Enter your keyword

Lambat datang bulan/period?

Hi

Iday perasan ramai yang google and search "5 hari period lambat" "3 hari period lambat" "2 hari lambat period, hamil ke?" and banyak lagi. 




Sampai iday punya artikel di posisi no 1 untuk carian keyword-keyword ni.

Tapi artikel ni bukan cerita sangat tentang penyebab period lambat sebab yang ni actually cerita tentang reaksi Islam bila Iday punya period lambat. Boleh baca dekat link bawah :





So, Iday dah buat research and nak tolong explain dekat korang apa perlu buat atau kenapa period korang datang lambat. 


Period lambat 1 - 3 hari


Iday sarankan korang download app yang boleh track waktu datang period, so nanti boleh buat anggaran bila korang punya next period. Kalau period datang lambat 1 hingga 3 hari, better korang jangan buat sebarang andaian. 


Sebab tak semestinya datang lambat period ni mengandung, ada faktor-faktor lain jugak seperti stress, sakit, masalah berat badan dan macam-macam. Bagi Iday, kalau lambat dalam tempoh ni, korang chill dulu and banyakkan minum air masak


So, Iday nak senaraikan antara sebab kenapa korang datang period lambat :

1. Stress

Kita sedia maklum yang stress ni boleh jadi penyebab kepada sakit kepala, berat badan naik, kulit muka bermasalah and banyak lagi. Stress juga boleh menyebabkan aturan period tak betul. So, atasi stress and boleh buat aktiviti yang boleh mengurankan rasa stress. 

2. Sakit

Sakit pon boleh jadi penyebab period kita lambat. Iday ada baca yang bola badan kita sakit, proses ovalasi dalam badan akan terganggu. 

3. Berat badan

Bila berat badan kita naik secara mendadak, badan akan kurang hasilkan estrogen, estrogen tu pulak yang create dinding uterus. So, kalau dinding uterus takde, macam mana proses ovalation nak berlaku kan. So, kena jaga pemakanan. Kalau ada buat senaman lagi bagus, bukan sebab nak kurus cantik je tapi nak sihat. Hehehe


4. Ubat-ubatan

Yang ni kena check dengan doktor, sebab kadang-kadang bila kita tukar ubat, ubat tu yang menyebabkan period kita lambat. 


Period lambat 5 -  10 hari

Masa ni, kalau korang nak guna pregnancy test pon boleh. Iday hari tu lambat 4 hari dah kecoh, gigih beli pregnancy test, tapi negatif. Hehehe So, jangan terlalu berharap okay :)

Tapi Iday nak share petanda kalau korang betul-betul pregnant :


1. Payudara rasa sakit bila disentuh atau tak selesa

2. Food cravings

Masa ni lah tiba-tiba nak makan ni, nak makan tu. Kadang-kadang benda yang kita tak suka makan, jadi suka nak makan. 

3. Penat

Walaupon banyak mana kau tidur, kau tetap rasa penat. 

4. Perut tak selesa, rasa loya

Macam tiba-tiba rasa nak muntah for no reason.


Kalau korang ada petanda-petanda ni, better buat pregnancy test atau jumpa doktor untuk sahkan kehamilan tu. Hehehe


Lambat Lebih dari 10 hari dan keatas 

Iday risau korang ada masalah sampingan, kalau jadi macam ni. Cepat-cepat jumpa doktor okay. Iday selama ni belum lagi alami masalah period lambat melebihi 10 hari. 



So, ini lah sedikit info yang Iday nak share pada korang yang banyak search tentang lambat datang period tu. Hehehe

Semoga ada berita yang baik-baik ye :)




5 comments:

  1. sejak nk getting pregnant balik period jd lambat klu x regular .. adoi la ... dok berjeng jeng je skrg ni .... fuhhh

    ReplyDelete
  2. Setuju sngt. Klau stress mmng blh jd lmbt.

    ReplyDelete
  3. ada setengah orang period skip 2,3 bulan tp xmngndung pun. stress mmg pnyebab utama period lmbt.

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List