Enter your keyword

Buffet Ramadhan 2016 : Majestic Hotel Kuala Lumpur

Hi

Biasanya awal-awal ramadhan je kita rajin masak bila berbuka puasa. Bila tinggal lagi seminggu untuk raya, masa ni lah kita akan plan berbuka puasa bersama-sama rakan dan keluarga di buffet-buffet ramadhan yang ada.


Kali ni Iday nak share dekat korang, salah 1 buffet ramadhan yang Iday selalu pergi bila plan berbuka puasa dengan kawan-kawan. Kedudukan strategik di KL and dekat dengan office Iday dan rakan-rakan merupakan faktor utama untuk Iday berbuka di sini. Hehehe

Kalau nak tahu, dekat Majestic Hotel ada 2 jenis buffet ramadhan di restoran yang berbeza iaitu :

Festive Variety Dinner at Contango 



Contango bercirikan restoran ekslusif dengan menawarkan dua jenis hidangan dapur terbuka iaitu makanan tempatan dan makanan antarabangsa istimewa untuk mereka yang ingin berbuka puasa di bulan Ramadhan ini.  

Terdapat hidangan utara iaitu Nasi Kandar dengan lauk pauk yang pasti meningkatkan selera iaitu Kari Ikan Tenggiri, Ketam Kari Masak, Sotong Kari dan Sayur Dalcha.


Selain itu terdapat Nasi Beriyani bersama Ayam Goreng Rangup, Udang Goreng, Ikan Goreng bersama Papadom.


Festive Variety Dinner at Contango bermula 4 June sehingga 5 July dengan harga RM145 per pax.



Majestic Festive Banquet Dinner
Ini adalah pilihan buffet Iday kalau datang ke Majestic Hotel. Hidangan berbuka puasa di sini khas disediakan oleh Chef Zaidi dan chef lain terutama hidangan utama Perak iatu Udang Galah Sambal, masakan Kedah Rendang Itik bersama santan dan rempah, masakan Johor iaitu Kambing Kuzi dan banyak lagi. 


Iday paling suka Laksa Penang dan Murtabak yang ada disediakan bersama buffet ini. Tak lupa hidangan Nasi Dagang, makanan favourite Iday dari Terengganu. Senang cerita, apa makanan yang popular di setiap negeri di Malaysia mesti ada. 


Sate dan Kambing Bakar memang hidangan wajib yang mesti ada dekat sini. Panjang betul barisan yang ada untuk dua hidangan utama buffet ramadhan ni. Hehehe


Khas untuk peminat durian, ada dihidangkan cendol bersama isi durian. Memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut.

Harga untuk 1 pax adalah RM125.

Kalau korang berminat untuk booking mana-mana buffet ini, boleh check maklumat dibawah :

Email : tmkldiningconcierge@ytlhotels.com.my

Festive Variety Dinner at Contango, please call +603 2785 8062

Majestic Festive Banquet Dinner, please call + 603 2785 8000

Official page : www.majestickl.com





1 comment:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List