Set Flamming Teppanyaki @ Palace Of The Golden Horses

0

Hi 

Siapa dekat sini penggemar Teppanyaki?



Kalau keluar dating or lepak makan luar mesti nak makan Teppayanki. Hahaha macam cakap dekat diri sendiri pula. Tapi serius, Iday memang suka makan Teppayanki, Islam pula tak berapa suka, sebab dia kata dah biasa sangat makan. 

Tapi hari tu, Iday scroll2 timeline FB, nampak Melinda( kawan yang kerja dekat Palace of The Golden Horses) post tentang Promosi 2 Bulan Set Flamming Teppayanki. Terus Iday private message dia laju-laju, and dia cakap memang tengah promosi dari bulan April hingga May. 

Siap ada 8 jenis sets of Teppanyanki yang diperkenalkan oleh Sous Chef Mohd Rafidon. Sebelum Iday cerita tentang sets of Teppayanki ni, jom kita tengok macam mana rupa Kin No Uma Japanese Restaurant +Palace of the Golden Horses  ni. 












Harga serendah RM25 per set sehingga RM44 per set, bagi Iday sangat berbaloi kerana setiap set ada side dishes lain bukan saja teppayanki. Portion besar dan kualiti yang terbaik lagi-lagi kalau makan di hotel bertaraf 5 bintang ni. 

Kalau ajak member or family makan set Flamming Teppanyanki dekat sini pon okay juga, mesti diorang ingat harga 1 set dalam lingkungan RM50-RM100 lebih. Hehehehehe 

Pakcik ni selebet baru balik kerja, heheheeh


My fooooddddd :) Iday makan Mongolian Teppanyaki, dalam hidangan ada gabungan ayam, daging, udang, ikan, kepah dan sayur bersama sos Mongolian. Memang sedap, kenyang bila makan bersama side dishes yang sedia ada. Harga untuk set Mongolian Teppanyaki ni adalah RM32. Memang berbaloi dengan portion yang besar. Habis licin Iday makan. Hehe



Dekat sini pon ada sushi taw, nanti bila ada promosi sushi, iday share okay :)



Okay, Iday nak share ape menu or set teppanyanki special dekat sini. Untuk pengetahuan korang, setiap set dekat sini akan dihidangkan sekali dengan 4 side dishes ni iaitu :

Garlic fried rice : signature fried rice dekat sini, memang sedap! :)




Mix veggie : ada salad, cabbage, timun and tomato


Buah-buahan : tembikai, tembikai susu and oren



Miso soup : Iday suka sup ni, memang cukup rasa. Sebab iday pernah dapat miso sup yang tawar di satu restaurant yang iday pernah review. 




Ini pula hidangan Gyuniku Hiyashi Sobayaki Teppan (RM28 nett), soba noodle dimasak bersama hirisan daging lembu, tomato dan sayur-sayuran. Memang kenyang. 








Saba Udon Teppan (RM28 nett) ini pula adalah hidangan blue mackarel fillet dan udon noodle. Ikan mackarel memang digrill sehingga cukup masak dan garing. Iday suka ratah ikan tu je. Hehehe, tapi kalau makan dengan Udon pon sedap.








Biasanya kita makan isi salmon kan dan ini kali pertama Iday cuba makan kepala salmon yang digrilled dan dihidangkan bersama soft shell crab. Nama hidangan ini adalah Sanma Kabayaki Teppan (RM25 nett).



Islam memang suka makan soft shell crab ni. Islam order hidangan ni. 




Sanma Kabayaki Teppan (RM25 nett) ini pon feveret Iday. Iday memang dari dulu suka seafood, especially ikan. Menurut chef disitu, ini antara hidangan paling laris. Tak hairan la sebab ikan mackarel digoreng garing dan sedap.



Ini antara menu feveret Iday. Kalau nak makan Teppayanki, memang recommended tempat ni. Selain dari promosi Teppayanki 2 bulan ni, korang boleh order makanan jepun yang lain di Kin No Uma Japanese restoran ni. Korang boleh order a la carte as well. 

Express Bento Box paling popular dekat sini dengan harga RM49 nett (lunch) danRM73 nett (dinner). Hari sabtu pon ada Japanese Buffet dinner dengan harga promosi RM138 (adult) dan RM69 (child)

Lagi best kalau korang ada Mines Privileges Card sebab akan dapat diskaun 30% (adult sahaja).


Okay, sedikit info tentang Kin No Uma Japanese Restaurant :

Lokasi 

+ Lobby Level, Palace of the Golden Horses
+ Memuatkan sehingga 78 orang termasuklah 2 private room dan kaunter sushi bar. 

Masa Operasi 

+ Ditutup pada hari Isnin
+ Lunch : 12.00 pm - 2.30 pm
+ Dinner : 6.30 pm - 10.30 pm

Kalau nak buat reservation atau apa-apa pertanyaan boleh contact no dibawah :

Telephon number : 03-8946 488 ext 3484

Info lain :

Website : http://palaceofthegoldenhorses.com.my/
Instagram : https://www.facebook.com/PalaceOfTheGoldenHorses
Facebook : https://www.instagram.com/palaceofthegoldenhorses/


Apa tunggu lagi, weekend nanti boleh datang and try promosi Teppanyaki ni okay :) 





Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)