Lucky Romance : New Korean Drama 2016

2

Oh Hello People! 

Iday memang kaki tengok korean drama. Mana-mana drama korea yang baru, adik Iday akan jadi mangsa untuk download semua episode sebab rumah dia ada unifi sepantas kilat. Hehehe and Iday sampai sekarang tak faham kenapa rumah Iday dekat bukit jalil tu tak dapat line unifi. sigh.








Anyways, Iday sebenarnya excited nak story tentang drama korea baru yang iday tengah tengok sekarang iaitu Lucky Romance. Sebelum ni, Iday memang suka sangat dengan drama Reply 1988, tapi Iday tak suka ending sebab Iday lagi suka second lead iaitu Ryu Jun-Yeol. 


Ryu Jun -Yeol pakai baju hitam :)

So, drama ni memang Iday suka sangat sebab dia jadi hero! yeay! Kalau dalam drama Reply 1988, dia pegang watak sebagai lelaki yang tak berani atau ego nak tunjuk yang dia sayang dekat seseorang. Kalau buat something sweet pon, mesti senyap-senyap taknak kantoi. Tapi sayang, dia dapat la perempuan yang dia nak. Yela, dia pon second lead dalam drama tu. 

Favourite scene!





Sebab tu Iday suka bila dia jadi hero dalam Lucky Romance ni, dia bawak watak sebijik dalam Reply 1988 tu ke drama baru ni.  :)

Oh, dia baru menang award baru-baru ni, Best New Actor untuk watak dia dalam Reply 1988 di 52nd Barksang Arts Awards! Wahhh, memang layak pon. 


Jom tengok sikit info tentang drama baru korea, Lucky Romance.

Lucky Romance Trailer



Sinopsis Lucky Romance


Drama komedi romantik ini mengisahkan tentang Shim Bo-nui, wanita yang percayakan tukang tilik dan perkara yang berkaiatan dengan nasib ramalan masa depan manakala Je Soo-ho, CEO kepada syarikat game developer mempercayai logic dan sains. 

Adik Shim Bo-nui koma dan tukang tilik memberi nasihat kepada Shim Bo-nui, jika ingin menyelamatkan adiknya, dia kena tidur dengan lelaki yang lahir pada tahun harimau. Kebetulan, Je Soo-ho lahir pada tahun harimau. Gituuuuuuu la ceritanya, cerita ni mostly kelakar tapi ada part-part romantik, especially bila Je Soo-ho jenis tak pandai nak tunjuk dia caring, comel. Haha

Watak-watak utama dalam Lucky Romance


Hwang Jung-Eum sebagai Shim Bo-nui

Ryoo Joon-Yeol sebagai Je Soo-ho

Video pendek dari Drama Lucky Romance






Kalau korang nak tengok atau nak download drama Lucky Romance, boleh check link dibawah ye! Biasanya kalau Iday tengok movie or drama korea, Iday akan check website-website ni :)








Tak sabar nak tunggu semua episode ni!!! HAHAHA :)

Post a Comment

2Comments
  1. Cerita ni best, Azwar baru layan episode 2. Satu lagi cerita Beautiful Gong Shim.

    ReplyDelete
  2. Belum tengok lagi tapi saya macam tak berminat jak dengan drama ni. Saya tak suka heroin rambut pendek. Hahah. Judgemental betul saya ni. http://diarimommymuhaimin.blogspot.my/

    ReplyDelete
Post a Comment