Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant

Hi

Iday rasa nama Bangi Restaurant di Bangi Golf Resort memang tidak asing lagi jika dikaitkan dengan juadah berbuka puasa. Ramai yang akan jadikan Bangi Restaurant di Bangi Golf Resort sebagai lokasi berbuka puasa bersama keluarga kerana pilihan makanan buffet yang banyak dan harga yang sangat berbaloi. 

Bangi Golf Resort Restaurant akan mula menyajikan juadah berbuka puasa iaitu Buffet Ramadhan mereka bermula 9 June hingga 4 July 2016.


BGR akan menyediakan sehingga 200 jenis hidangan dari makanan popular Melayu, Western serta hidangan kegemaran yang lain. Harga bermula dari RM58 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak.

Paling penting, BGR Restaurant memang mendapat pengiktirafan Halal certificate sejak tahun 2009 lagi. Hehehe Bagus kan :)

Hidangan istimewa dari kitchen team BGR Restaurant adalah Nasi Kerabu, merupakan makanan kegemaran penduduk pantai timur. Bukan senang nak cari area KL ni dan sedap. Tapi dekat BGR Restaurant ni ada dan sedap! Hehe


Nasi Kerabu ni memang favourite Iday dekat BGR Restaurant ni. Siap tambah-tambah. Hehe Ada pilihan lauk yang boleh dimakan bersama Nasi Kerabu iaitu Ikan Masin Goreng, Ikan Goreng Tepung, Kerepok, Telur Masin dan Ulaman. Baru la lengkap nasi kerabu. Hehe








Selain itu, BGR Restaurant juga menhidangkan masakan melayu popular iaitu Rendang Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang. 




Lauk-pauk lain juga termasuklah Butter Prawns, Black Pepper Beef dan Fish Fillet with Lemongrass Sauce. Sedap! :)

Untuk makanan western pula, BGR Restaurant ada menyediakan makanan signature mereka iaitu Cream of Smoked Chicken and Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. 





Oh yang ni memang betul-betul favourite Iday. Muka ni je yang menambah. Hahaha Makanan western lain adalah Beef or Chicken Lasagna dan BGR Restaurant's Classic Spaghetti Carbonara. 



Kalau nak tahu, ada Live Action juga taw, boleh tengok live penyediaan Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak. 


Iday paling suka makan Sup Kambing Mamak, memang tak hanyir dan sup pekat cukup rasa. Sebab malu asyik menambah, iday minta Islam tolong tambah. Kan terkejut chef "dah kenapa muka sama yang ambil lauk" HAHAHA


Mana lengkap kalau Buffet Ramadhan takde satay kan, so BGR Restaurant ni pon tak terlepas untuk menghidangkan Satay Daging dan Ayam bersama homemade sos kacang mereka yang istimewa. Tak lupa Kuey Teow goreng dan Mee Goreng Mamak. Hehehe


Iday suka betul dengan Bihun Sup dan Mee rebus yang ada dekat BGR Restaurant, memang menepati selera Iday. 


Iday kan suka taugeh, so banyak taugeh dari mee. Hahaha





BGR Restaurant dan dessert memang dapat dipisahkan. Tahun ini pada Ramadhan Special di BGR, semua guest akan menikmati Aiskrim Gelato Cendol. Wahh, first time ni nak makan aiskrim cendol. Hehehe



Ida memang suka aiskrim Gelato cendol ni. Makan dengan gaul-gaul cendol dengan aiskrim santan+gula melaka. Syok. Hehehe




Sedap kan, tengok gambar pon dah terliur kan. Selain dari aiskrim, ada Spanish Churros bersama Sos Coklat Pekat. Siap kena queue sebab ramai yang suka dengan churros ni. 





Terdapat juga pilihan kuih muih tempatan dari pelbagai jenis agar-agar, puding dan buah-buahan. 





Selain dari kuih tempatan, dessert iaitu pelbagai jenis kek dan brownies pon ada. Antara BGR Restaurant's Signature adalah Italian Tiramisu, Assorted Cheese Cake, Red Velvet Cake, Brownies, Coconut Jelly, Creme Caramel dan Mix Berry Panna Cota. 






















"BGR Restaurant selalu menjadi pilihan untuk berbuka puasa bagi mereka yang ingin berbuka bersama keluarga, rakan-rakan dan rakan sepejabat. Oleh itu, kita berusaha untuk memperkenalkan menu baru dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan dan dalam masa yang sama, cuba menjaga kualiti makanan. Setiap tahun,kita mendapat feedback yang positif dan berharap akan ada repeat customer pada tahun ini." - Kata  Chef Kamaruddin.

Sambil-sambil korang menikmati juadah berbuka puasa di BGR Restaurant, akan ada live band yang membuat persembahan dari pukul 6.30 pm hingga 9.30 malam setiap hari. 

Paling best, BGR Restaurant menyediakan sehingga 800 tempat parking serta surau untuk tetamu. 

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :


NURUL ADIRA KAMIL
PR & Social Media Marketing Executive
BANGI GOLF RESORT
Mobile Phone : 012 609 7755
Telephone : 03 8925 3728 / 8210 2288
Fax : 03 8925 3726 / 8925 3727
Web : www.bgrrest.com
Facebook : www.facebook.com/bgr.rest

Untuk tempahan dan pertanyaan :

BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
Address : No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650. Malaysia.
Telephone : 03 8925 3728, 03 82100265
Facebook : https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Instagram : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial/
Email : pr@bgrrest.com


Waktu Operasi : 6.30am - 9.30pm setiap hari.
Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E

Selamat Berbuka Puasa! :)


CONTEST TAMAT!!
BUFFET RAMADHAN - VOUCHER GIVEAWAY 


Jemput join giveaway dibawah and jadi salah satu pemenang voucher buffet ramadhan! :)



7 comments:

  1. wahhh Sedapnya. Lama x makan buffet.. Boleh cuba kat sini

    ReplyDelete
  2. Ermmm,,sedap,,xsabar nk pegi ��

    ReplyDelete
  3. Last makan sini 3 puasa lepas. Best sangat! Teringin nak pergi lagi.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, terigin nak cuba. InsyaAllah ada rezeki.

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List