Lepak Makan Cendol @ Uncle Cendol Brem Mall Kepong

5

Hi  



Siapa suka makan cendol? Biasanya kalau cendol je, mesti nak makan yang sedap macam dekat Penang or Melaka. Tapi kalau area KL ni, mesti nak makan dekat cendol yang dijual tepi jalan.







Make sure check yang betul-betul bersih okay, sebab Islam and Iday pernah makan 1 tempat cendol tepi jalan yang jual dekat area rumah kitorang. Konon Islam macam nak ambil gambar la, sekali tengok balik gambar, tengok kuku yang buat cendol tu tak bersih. Gigih zoom, dahla dia yang cebok air soya tu, and memang termasuk kot jari. Okay stop. Fikir balik geli pulak. 

So, yang penting, kena cari kedai yang bersih dengan proper serving. Sebab tu Iday and kawan-kawan pergi try cendol dekat Uncle Cendol minggu lepas yang terletak di Ground Floor, Brem Mall, Kepong. 



Halim la yang mengajak sebab rumah dia dekat area situ je. Hehehe Halim kata dia dah banyak kali datang Uncle Cendol, siap dah rapat dengan owner Uncle Cendol tu.

Masa kitorang datang hari tu sempat sembang dengan owner Uncle Cendol iaitu Mr. Bashir. Rupanya, family Mr.Bashir menjalankan perniagaan membuat dan menjual the green jelly yang ada dalam cendol tu. Dah 50 tahun okay. Sebab tu, Mr Bashir mula membuka outlet Uncle Cendol ni yang mula beroperasi pada 1 Januari lepas.

Masa mula-mula sampai, Iday ingatkan makan cendol je, rupanya ada makanan lain jugak dekat Uncle Cendol ni. Cuba check apa yang kitorang order. Hehehe



Kitorang order cendol durian, cendol pulut, cendol Nata De Coco, Cendol Attap Seed and ABC Ice Cream. Yang Nata De Coco ni ada buah delima taw. Semua jenis cendol kitorang order sebab nak try. Hehehe

Iday ada order coffee and Iday suka sangat. Tahu tak, macam coffee zaman nenek kita yang hitam pekat and kita cicah biskut keras. Haha Nostalgia sangat. 




Sabar ye Momi, air baru sampai. Hehehe :p

Then, kitorang ada order makanan lain juga. Takkan nak makan cendol je kan, lagipon Uncle Cendol bukan sekadar jual Cendol tetapi makanan lain juga. 


Iday suka Char Kueh Tiaw dekat Uncle Cendol, memang kick. Yang bestnya, Clare (rakan blogger) yang tak makan pedas pon cakap sedap and sanggup makan. Hehehe

Signature makanan dekat Uncle Cendol ada 3 iaitu Nasi "Terapung, Paratta Mutton Burittos dan Burger Uncle Cendol. 

Ini gambar Paratta Mutton Burittos. Setiap hidangan akan served dengan fries and sos special dari Uncle Cendol. Sos special tu macam pedas-pedas dan manis. Hehehe 



Kalau korang makan ni pon dah kenyang taw sebab banyak sangat mutton yang wrap dengan Paratta tu. Korang pernah makan Vietnamese Spring Roll tak? Okay ni version Uncle Cendol punya with Paratta. Hehehe Ada veggie jugak taw.  My favourite!



Signature Uncle Cendol yang Iday suka Burge Uncle Cendol, apa beza Burger Uncle Cendol and Burger lain? Sebab ni Burger Rendang and ada tempe. Tempe? Hahahaha 



Dalam set Burger Rendang ni ada kepingan daging lembu yang dimasak bersama rendang. telur, salad, timun dan tempe goreng. Set ni sekali dengan sambal merah, mayonis and fries. Unik kan? Hehehehe 

Tapi antara banyak-banyak makanan dekat Uncle Cendol, Iday paling suka Bihun Kari dekat Uncle Cendol! Sukaaa, kesian Islam sebab Iday sorang habiskan and tak share dengan dia pon. Hehehehe


Portion besar, ada kerang, udang, telur, tauhu kering dan ayam. Ida suka kuah kari tak pekat sangat and just nice. Tapi kalau Uncle Cendol letak kentang mesti lagi best. Sebab Iday lagi suka curry mee yang ada kentang. Heheheh


Ini lah dia, perangai orang nak makan, kita sibuk nak ambil gambar. Hehehehe Kacau Momi makan. Hehehe Masa ni Islam sempat pergi jumpa kawan dia, Faris dekat tepi Brem Mall, dah takde gambar dia. Hehehe



Kawan Momi pon ada datang, Ara Kimora. Ida ingat nama dia sebab selalu nampak Momi mention dekat FB. Hehehehe 




Seronok bila dapat makan lepak macam ni dengan kawan-kawan. Friends that eat together, stay together kannn. Hehehehe

Sambil lepak, kitorang makan rojak buah dekat Uncle Cendol ni. Yang habiskan Iday and Halim. Hehehehe



Overall, Iday paling suka Bihun Kari and Rojak Buah. Kalau Cendol, Iday paling suka Cendol Attap Seed sebab ada buah delima. Hehehe 

Sebenarnya semua cendol best. Hehehe  Kalau korang berminat nak datang sini, boleh check address yang iday bagi di bawah :


Alamat : 

Uncle Cendol Café,
NO G 08, Brem Mall,
Jalan Kepong,
Jinjang Selatan,
52000 Kuala Lumpur


Facebook :




Thanks Halim sebab plan lepak makan kali ni. Semua sedap! 


Lepas je habis makan dekat Uncle Cendol, kitorang pergi tengok movie Batman Vs Superman. Boleh check review di blog iday ni : http://www.sayaiday.com/2016/03/batman-vs-superman-dawn-of-justice.html



Tags

Post a Comment

5Comments
  1. bukan kata demand tapi yang tepi2 jalan ni kadang2 tak jaga kebersihan. Bukan kata rojak cendol je yang jual kuih muih bagai pun tengok dah la jual tepi jalan. tak tutup langsung. dengan habuk bagai..

    ReplyDelete
  2. wahhhh comelnya karikator uncle cendol, cendol pekena ngan rojak buah memang ohsemmmm :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. nanti balik k l nak try lah

    ReplyDelete
  4. Daa xdea daa.. Uncle cendol kt Brem Mall daa tutup.. Daa pindah kt tmpt laen daa.. Hurmm..😢

    ReplyDelete
Post a Comment