Hot from the Grill Buffet at Palace of the Golden Horses

3

Hi


Siapa yang suka makan buffet? Iday tahu ramai yang suka memilih cara makanan buffet sebab banyak pilihan makanan and korang boleh makan as many as you can, unlimited foods kan. Hehehehe

Kali ni Iday share buffet best and Iday suka konsep buffet ni sebab berbeza dengan tempat buffet lain iaitu Hot from the Grill Buffet @ Palace of the Golden Horses Hotel. 


Apa yang best?

Korang boleh pilih pelbagai jenis makanan iaitu ikan,daging, ayam, seafood dan banyak lagi, bagi dekat chef yang bertugas and diorang akan grill untuk korang. Then korang boleh tunggu dekat depan kaunter grill atau tunggu dekat meja, nanti ada chef or pelayan akan hantarkan makanan korang. Layanan top class okay. Hehehehe

Iday suka konsep ni sebab korang akan dapat makanan tu panas-panas, bukan yang dah dimasak sebelum tu. Sate pon korang boleh request untuk bakar okay, panas-panas dapat makan sate. Hehehe

Tengok je la gaya chef grilled pilihan makanan korang. Hehehe Seronok ada orang tolong grill untuk kita. Hehehe Tunggu nak makan je. :p





Banyak pilihan sebenarnya, ada Grilled Lamb dan pelbagai jenis masakan dan bahagian ayam serta daging lembu. Kalau beef tu, ada rib, sirloin, breast, short loin and macam-macam la. 







Pelbagai jenis bahagian daging and berbeza cara penyediaan. Iday memang cuba semuaaaaa. Hehe



Sebenarnya konsep dia macam sama la korang pergi makan buffet Grill and Steambot tapi yang itu korang yang gigih nak grill kan. Kalau makan dekat Grill Buffet @ Palace of the Golden Horses Hotel ni, chef-chef yang terpilih akan grill untuk korang. 

Ayam pon ada yang sate ayam, ayam tandori, ayam yang style chinese food, ayam yang slice-slice dan macam-macam. 



Ayam yang marinated warna merah ni tandori chicken sebenarnya. Hehehe



Part paling seronok buat Iday masa makan sini adalah Seafood Grill! Boleh makan ikan bakar, pari bakar, ada lobster and udang jugak taw. Kerang and Lala pon ada. Kita tak perlu fikir macam mana cara nak masak semua tu. Chef yang akan fikir, kita? Kita tolong makan. Hehehe











Semua makanan laut ni segar-segar. Susah nak buat pilihan sebab kalau boleh, semua Iday nak pilih and makan. Hehehehe







Yeay, ikan bakar! :p

Okay, kena pilih lagi ni. 


Nak semua! Hahaha


Okay, ini iday punya first round! Hahaha FIRST ROUND OKAY! :p


Islam pon seronok nak pilih apa yang nak dimakan. Senyum kemain. Hehehe


First round juga katanya. Hehehe


So, Iday and Islam selamat serahkan dekat cheff untuk di grill. Sambil tunggu, Iday check makanan buffet lain yang ada dekat sini. Kalau korang ingat cuma "Hot from the Grill" yang ada, korang memang silap. 

Sebenarnya banyak pilihan makanan lain turut ada sekali dengan buffet ni. Sambil tunggu makanan siap grill, boleh makan makanan lain. Hehehe


Ayam kebab!


Mee sup, bihun sup, mee tomyam, laksa dan macam-macam okay. 


Terima kasih chef! Hehehe



Fresh Oyster pon ada! Islam's favourite. 


Pelbagai jenis roti and paling penting, semua ni handmade fresh dari dapur. Hehehe



Juadah nasi dan lauk-pauk pon ada. Korang patut cuba Ayam Masak Merah. Antara yang paling sedap Iday pernah makan. Siap tambah-tambah ayam masak merah tu. Hehehe


And cheese ball ni! OMG, iday paling suka cheese ball ni, makan dengan sos cheese. Sedap!




Pelbagai jenis buah-buahan dan dessert juga tersedia :) Ada aiskrim jugak taw! Hehehe





Ini second round makanan grill Iday. Kali kedua, Iday masih ambil lobster. Lobster sangat fresh, tengok isi putih tu pon dah tahu kan. Hehehe 


Ini lah hasilnya selepas grill! :) Yang kuning tu cheese. Ada satu kaunter cheese, dekat situ macam-macam cheese ada, korang pilih la. Hehehe


Kalau nak makan makanan grill ni, boleh ambil pelbagai jenis sauce yang tersedia. Ada black pepper sauce, mushroom sauce, avocado, mango salsa, tomato salsa, sour cream and banyak lagi. Kuah kacang untuk sate pon ada. Kat bawah ni, iday senaraikan sos yang iday paling suka. 

Ini Mango Salsa, serius sedap! Iday suka gila makan lobster grill and cicah dengan mango salsa ni. 


dan Mini Yoghurt Dip. Best makan dengan grill beef. Hehehe


Iday memang berpuas hati dapat makan "Hot from the Grill" Buffet dekat sini. Banyak pilihan makanan dan layanan top dari chef dan pelayan. Mahal ke buffet dekat sini?

Affordable je okay, memang berbaloi dengan rasa, kualiti dan servis yang top iaitu harga untuk dewasa adalah RM118 dan untuk kanak-kanak adalah  RM 59 .


Terima kasih chef sebab layan kitorang. Hehehehe 

Ini dekorasi restoran, tema putih classic. Memang cantik! Nama pon Palace of the Golden Horses, memang banyak dekorasi dan replika kuda dekat sini. Hehehe













Kalau korang ada Mines Privileges Card, boleh dapat diskaun 30% (dewasa). Seronoknya! Hehehe Kalau nak check availabilty or nak booking boleh check info di bawah :

Carousel International Coffeehouse @ Palace of the Golden Horses
Jalan Kuda Emas, Mines Wellness City
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Tel : 603-8946 4888 ext 3781 (enquiries and reservations)

Boleh check Facebook diorang  Palace of the Golden Horses atau website diorang www.palaceofthegoldenhorses.com.my





















Thanks Edmund and Melinda for having us! 




Tags

Post a Comment

3Comments
Post a Comment