Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Buffet Ramadhan 2016 : Silka Cheras Juadah Desaku

Hi


Bulan puasa nanti dah plan nak berbuka di mana? Hehehehe 

Kali ini Iday nak share tempat berbuka puasa yang best dan terletak di Cheras Kuala Lumpur, so sesiapa yang stay atau kerja berhampiran, boleh la datang bersama rakan-rakan atau keluarga dan berbuka puasa di Silka Cheras Hotel Kuala Lumpur. 


Silka Hotel terletak 30 minit dari bandar Kuala Lumpur, 45 minit dari KLIA  dan terletak betul-betul bersebelahan Cheras Sentral Mall. Untuk Ramadhan dan berbuka puasa kali ini, Silka Hotel restoran iaitu Curvz Cafe memperkenalkan "Juadah Desaku", pastinya menyajikan makanan dengan citarasa ala-ala kampung. 

Antara hidangan yang disajikan adalah Kerabu Daging Ala Thai, Sup Kambing Mamak, Roast Lamb dengan Nasi Briyani Kuzi, Ekor Lembu Asam Pedas Terung, Kerang Masak Lemak Cili Padi, Sayur Kubis Tumis Mamak Biji Sawi Rojak Pasembor Buah Kacang, Ayam Masak Merah, Udang Sambal Petai dan banyak lagi. 

Lala Masak Lepak Cili Api

Udang Sambal Petai


Kari kepala Ikan


Bayangkan dengan harga buffet yang berpatutan, korang boleh makan Kari Kepala Ikan and siap boleh makan lebih lagi. Yela, kalau dekat luar, sekali makan pon dah mahal kan. Hehe


Kerabu Daging Ala Thai



Iday kan baru je belajar makan daging kambing and setakat ini iday cuma makan kambing yang dipanggang sahaja. Ini kali pertama Iday makan Sup Kambing Mamak. Pada mulanya Iday takut nak try sebab fikir, mesti sup ni rasa kambing yang hanyir, tapi tak sebenarnya. Sedap! Siap menambah lagi. Hehe

Sup Kambing Mamak




Rojak Pasembor




Ayam Masak Merah


Ayam masak merah dia pon sedap! Rasa manis-manis pedas. Memang kena dengan taste Iday. Makan dengan nasi putih saja pon dah puas hati. 


Laksa Utara


Roast Lamb bersama Nasi Briyani Kuzi


Bukan setakat hidangan utama, ada juga pelbagai jenis kuih muih. Iday paling suka makan kek lapis ni. Favourite dari zaman kecik. Hehehe













Dari kesemua hidangan tu, paling iday suka Ayam Masak Merah, Sup Kambing Mamak, Udang Masak Sambal Petai, Lala Masak Lemak Cili Api, eh macam nak senaraikan semua. Hahaha

Ini pula ruangan makan Curvz Cafe. Iday suka sebab ada ruangan sofa. Boleh lepak makan dengan kawan-kawan. Memang luas Curvz Cafe ni.










Juadah Desaku Buffet Ramadhan ni akan mula pada 6 June sehingga 5 July 2016, setiap hari pada pukul 6.30 om hingga 10.30 pm.

Mahal ke harga buffet ni?

Eh takde la, harga istimewa untuk Ramadhan Buffet ini adalah RM75 nett per adult. Untuk kanak-kanak yang berusia 5-12 tahun pula adalah RM35. 

Berita baik untuk mereka yang paling awal buat reservation akan dapat harga RM59 nett per voucher. Kalau berminat boleh call untuk buat pembelian voucher di 016-2011519

Kalau nak buat reservation seperti biasa, boleh call 03-9100 1122 . Biasalah kalau bulan puasa ni, memang full house. Hehehe

Yang penting harga adalah termasuk 10% service charge and  6% GST, best kan sebab takde hidden cost. Hehehe


Alamat : 
Curvz Cafe at Silka Cheras Kuala Lumpur, KM 10 Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur


Selamat Berbuka Puasa! (Ucapan ini hanya valid bermula 6 Jun 2016) HAHAHA

2 comments:

  1. maigaddd.. kecur air liur. gulpp... Selamat berpuasa.
    http://eykhaz.blogspot.my/

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List