Enter your keyword

Sakit

Hi ❤ 



Hampir 2 minggu, Iday diam, takde update blog or Social Media post. Sebenarnya, Iday demam teruk. Sepanjang tu jugak, memang tak buka blog. I dont have time for that sebab memang sakit gila.  I got like more than 10 ulcer dalam mulut, sakit gusi with my wisdom teeth, sakit tekak, pening kepala and badan panas melampau, 38-39 celcius tu panas teruk la kan. 

I've been sweeting a lot, sampai bangun pagi or bangun tengah malam rasa macam tengah berendam. Sejuk gigil kalau tak selimut, bila berselimut badan berpeluh panas. Memang my body masa sakit tu tak boleh nak predict and control. 

Tapi part paling sakit bila dapat Ulcer banyak-banyak dalam mulut. Bukan dekat lidah je, bibir, gusi and even worse dekat lelangit. Makanan yang keluar masuk, walau air masak sekali pon, I can feel the pain. Sakit gila. Lepas tu sakit tekak pulak. Hahahaha

Gusi bengkak pon satu hal, Iday tak boleh nak kunyah makanan. End up makan bubur je, tapi bubur pon susah nak makan sebab ulser. Sakit je bila bubur tu lalu nak masuk dalam mulut. So, memang kurang makan. Tapi kalau kurang makan, macam mana nak sihat kan. 

Jumaat tu Iday pergi klinik swasta, macam biasa la doktor swasta ni just tanya, sakit ape, then check dahi, check tekak terus tulis-tulis bagi ubat. Diorang tak detail sangat. Iday hadap la ubat yang dia bagi. Tapi Isnin tu demam makin teruk. Badan memang panas gila, tapi Iday rasa sejuk gila. 

So, Selasa tu Islam bawak pergi Klinik Kerajaan. Memang menapak jugak la sebab ramai orang. Masa datang kena ambil no giliran. Yang kelakar, sebab penat sangat, Iday tertido and terlepas no giliran. Islam pulak lupa apa no giliran Iday, nasib baik nurse tu okay je. 

Then, pergi kaunter and register sebab memang tak pernah datang Klinik Kerajaan before ni. Lepas register, nurse suruh pergi satu kaunter ni untuk buat medical check basic. Sampai dekat kaunter, duduk and Nurse tu terus tanya. 

Nurse : Awak demam ke?
Iday : Aah, dari Jumaat hari tu.
Nurse : Eh, lama sangat ni (sambil-sambil dia check suhu badan Iday guna alat yang letak dekat telinga - 39 celcius) 

Nurse : Panas ni, awak pergi kaunter and ambil borang ambil darah. Kena check darah ni. 

Iday memang takut kena cucuk jarum, tapi masa tu macam malas sangat nak pikir takut darah. First time dalam hidup Iday, iday memang buat tak kisah masa Nurse cucuk and ambil darah. Bukan sikit, banyak jugak dia ambil. Hahaha

Sebenarnya diorang suspect Iday denggi. Tapi, Alhamdulillah bukan denggi tapi demam virus. Doktor ada bagi beberapa jenis ubat. Doktor ada bagi MC 2 hari. Suruh rehat and kalau masih lagi demam, kena datang untuk check darah lagi. 

Khamis rasa kurang sikit panas, Iday pon plan nak pergi office. Tapi mulut memang sakit ulser and Iday memang tak bercakap properly la, sebab susah kot nak buka mulut. Kepala memang sakit satu hari dekat office. Masa tu fikir nak balik je. Hahaha

Then part paling best, Iday datang bulan and mula start period pain. Period pain Iday boleh dikatakan teruk jugak. So, Jumaat tu lagi sekali Iday tak datang office, agaknya sebab makan ubat tahan sakit, 1 hari Iday tidur. Kalau sedar and sakit, memang kesian dekat Islam sebab Iday memang akan mengamuk menangis-nangis. 

Sabtu and Ahad memang rehat dekat rumah, badan masih panas tapi tak seteruk sebelum tu la. Ulser makin kurang. Bengkak gusi masih rasa sikit-sikit. Tak pernah lagi, sakit teruk macam tu. Pengalaman pertama si Islam sebab dia first time nak jaga dia sakit. 

Islam masak bubur, setelkan kerja-kerja rumah, dia buat laundry, dishes and masak untuk diri sendiri. Kesian pulak bila fikir balik. Then dia nak jaga makan ubat Iday lagi. Sampai masuk keluar office sebab nak check Iday dekat rumah. Untung juga bila ada suami ni. Hehehe

Tapi, memang taknak sakit macam ni dah. Seksa sangat. Iday pon dah lost weight dalam 3kg macam tu. Allah dah bagi nikmat sihat ni, bila-bila masa dia boleh tarik. Masa sakit tu duk fikir, banyak sangat dosa sampai sakit macam tu.
Bila sakit ni, banyak kerja tergendala, kerja dekat office pon tunggang langgang, dah la Lazada tengah nak big campaign. Then, kerja blog lagi la, banyak betul pending post. Ni pon nak kena hadap and siapkan satu-satu. 

Sepanjang sakit ni jugak, banyak mesej,email and call yang tak terjawab and terbalas. Minta maaf sangat la sebab memang tak sempat nak tengok, tak daya nak melayan sebenarnya. Tab tu pon memang jarang-jarang pegang. Sekarang decide nak hold dulu jemputan event sebab nak siapkan semua pending post. 

Itu la ceritanya bila Iday sakit and blog terabai. Hahaha motif sangat nak cerita panjang-panjang. Hahaha :p




6 comments:

  1. teruknya sakit tu..seksa je saya baca..klinik kerajaan jugak yg ok kan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah sihat le tu kan sebab dah boleh up-date blog :-)
    Demam virus sama macam husband Mrs. A lama jugaklah dia demam memang kesian tapi tulah penakut nak gi hospital.

    ReplyDelete
  3. Hadoiii.. Pernah jugaq rase mcm tu, mmg bole kurus dibuatnya, haha! Neways get well soon :)

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List