Enter your keyword

Full Movie Kampung Semarah Padi - Sumpahan Lembut-Selembutnya 7 Keturunan

Hi ❤ 

Iday terjumpa satu short video klip kelakar dekat Facebook. Dalam video tu, Beto membuat sumpahan pada kampung tersebut yang penghulu serta penduduk kampung menjadi lembut-selembutnya selama 7 keturunan. Hahaha Kelakar :p





So, Iday pon google and tadaaaa, dah jumpa full movie Kampung Semarah Padi. Hehehe 

Filem ini diarahkan oleh Melissa Saila dan produce by Kus Semangat Aktor Sdn Bhd.

Sinopsis :

Di kampung yang seluruh penduduknya hidup dalam keadaan marah semarah marahnya akibat terkena sumpahan seorang gadis bernama Musalmah.

Musalmah telah dijatuhkan hukuman mati akibat termakan buah cempedak milik penghulu Siak.Sebelum mati Musalmah telah membuat sumpahan bahawa penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan menjadi marah selama tujuh keturunan

Sejak itu hiduplah penduduk Kampung Se'marah' Padi dalam kemarahan,dari segi tutur kata mereka,perilaku mereka dalam keadaan marah semata mata.Itulah cara hidup penduduk Kampung Semarah Padi.

Selepas terkena sumpahan, penduduk kampung Se'marah' Padi masih lagi hidup dalam keadaan marah.Pada suatu hari penduduk kampung telah menyelamatkan Kasim yang terdampar di tepi sungai.Kasim yang berasal dari kampung lain telah dibawa ke rumah penghulu Siak.

Sejak itu Kasim dirawat oleh Penghulu Siak,isterinya Tanjung dan anaknya Meriam.Setelah sembuh Kasim menjadi hairan dengan penduduk kampung Se'marah' Padi,walaupun hati dan perbuatan mereka baik tetapi percakapan mereka sentiasa kasar dan dalam keadaan marah.

Oleh kerana terhutang budi kerana telah diselamatkan, Kasim berniat untuk berbakti kepada penduduk kampung Semarah Padi dan mengajar mereka untuk bertutur secara normal dan mengawal kemarahan mereka. Kasim membuka kelas mengawal kemarahan(anger management)bagi penduduk kampung.Tapi jasa baik Kassim dicemburui oleh Sudin dan kemudian diusir dari Kg itu..Sebelum diusir,sesuatu terjadi sekali lagi di kampung itu


Enjoy movie dibawah :) 





Cerita ni dah lama sebenarnya, tapi baru je viral. Pecah perut jugakla ida gelak tengok movie ni. Hahaha

Bagi korang, best tak?

1 comment:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List