tak luntur and sedap rupanya ink sotong ni. Hehehe

Hidangan squid ink pasta ini dimasak bersama sotong, tomato, daun parsley dan virgin olive oil. Simple je tapi ini adalah antara hidangan kegemaran iday dekat Flight Club. 

Hidangan ini berharga Rm25 dan memang recommended by chef. Korang boleh cuba ye!


Makanan yang seterusnya ini mempunyai nama yang cukup unik iaitu Angel Hair Aglio e Olio. Angel hair ni sebenarnya dari jenis pasta yang digunakan. Hehehe 



Hidangan ini berharga RM28 dan dihidangkan bersama grilled river fish fillet.



Iday rasa, iday dah banyak kali mention dalam mana-mana entry post sebelum ni yang Iday adalah peminat cheese yang tegar. Sebab tu Iday memang tak sabar nak rasa Fettucine alla Carbonara yang ada di Restoran Flight Club ni. 



Fettucinne dimasak elok dalam Parmesan cream sauce bersama smoked chicken ham , onion dan butter. Kemudian ditaburkan dengan serbuk cheese. Iday suka gila dengan Parmesan cream sauce dalam hidangan ni, sangat lemak tapi tak muak. 

Kalau datang lagi ke Flight Club, iday akan order Fettucinne alla Carbonara. thumbs up chef! :)

Hidangan ini berharga RM25. Memang berbaloi! 



Ini adalah antara pie paling sedap Iday pernah makan. Tak tipu! Ini  adalah Traditional Shepherd's Pie. 




Kalau nak tahu bahagian atas pie ini adalah mashed potato and isi dalam pie ini adalah minced(potongan kecil) lamb stew yang dimasak secara perlahan bersama tomato yang dihancurkan dan disedapkan dengan herba thyme dan basil. 

Iday lupa pulak nak amik gambar lamb stew tu. Tapi sumpah sedap! Portion pie ni pon besar, boleh share 2 orang. 1 hidangan ini adalah RM33. 



Siapa penggemar Risotto, boleh cuba hidangan Prawn Risotto. Ini kali pertama iday makan Risotto. Yang penting ada Parmesan Cheese. 



Iday lupa nama mushroom ni, tapi Iday suka! 



Dekat sini pon ada Fish and Chips.





Fries sedap!




Iday ada mention Lamb Stew dalam Shepherd's Pie dekat menu sebelum ni. Inilah lamb stew yang Iday cakap tu. Cuma hidangan ni, korang makan lamb stew bersama tortilla. 



Hidangan ni berserta vegetable salad. Antara hidangan recommended oleh chef. 



Suka sangat dengan lamb stew. Iday bukan setakat makan dengan tortilla, iday siap makan macam tu je. hehehe Dasar orang baru start makan lamb. hehehe





Selain Squid Ink Pasta, ini adalah antara menu kegemaran Iday dekat Restoran Flight Club iaitu 1824 Beef Cheek. 

First time makan beef bahagian cheek. Serius sedap, isi beef tu lembut sangat, siap rasa macam hancur dalam mulut. 



Iday memang recommended dekat korang untuk rasa sendiri Beef Cheek ni. Sedap wei. Hahaha Harga untuk satu hidangan ni adalah RM42. 




Habis senarai Main Course kegemaran Iday, sekarang kita review pula dessert yang ada dekat sini. Sebelum Iday datang ke Flight Club, ada kawan yang pernah datang ke sini and pesan dekat Iday untuk cuba aiskrim cempedak dekat sini. 

Eh, Aiskrim Cempedak? Serius sedap, Iday pejam mata sambil makan ais krim tu, iday bayangkan iday tengah makan buah cempedak. Memang betul-betul rasa cempedak. 

Ini lah aiskrim cempedak tu. 



Sebenarnya ini bukan actual hidangan yang akan dihidangkan untuk korang nanti, ini hanya plate untuk review. Hehehehe




Islam suka gila Double Valrhina Chocolate Love Cake ni. Cake ini akan dihidangkan bersama aiskrim vanilla. Kalau korang nak tahu, cake ini hanya dibuat apabila dipesan. 

Maknanya korang akan kena tunggu dalam 15 minutes camtu. Tapi memang berbaloi. Islam siap order 2 kali. Hehehe




Ini pula Beetroot Ice Cream bersama Cheese Cake. Yummy! I love cheese cake! :)





Macam mana? Semua nampak sedap kan? Bukan nampak je, tapi memang sedap. Hehehe Iday sangat recommended dekat korang kalau nak datang ke Restoran Flight Club ni untuk cuba :

+ Squid Ink Pasta
+ 1824 Beef Cheek
+ The Shepherd's Pie
+ Fettuccine alla Carbonara 
+ Cempedak Ice Cream

Hehehe Ini memang antara makanan kegemaran iday dekat Flight Club. Korang boleh try kalau datang ke Flight Club. So, tiap kali pergi overseas, boleh la lepak sini sambil tunggu flight. 

Oh, kat sini ada board yang tunjuk flight information taw, so korang akan still alert waktu penerbangan korang. So, jangan risau. Hehe

Ida ada kongsikan dibawah, dekorasi dan gambar Restoran Flight Club ni yang terletak di Mezzanine Floor (Level 2), Satellite Building, KL International Airport. 





Size ruang Restoran ini adalah 3200sq ft dan mampu memuatkan seramai 109 seats. Wahhh, memang luas restoran Flight Club ni. 



Flight Club dibuka selama 24 jam. Sambil korang lepak makan dekat sini, korang boleh menonton tv, baca magazines atau newspaper. Hehehe









So far, Iday memang berpuas hati dapat menjamu selera di sini anda makanan semua sedap. Semoga Flight Club akan terus menyediakan suasana makan yang terbaik. 

Iday ada sertakan info dibawah tentang Restoran Flight Club :

Tel : +603-877601538
Email :  kliaflightclub@plaza-network.com

Alamat :
Mezzanine Floor (Level 2), Satellite Building, KL International Airport. 















Antara blogger yang hadir ke food review Flight Club :







Terima kasih Flight Club! :)
Tags

Post a Comment

8Comments
  1. macam sedap je Home-grown Farmer Tomatoes tu

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan untuk cafe kat airport macam ni..

    ReplyDelete
  3. Kenapa gambar menu cantik sangat? Terliur dah ni

    ReplyDelete
  4. yg cantik nya view boleh nampak flight.. makanan nampak sedap... terliur baq hg

    ReplyDelete
  5. Kwn Sally ada yg sanggup pi sini sebab tgk makanan dia..hahahaha...gagah kan dia :P

    ReplyDelete
  6. Bahaya juga makan fiber sebelum naik flight ni.. kang nak terbuang je atas flight.. hihi

    ReplyDelete
Post a Comment